14 December, 2011

ANU ARR HARUS 'BERTAUBAT'




1. Bertuahnya wakil rakyat dan pembangkang di Malaysia kerana tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat sungguh mudah, yakni hanya membangkang, membangkang dan membangkang berterusan tanpa perlu memberikan apa-apa cadangan dan melaksanakan apa-apa pembetulan.

2. Seperti yang dijangkakan, selain dari isu-isu politik yang melibatkan para menteri dan pemimpin UMNO/BN serta serangan peribadi pembangkang juga menyerang setiap program yang dilaksanakan kerajaan. Terbaru sepertimana yang kita ketahui mereka menyerang projek Kedai Rakyat 1Malaysia 'KR1M'

3. Berbagai tohmahan dilemparkan dari barangan yang tiadak kualiti, harga yang mahal serta pencemaran bakteria terhadap makanan berkenaan. Pokoknya tiada langsung yang baik yang kerajaan lakukan untuk rakyat sehinggakan ada juga kempen yang menghasut rakyat supaya memilih siapa dan apa saja asalkan bukan UMNO #ABU.

4. Kami rakyat dari kawasan pedalaman biarpun rasa terpinggir dari segala macam pembangunan dan kadang-kala rasa tersisih namun kami merasakan bahawa kami masih perlukan sebuah kerajaan yang teguh dan memperjuangkan rakyat dengan bersungguh-sungguh. Kami juga mengenal yang mana kaca yang mana intan, yang mana akar dan  yang mana rotan.

5. PRU12 menyaksikan kekeliruan dan kekecauan fikiran para pengundi akibat dari tohmahan berpanjangan pembangkang. Kerana itu sokongan kepada pembangkang meningkat yang diakibatkan oleh protes dan tidak puah hati. Namun apabila pihak pembangkang mendapat mandat mentadbir beberapa negeri, mereka juga sudah meungkir janji dan tidak mampu mentadbir negeri-negeri berkenaan dengan baik. Jelas bahawa mereka hanya pandai menanam tebu ditepi bibir.

6. Selain itu kita dijebak dengan masalah peribadi pemimpin utama mereka. Anu arr menwujudkan keadaan tidak tenteram sepanjang masa hanya dengan tujuan memberi tekanan kepada kepimpinan kerajaan dengan hanya satu niat utamanya iaitu untuk menaiki takhta di Putrajaya seterusnya akan 'beraja dimata dan bersultan dihati'.

7. Wajarkah kita masih terus memberikan sokongan kepada pembangkang dan menunggu janji dengan segala harapan yang nyata sia-sia? Akan lebih aman dan makmurkan rakyat dan negara kita jika Si-Peliwat dan 'binatang politik' itu jadi Perdana Menteri?

8. Nurul Izzah mungkin masih boleh berbangga dengan papanya seorang peliwat, namun kita tetap hairan bagaimana video klip yang sah dan nyata menunjukkan Anu arr adalah pelaku sebenarnya masih dipertikaikan dengan tidak memperakui bahawa pelaku itu adalah Anu arr sendiri. Dimanakah moral beliau sebagai seorang tokoh dan pemimpin Malayu dan Islam?

9. Sama ada perhubungan songsang itu secara sukarela atau terpaksa, namun segalanya bagaikan 'jari menjolok kemata', mungkin sudah boleh disahkan bahawa 'barang' Anu arr memang memasuki 'jalan belakang' seseorang. Anu arr harus 'bertaubat' kerana beliaulah perancang segala konspirasi dan pencetus segala kecelaruan politik negara masa kini.

Klik - Borang Palsu KR1M diedar pembangkang untuk sabotaj kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

gamaknya Anu Arr tu bukan artis kot, kalau artis dah lama kena boikot, tp tu laa.. sapa nak mengaku buat maksiat kerat jari pun pun belum tentu ada sbb tak ada org nampak saksi tak da kat Pa PIS PUS. Kalau Izzah dgn PAPA dia duduk 2 org dlm bilik dan si PAPA dia cuma ada towel je pun kalau nak kira kes pun boleh gak kan, zaman sekarang ni bukan boleh pandang ringan kalau pulak org kuat bernafsu mcm PAPA hebat, kita sebagai manusia yang punya agama dan pegangan cuma mampu mengucap dan minta simpang Malaikat 44.

Tak tau laa kita org pun dah bosan dgn Anu Arr ni. 4 tahun dah tak ada apa pun yang dibuatnya asyik ceramah siang malam terbang sana sini, kampung sendir pun tak buat apa harap bekas bekas YB UMNO ja tu pun biasa lah ala kadar sekrang depa mampu nak tomong sbb K'jaan negeri yg dok kawal selia wang ringgit, org melayu kalau tak sedaq jugak dan tak boleh terima hakikat yang kita ni Raja segala Raja, baik maksiat, penagih dadah, sumbang mahram, pemalas, adap sopan dah tak da, kuat fitnah, anak manja, tak pernah syukur dengan apa yang ada, kaki rempit, kaki ponteng keja, kaki ponteng sekolah, elok orang orang mcm ni p gantung diri atau keluar dari bumi malaysia, lagi elok, otak ada tapi malas nak fikir kira nak senang ja belajar pemalas mcmana kalau belajar ada tinggi sikit dah besar kepala tp bila lulus pun grade cukup makan...

Saya nak doa agar orang melayu tolong sedar sikit, dah byk dah orang melayu bergoyang mcm monyet atas dahan pokok, elok laa sekrang orang melayu bersatu sekuat akar pokok yang mana kita dok bergaut tu.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...