26 July, 2010

HAI MAMBANG TANAH........



Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin
mambang berasal dari gunong si-mambang
berdampinglah denganku wahai si-mambang
hanya itulah pesanku wahai mambang!

Saya CnP dari blog sahabat saya 'The Antic of Husin Lempoyang' yang mengulas dari Agenda Daily.

Akhirnya rakyat sedar bahawa dimana-manapun ada mambang-mambang yang rakus merompak harta dan hak rakyat jelata.

Di Perak, mambang tanah yang berkuasa tak berapa lama dulu mengagihkan tanah-tanah kepada kroninya bagi menarik hati mereka serta sebagai imbuhan atas usaha dan sokongan yang diberikan dalam PRU12 lalu.

Di Selangor, mambang pasir sedang gila dan 'ketar kepala' mengorek dan pasir-pasir sehingga Selangor 'berlobang sana sini' kerana aktiviti peerlombongan yang berlebihan, juga membantu para kroni dengan merampas hak dan mengagihkan hak rakyat.

Di Kelantan dikhabarkan bahawa mambang balak sedang mabuk membantu perkayakan kroni dangan menerangkan hutan-hutan tenmpat tinggal segala haiwan dan margastua.

Ganas sungguh mambang-mambang dari Pakatan Rakyat ini rupanya.

Tapi sebenarnya bukan disana sahaja, di Pahang pun mambang-mambang tetap mengganas. Beberapa hari lalu saya CnP dari facebook mengenai apa aduan para rakyat mengenai mambang-mambang yang ni sedang berkuasa memerintah ketika ini.

Saya dedahkan apa yang rakyat perkatakan tentang keganasan mambang dari Temerloh. Kita juga sedang mengumpul kisah mengenai 'Raja' kepada segala mambang di Pahang. Mambang ni berasal dari hutan di Bentong dan dia adalah ketua mambang-mambang Pahang. Mambang ni pekak dan buta, kerana itu dia tidak mendengar segala serapah jampi oleh para 'Dukun, bomoh dan Tok Mudin'.

Raja mambang ni sedang mengumpul segala yang mampu kerana tidak lama lagi dia akan dihalau jauh dan tidak lagi dapat berkuasa.

Terima kasih sahabat saya Husin lempoyang kerana memanjangkan serapah jampi kita supaya dapat didengar oleh para pemimpin kita diatas sana . Harap-harap TMY sedang lakukan sesuatu terhadap kakitangannya sendiri. Saya juga ada menegur mengenai pemberian kontrek dibawah kementeriannya sebelum ini. Tengok-tengoklah juga. Saya bukan kontrektor tapi tetap prihatin dan simpati terhadap mereka yang berkenaan.

6 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam bro Beranikan Hati,
WZWH kagum dengan semangat dan sejarah penglibatan bro Beranikan hati dalam blogger BPN.
Tapi apa yang bro Beranikan Hati buat terhadap kepimpinan UMNO Pahang terutama menyentuh MB Pahang atau Tuanku Sultan Pahang gelar (Orang Tua Beta) adalah salah dan tidak mengikut etika dan kod politik adat Melayu UMNO Pahang.
WZWH tidak tahu berapa lama penglibatan bro Beranikan Hati dalam politik tapi pada penilaian saya bro Beranikan Hati masih tidak matang berpolitik di Pahang. Dan WZWH tidak tahu bro Beranikan Hati dari keturunan mana di Pahang ini. Pemikiran dan tindakan bro Beranikan Hati melambangkan keturunan dan pendidikan saudara. Jika kritikan WZWH membina, bro Beranikan Hati terimalah, jika tidak, teruskanlah cara "habat" pemikiran saudara!

Pendekar Melayu said...

umno pahangpun patut adakan roadshow seperti selangor. tetapi bertujuan selamatkan umno pahang dari pemimpin korup.

Bingai @ Bangang said...

Kat Sabak Bernam pun ada MAMBANG.

hehehehe

IKYS di Tendang Terajang

one one no belen said...

Salam.Rasanya mambang mambang yang bangsat ni semua mambang mambang melayu yang masa pilihan raya dulu berjanji akan membela rakyat.Tapi bila dah menang mereka membela perut sendiri sahaja.

Anonymous said...

mambang,

Di jerantut pun ada nama mambang Tahan habis orang kampung punya sapu. Tanah tersepit pun sapu! hahaha.....

bRAVEhEART said...

Salam,

Ada beberapa komen tidak saya siarkan kerana beberapa sebab antaranya tidak berkaitan dengan tajuk yang kita bincangkan atau berupa provokasi dan sebagainya.

Ada satu komen menghentam bh dan mempersoalkan keturunan dan pendidikan bh. Selama ini kita belum pernah mana-mana blogger menerima komen sedemikian, namun saya ingin tanyakan, apakah keturunan beliau itu? apakah tinggi benar martabat keturunan dari si peminum khamar?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...