Pandangan di sebuah 'Kem Revolusi' Jalanan
Kemungkinan mahasiswa terdedah kepada agen CIA, Mossad dan lain-lainnya
Kemungkinan mahasiswa terdedah kepada agen CIA, Mossad dan lain-lainnya
1. Anu arr semakin tertekan. Mahkamah sudah hampir kepada membuat keputusan berkenaan 'Kes Liwat 2' nya. Dia sedar dia memang bersalah. Peguambelanya juga sedar bahawa dia memang bersalah. Dalam 'Kes Liwat 1' dulu mahkamah bersetuju bahawa ada berlaku 'kamasukan ke dubur' namun kerana berlakunya kesilapan dalam fakta kes pendakwaan maka tuduhan terhadapnya dapat diketepikan.
2. Kerana semakin takut dihantar semula ke 'Sungai Buluh' untuk pertapaannya, 'Ketua Imam' dan 'Khalifah' persatuan silat ini cuba menwujudkan kekacauan. Seolah-olah jika beliau dijatuhkan hukuman maka huru-hara akan berlaku di negara kita. Kerana itulah anak-buahnya sedang giat sekarang ini mengumpulkan 'lembu-lembu' untuk berarak dan mengadakan demonstrasi jalanan bagi tujuan membebaskan 'bapa lembu' mereka.
3. Apa yang Anu arr ingin jelaskan adalah; 'Jangan hukum saya, jika tidak ingin negara jadi huru-hara', walaupun hakikatnya dia didapati bersalah. Demikian juga dengan Adam Adli ketika mengugut sebuah IPT supaya jangan kenakannya tindakan, jika tidak revolusi akan beraku. Ohh! Mudahnya! Atas nama demokrasi mereka memaksa supaya tindakan mereka tidak dikenakan hukuman, jika mereka dihukum atas nama demokrasi juga mereka akan lakukan kekacauan.
4. Nampaknya Anu arr jelas sekali menggunakan demokrasi ala Yahudi Israel. Demokrasi yang hanya memberikan mereka kebebasan untuk melakukan apa saja namun tidak bagi orang lain. Demokrasi yang berat sebelah. Demokrasi 'haramjadah'.
5. Jika sejarah akan dicatat mengenai Anu arr sebagai tokoh di negara Malaysia, ketokohan yang sesuai baginya adalah sebagai 'Tokoh Bapa Rusuhan' atau 'Bapa Demonstrasi Jalanan'. Itu kemahiran yang dia ada sejak zaman mudanya lagi. Dan ketika ini beliau sudah mengembangkan ilmunya kepada anak-anak muda untuk meneruskan kesinambungannya, maka lahirlah 'Anak Hasil Hubungan Liwat' Si 'Adam Bendera'.
6. Ketika Mesir mula bergolak, pihak pembangkang selalu jadikan negara itu sebagai contoh gerakan revolusi rakyat dan berharap di Malaysia juga gerakan seperti itu akan berlaku dan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi ini. Namun apabila mereka melihat lebih banyak keburukan yang terjadi kepada negara terutamanya di Libya, maka mereka sudah mendiamkan diri dan tidak lagi jadikan revolusi rakyat sebagai wadah menumbangkan kerajaan.
7. Kita cuma berharap kepada seluruh rakyat, terutama mahasiswa yang nyata masih 'kurang' cerdik berpolitik supaya jangan terjebak dengan mencetus revolusi kerana kita bimbang demokrasi yang kita cari sebenarnya adalah yang kita runtuhkan itu. Sebagaimana rakyat Libya, setelah meruntuhkan kerajaannya dan membentuk kerajaan baru akhirnya mereka merasa bersalah kerana membuang sesuatu yang disangkanya buruk untuk mendapatkan yang ternyata lebih buruk lagi.
8. Demonstrasi Revolusi 901 khabarnya akan digerakan oleh golongan mahasiswa dengan arahan Anu arr bagi melumpuhkan sistem kenderaan awam disekitar ibu negara Kuala Lumpur. Ini bertujuan menimbulkan huru-hara sebagai satu desakan supaya tidak mengambil tindakan keatas kesalahan Anu arr 'ter'liwat bontot seseorang. Demikianlah tindakan oleh binatang politik dimana matlamat menghalalkan cara.
9. Kita tidak sedar bahawa ada banyak konspirasi besar diluar sana, termasuk penjajahan cara baru sebagaimana yang terjadi kepada Iraq. Dimana kuasa luar tidak lagi menyerang kita secara langsung namun menyerang kita melalui fikiran rakyat kita sendiri, dalam kata lain hanya menghasut rakyat kita untuk berjuang bagi pihak mereka dengan memberikan 'gula-gula' bernama demokrasi dan hak asasi. Tidak mustahil ini akan terjadi juga kepada kita jika kita tidak bersedia menghadapinya.
9. Kita tidak sedar bahawa ada banyak konspirasi besar diluar sana, termasuk penjajahan cara baru sebagaimana yang terjadi kepada Iraq. Dimana kuasa luar tidak lagi menyerang kita secara langsung namun menyerang kita melalui fikiran rakyat kita sendiri, dalam kata lain hanya menghasut rakyat kita untuk berjuang bagi pihak mereka dengan memberikan 'gula-gula' bernama demokrasi dan hak asasi. Tidak mustahil ini akan terjadi juga kepada kita jika kita tidak bersedia menghadapinya.
No comments:
Post a Comment