Mesyuarat AJK PPU Bahagian Jerantut
2. UMNO Jerantut berada dalam keadaan yang paling lemah dan ketiadaan pemimpin pelapis yang mampu menggantikan YBM Tengku Azlan sekiranya beliau berundur. Pemimpin yang ada tidak mampu dan tidak akan berupaya mengetuai UMNO Bahagian Jerantut yang semakin celaru. Pucuk pimpinan terpaksa melihat calon-calon 'recycle' yang lebih berpengalaman bagi mengisi kekosongan itu serta memantapkan UMNO Bahagian. Ada beberapa pilihan namun yang kelihatan lebih popular adalah Dato' Azizan Yaakob, kerana hubungan dengan masyarakat setempat sangat akrab tambahan beliau adalah anak kelahiran Ulu Cheka, Jerantut. Beliau juga mendapat sokongan dari beberapa NGO setempat.
3. Dalam Mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian, Naib Ketuanya Mustafar Maarof telah mengumumkan perletakan jawatannya serta merta didalam ucapan penangguhannya. Ini memberikan tamparan hebat kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut serta UMNO Bahagian sendiri. (Klik sini) Imej Dato' Wan Amizan selaku Ketua Pergerkan Pemuda UMNO, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Kawasan Tahan tercemar dan punah sama sekali.
4. Usaha beberapa pihak untuk menjatuhkan Ketua Wanita UMNO Bahagian juga dilihat sebagai melemahkan UMNO Bahagian. Terdapat komplot-komplot dalam UMNO Bahagian dengan matlamat tersendiri. Sikap tamak beberapa pihak dan perpecahan didalam wanita sendiri dilihat sebagai racun perosak kepada keharmonian didalam Wanita dan UMNO Bahagian.
5. Jika calon pembangkang dalam PRU akan datang adalah anak tempatan dan bukan bersaudara seperti yang berlaku dalam PRU12 lalu (Calon Parlimen Pas dan calon PKR DUN Damak bersaudara) kemungkinan untuk merampas beberapa kerusi di Kawasan Jerantut akan menjadi kenyataan, berdasarkan kemenangan tipis BN dalam PRU lalu.
6. Lawatan PM sewaktu merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut yang tidak meriah seperti sepatutnya juga mengambarkan sokongan rakyat masih lemah terhadap UMNO BN. Tiadanya bendera parti komponen sewaktu sambutan bagaikan tidak menyertai sambutan itu. Kehadiran MB Pahang seorang diri tanpa barisan exco kerajaan negeri juga dilihat sebagai menefestasi frustrasi MB terhadap PM atau sebagai usaha mendapatkan perhatian PM untuk dilanjutkan khidmat beliau.
7. Pucuk pimpinan harus lebih berhati-hati dalam memilih calon Ahli Parlimen serta Ketua UMNO Bahagian Jerantut bagi memastikan UMNO Jerantut terus mantap dan dapat mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan UMNO BN. UMNO Jerantut sendiri harus kembalikan kekuatan parti dengan mendahului kepentingan parti dari kepentingan diri dan kelompok, jika tidak UMNO Jerantut harus belajar gigit jari sendiri.
6 comments:
Insyallah masih ada waktu untuk kita memperbaiki segala kesilapan dengan syarat semua pihak harus berubah dan bekerjasama.
cubalah selamatkan umno jerantut..kalau boleh jangan sesekali biarkan ianya jatuh..kalau jatuh maka susahlah kita nak bangkit semula..
biarpun pemimpin yang ada sekarang semuanya tahap najis tetapi maruah parti tetap harus kita pertahankan.
jangan kerana kecewa dengan pemimpin tertentu, maka parti kita rosakkan. tak baik begitu.
Sekarang PM sendiri sudah memberi isyarat penolakan wan amizan. so lepas ini tak perlu menyokong dia lagi.
begitu juga dengan Tok Nan. Sudah tiba masanya dia diganti dengan orang lain.
Tolonglah pertahankan umno diwaktu pru nanti. jangan cepat berputus asa.
Salam YB Raz, awak yg lebih muda dari saya nmpknya lebih bersemangat. Saya hampir kehilangan kekuatan untuk membantu UMNO Pahang ini. Lihat saja dalam UMB Pahang pun kita dipinggirkan dan tidak dihargai langsung. Saya telah melihat arah tuju saya sendiri, dan itulah nanti haluan saya dan perjuangan saya.
tak apalah kalau sudah itu arah tuju tuan..tapi saya tetap akan cuba pertahankan umno walaupun ia dipenuhi sampah sarap..
kadang kadang tindakan mendedahkan aib parti sendiri hanya mendatangkan kemudaratan dan keuntungan pada pihak lawan.
sedangkan tujuan kita cuma mahu mendedahkan kelemahan dan menegur pemimpin parti yang bersalah.
Salam Braveheart,
Agak mengelikan hati saya bila bloger-bloger Jerantut terlalu dangkal interpretasinya membuat kesimpulan ucapan "umum" PM Najib menyentuh YB Dato' Wan Amizan. Hebat betul Wan Amizan kerana terpaksa Najib turun ke Jerantut sendiri memberitahu ahli UMNO Jerantut...ekekekekekeke
Salam YB Raz, ternyata anda hanya mengikuti perkembangan pemimpin UMNO Jerantut hanya dari blog-blog naungan pemimpin UMNO desperado yang terbuang dari kepimpinan parti. Kalau YB Raz turun padang dan lihat program-program dan peruntukan-peruntukan yang diluluskan dari kerajaan pusat YB Raz akan dapat gambaran sebenar...
Salam YB Raz,
Arahtuju yg saya maksudkan adalah tidak duduk dimana-mana pihak. Sy bkn org yg mudah diberpaling arah dn menyokong pembangkang. Tapi pihak yg kita sokong harus juga memandang kita dgn mata dan kepalanya.
Salam WZWH,
Terima kasih kerana dtg ke blog saya dn berikan komen. Tk ramai org Jerantut yg membaca blog saya rasanya. Sy hormati awk walau kadang2 kita berbeza pendapat dalam sedikit hal. Kita mesti melihat dunia dengan mata dan hati kita yg terbuka. Sy juga ikuti blog awk yg baik tulisannya itu. Syabas dn teruskan. Anak Jerantut pasti boleh dan hebat, kita tidak membuang baka.
Post a Comment