PahangKu sudah digeruni pembangkang,
semoga UMNO juga akan memberikan perhatian
Pada PRU12, akibat kekalaian UMNO/BN serta kegagalan mentafsir peranan media sosial terutama blog, facebook dan lain-lain telah mebuatkan BN tersembam dan kehilangan beberapa negeri serta gagal mencapai 2/3 kerusi di Parlimen.
Waktu itu blogger pembangkang bagaikan komando yang bergerak tanpa disedari oleh UMNO/BN dan mereka menyebarkan fitnah semahu-mahunya kerana tiada siapa dari pihak kerajaan yang memberikan perhatian. Bahkan ada pemimpin tertinggi kerajaan menganggap blogger sebagai beruk.
Namun selepas kekalahan itu blogger Pro kerajaan bangkit dengan beberapa kumpulan antaranya BPN dan AIDC. Blogger pro kerajaan bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan semangat untuk membantu kerajaan biarpun mereka sedikit terkilan dengan gelaran 'beruk', 'musang berbulu ayam' dan 'blogger nyamuk'. Apapun mereka merupakan satu force yang berhasrat membantu kerajaan memulihkan semula semangat dan keyakinan masyarakat.
Jika kita perhatikan, kadang-kadang blogger pro kerajaan ini kelihatan lebih UMNO dari ahli UMNO itu sendiri. Bahkan ada antaranya bukan pun menjadi ahli UMNO mana-mana cawangan. Mereka berjuang hanya kerana ingin mengangkat semula martabat UMNO dan bangsa Melayu serta menjunjung tinggi agama Islam.
Sejak setahun dua ini saya melihat biarpun blog-blog pembangkang masih teratas dalam ranking 100 alexa, namun dari segi bilangan, blog pro kerajaan sudah mendahului dan dalam masa sama membunuh semangat blogger pro pembangkang.
Lihat kepada beberapa siri PRK, terutama di Galas dan di Tenang, peranan blogger pro kerajaan sangat dirasai bahklan digeruni oleh pembangkang. Ada antaranya diserang dengan hebat diruang-ruang komen dengan menyalahkan blogger pro kerajaan sebagai kurang ajar dan sebagainya.
Tetapi mereka sudah lupa bahawa inilah apa yang telah mereka lakukan dan ajarkan dahulu, dalam PRU12 lalu. Rupanya salah juga jika kita lakukan apa yang mereka dahulu boleh lakukan, sepertimana mereka mengharamkan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tetapi mereka menghalalkan kerjasama mereka dengan DAP.Rupanya keadilan bagi mereka adalah hanya apabila sesuatu itu memihak kepada mereka.
Pahang Daily Online (PDO), blog yang tersohor di Pahang suatu masa dulu merakamkan kebimbangannya mengenai perkembangan blog-blog pro kerajaan. Kehadiran blog PahangKu (KLIK) telah memberikan saingan kepadanya dan secara langsung telah menguburkan blog PahangKini dan Selamatkan Pahang yang pro Pas Pahang.
Dalam kerisauannya admin. PDO tidak lama dulu pernah mengaitkan BH dengan PahangKu sedangkan itu hanyalah syak-wasangkanya dan fitnah semata-mata. Kepada PDO, tidak perlu bimbang kepada BH atau mana-mana blog yang dinyatakan didalam posting terbarunya kerana kami ini hanyalah sebahagian dari terjemahan kebangkitan semangat rakyat keseluruhannya, jika bukan BH pun, tentu ada blog yang lain yang akan mendahului.
5 comments:
tahniah la blogger...teruskan usaha anda
mcm tk ihklas je?
thumbs up :-)
apa2pun, good job bro BH...
biasa la taktik peperangan...klu dulu blogger pro pembangkang guna taktik tu utk jatuhkan org...skrg blogger pro kerajaan pulak guna taktik sama utk kalahkan diorg...mcm main chess jugak le...sape terer, dia la yg menang...klu setakat nak harap fitnah dan tohmahan je utk menang, takkan ke mana...org lain akan tahu jugak akhirnya...mcm skrg ni, ramai dah menyesal kerana terpengaruh dgn hasutan pembangkang dlm PRU lepas termasukla aku...(padan muka aku...hehehe) tp Insya Allah, PRU13 aku tahulah sape aku nak pilih...hehe
salam,
thanks to all of you juga, tanpamu siapalah aku? hahaha
Post a Comment