16 November, 2010

JERANTUT BANTAH PEMBANGUNAN YANG MEMINGGIRKAN KEPENTINGAN BANGSA MELAYU



Sejak beberapa hari lepas, blog-blog di Jerantut sibuk dengan isu Pembangunan Bandar Baru Jerantut. Saya mengesannya di blog Suara Prihatin UMNO Jerantut. Ini bermula bila Blog Hulu Tembeling mengulas mengenainya (sini). Kemudiannya blog MuaraSat menulis surat terbukanya (sini) Berikutnya diulas juga oleh beberapa blog lain; WZWH, Jerantut Post, Berita Pemuda dan Sangkakala.

Saya salinkan ringkasan isi Surat Terbuka berkenaan yang ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan salinannya kepada Perdana Menteri untuk pengetahuan bersama (di bawah ini) ;



PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT SECARA PENSWASTAAN.


1. Kerajaan Pahang meluluskan tanah seluas lebih kurang 15 ekar dibandar baru Jerantut kepada Syarikat Gandamsa Sdn. Bhd. yang didalamnya Stesen Bas, Pasar, Dataran Majlis, Kawasan Pasar Malam / Pekah Sehari,  Tapak Ekspo dan lain-lain sekitarnya.

2. Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari  Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong, Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali sebagai proksi.

3.  Kami dimaklumkan juga syarikat grandmas telah bertukar tangan atau telah dijual kepada orang lain yang bukan orang Jerantut.  65%  seorang China dan 35% seorang melayu. 

           
ISU YANG TIMBUL ADALAH:

1. Kami diberi tahu pelan pembangunan telah diluluskan. Dewan perniagaan china Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya stesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan dikekalkan ditempat lama.

2. Dataran Jerantut merupakan pusat aktiviti sosial, tempat berhimpun Hari Kemerdekaan, Persembahan Kebudayaan, Aktiviti golongan muda / belia akan dimusnahkan untuk membangunan ‘The Mall’. Rakyat Jerantut membantah pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut dan ada ura-ura akan mengadakan demonstrasi jika diteruskan.

3.  Stesen Bas baru ( 3 tingkat), di bahagian bawah berfungsi sebagai hentian bas.  Tingkat  2 dan 3 adalah lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan ‘direban’ disitu. Gerai-gerai yang ada akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

4. Kami difahamkan juga kedai-kedai yang akan dibina 3 dan 4 tingkat dengan harga 600,000 hingga 1,000,000 keatas berdasarkan harga di bandar baru Inderapura dan bangunan yang dibina atas tapak taman di bandar baru yang tidak mampu milik oleh orang Melayu kerana harga 600,000 keatas.


KESANNYA:

1. Pemilikan harta Melayu di bandar Jerantut peratusannya akan semakin mengecil.

2. Orang Melayu tidak mampu membeli harta tersebut.  (Pada satu ketika dahulu  PKNP di ikuti oleh IKIP telah membina bangunan yang orang melayu mampu membelinya. Hanya itu sahaja yang masih tinggal untuk orang Melayu).

3. Kenapa UMNO Bahagian Jerantut, Pegawai-pegawai kanan di Pejabat Daerah Jerantut serta Ahli-ahli Majlis Jerantut membenarkan jadi begini? Mereka kata mereka tidak ada kuasa dan kuasa melulus adalah kuasa MB dan Exco Kerajaan Negeri.

4. Kami ingin tanya YAB Dato' Seri; Apa rasionalnya kerajaan negeri meluluskan pembangunan yang orang melayu tidak mampu berkongsi sama? Tidak kerajaan terfikir suatu hari nanti Melayu tenggelam dalam hutan batu yang bukan milik mereka, dan di buru bagai anjing oleh Majlis Bandaran walaupun untuk mencari rezeki kais pagi makan pagi?.

5. Apakah Kerajaan Negeri tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan lain-lain? Tidak kah Kerajaan terfikir untuk menjaga masa depan bangsa Melayu generasi akan datang?
Mahukah Dato' Seri menjadikan sama Jerantut ini dengan Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan, majoriti melayunya tidak sampai 55peratus sedikit masa lagi?


RAYUAN:

Kami memohon projek berkenaan ditangguh untuk diteliti dengan lebih mendalam serta memberi kesempatan Dato' Seri mendengar pandangan dari banyak pihak terlebih dahulu. Lebih dihormati lagi jika ianya ' batalkan' terus..

Kami terpaksa membuat rayuan ini di laman blog kerana kami mahu suara kami turut didengari. Selama ini kami tidak ada peluang dan ruang untuk bersuara kerana kami bukan pemimpin UMNO, bukan Ahli Majlis dan bukan Wakil Rakyat, justru kami jadikan ‘media sosial’ sebagai ‘Dewan Yang Mulia’ bagi kami. 




Apapun yang disuarakan kita percaya bahawa segalanya adalah pandangan rakyat terutamanya bangsa Melayu yang merasakan kehidupannya terancam akibat dari pembangunan ekonomi yang tidak memihak kepada mereka.


Kita sangat berharap semoga Pedana Menteri dapat mendengar suara-suara sebenar rakyat dan memberikan perhatian khusus mengenai perkara yang dibangkitkan ini. Kita tidak ingin melihat adanya pihak-pihak yang mengadaikan kepentingan bangsa Melayu kerana kepentingan peribadi mereka sendiri saja.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...