Menurut sebuah laman blog, akhbar hari ini telah menyiarkan pengakuan Zaid memiliki kuda, namun tidak menyatakan bahawa kuda itu adalah untuk tujuan berlumba (judi).
Kelihatan Zaid begitu gelabah dan sukar untuk menepis segala macam tuduhan blogger pro kerajaan kerana kebanyakan tuduhan tersebut ada asasnya. Sila baca sini.
Memang keadaan ini sangat menekan Zaid sebagai calon PRK094 Hulu Selangor mewakili PKR. Jalan terbaik untuk mengelakkan tekanan adalah dengan menarik diri dari pertandingan ini dan berundur serta keluar gelanggan secara lebih terhormat.
Banyak pihak termasuk penyokong-penyokong PKR sendiri berpendapat bagi membersihkan imej parti sebaiknyalah Zaid menarik diri dan berundur dari manjadi calon. Jika beliau tetap bertanding juga ini akan mengecewakan penyokong PKR dan dalam masa sama memerangkap penyokong Pas yang memandang pertandingan ini adalah bagi mengangkat martabat agama Islam.
Kita bimbang penyokong Pas akan diperbodohkan sebodoh-bodohnya jika perjuangan ini yang berlandaskan agama dipermainkan oleh seorang kaki botol, kaki judi dan kaki.....putar. Tinjauan rambang memperlihatkan kebanyakan golongan muda dalam Pas tidak akan memberikan sokongan kepada Zaid atas alasan tidak layak bertanding untuk mengangkat martabat agama kerana keperibadiannya yang kelihatan sangat buruk.
3 comments:
org umno peminum aRAK
Eha betui2 ... Zaid xalun P K R ke atau Zahid../ setahu kami Zaid Al Botoli
ulasan lanjut dari artikel tuan di blog saya. Uniknya cara zaid bersukan kuda, jauh beza cara Tuanku Mizan dan Tun M!
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/uniknya-cara-zaid-bersukan-kuda-jauh.html
Post a Comment