13 July, 2010

BLOGGER PRO UMNO BN SUDAH SEMAKIN BOSAN



Saya pernah menulis tentang blogger pro UMNO BN kebanyakkannya sedang beralih arah dan mengigit ekornya sendiri. Kerana apa ini terjadi? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO BN ambil kisah tentang ini? Blogger pro UMNO BN sebenarnya sudah bosan, yang berjuang dalam media blogger yang mendapat pingat kerana mengenang jasa pemimpin.


Tidak kurang juga dengan kebosanan mereka kerana sentiasa ditipu dari perkara sebesar-besarnya hinggalah perkara sekecil-kecilnya. Saya masih ingat pada suatu ketika blogger dijemput ke Angkasapuri pada pelancaran blog TS Muhyiddin. Semua yang datang dijanjikan akan diberikan modem broadband. Memanglah bukan kerana itu kami datang, kalau tak janji apa-apa pun kami yang ada waktu luang dan bersemangat menyumbang dan menghulurkan bantuan kepada UMNO BN tetap juga akan datang. Tapi kemana janji- janji itu semua? Tak akan sikit punya hal pun kami nak ditipu? Ini mungkin blogger papa gomo boleh berikan penjelasan siapa yang janji dan alasan apa janji dimungkiri. Sudah tentu saya tak percaya bahawa Papa Gomo makan seorang diri. Kalau dia makan tentu adan dengar bunyi 'brruuppp' nya. Eloklah tokoh politik itu dipanggang atas api yang panas didunia ini sebelum dicampak dalam neraka nanti, memang haramjadah!


Nampaknya UMNO BN hanya ingin memeras keringat blogger tanpa ingin memberikan sedikitpun penghargaan kepada mereka itu. Kalau diharapkan kepada Blogger UMNO saja, memadaikah setakat blogger-blogger UMB yang kebanyakkannya dah tertidur atau sudah separuh mati.


Seperti dinegeri lain juga. Pahang pun sama. UMB nya masih leka dan tidak berbuat apa-apa. 10 kali bertukar pengerusi pun tetap sama kerana mentalitinya juga sama. Sindir sudah, tegur sudah, kutuk sudah tetapi mereka tetap tidak ingin berubah. Biarkanlah rakyat akan mengubah mereka dalam PRU13 nanti, mungkin itu pengajaran yang terbaik untuk mereka.


Sila baca blog House PK, KEDAH KITA dan The Unspinners. Rupa-rupanya jadi pemimpin UMNO mestilah sombong, bebal, degil, pembohong, zalim serta pekak badak. Pahang pun sama juga.

3 comments:

Anonymous said...

jangankan bloggers...

aku ni yang dok perangat nak terus sokong BN - UMNO pun dah naik menyampah...


depa tau depa kalah nanti..sebab tu depa buat tak tau je...

biar pilah...bagi lah depa menang kali ni...

lepas tu kita buat balik...ganti semua pemimpin UMNO yg ada...ganti semua yang baru...

KPI yg ada pun ...taraf taik cicak...buat apa...

one one no belen said...

Salam.Baru sekarang ke tau pemimpin UMNO macam ni? sememangnya sejak dulu lagi pun pemimpin UMNO tidak pernah berubah.

Anonymous said...

Buang masa aja.. Beri sokongan sepenuhnya kepada PERKASA

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...