"Pemenang dan si kalah bukanlah calon tetapi orang lain," kata setiausaha agung DAP itu.
Di pihak BN, pemenang sebenar adalah Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman yang berjaya menunjukkan kebolehan dan kemampuannya, kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.
"Manakala pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.
Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.
"Dalam hati, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis
.[MalaysiaKini]
Demikian menurut laporan portal MakaysiaKini. Bagaimanapun kenyataannya itu bersifat teka-teki yang mengelirukan dan kepada siapakah kekalahan itu ditujukan? Banyak pihak yang beranggapan bahawa kenyataan dan sindiran itu ditujukan kepada MCA Labis akibat kegagalan menarik sokongan pengundi Cina .
Selain itu, kenyataan nya juga mungkin ditujukan kepada BN kerana dalam setiap PRK selepas PRU12 lalu, pengundi Cina tidak pernah memberikan sokongan padu kepada BN seperti dulu.
Mungkin juga ini satu isyarat kepada BN bahawa ada kerjasama sulit antara mereka dan sindiran itu ditujukan kepada UMNO sebagai tunggak kepada parti komponen BN.
UMNO dan BN seharusnya mampu menilai diri dengan lebih jelas lagi dalam memastikan kerjasama antara komponen masih berada ditahap yang tinggi dengan kesetiaan yang kukuh.
Mungkin kerjasama diantara UMNO dan Pas harus direalisasikan dengan kadar segera sebelum PRU13 tiba supaya kekuatan dan undi Melayu dapat bersatu dengan kukuh dan kita akan melihat MCA akan kembali kepada kita dengan sikap yang lebih bersahabat.
No comments:
Post a Comment