1. Ini zaman rakyat berani bersuara membantah
kerajaan. Rakyat menganggap semua yang kerajaan lakukan salah dan tidak memberi
kepuasan kepada mereka. Semuanya disebabkan hasutan pembangkang. Kesalahan
kerajaan hanyalah kerana gagal memantau media sosial bahkan suatu ketika
memandang remeh peranan dan jalinan media sosial sehingga dimanipulasikan
pembangkang dan memberikan impak yang besar kepada politik negara.
2. Pembangkang menggunakan segenap
kesempatan dan ruang yang ada untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan.
Sehingga segala yang kerajaan lakukan digambarkan sebagai kesalahan. Selepas
mereka menyerang KR1M, kini mereka sasarkan BR1M pula. Kerajaan digambarkan
seolah-olah tidak pernah melakukan kebaikan untuk rakyat. Namun dalam masa sama
mereka pembangkang tidak pula melakukan apa-apa. Pembangkang memburukkan kerajaan hanya untuk
menutup kelemahan dan keburukan mereka.
3. Teringat kisah dizaman rasulullah dimana
si-ayah dan anaknya mengembara dengan menaiki unta. Mereka disalahkan atas
alasan menzalimi untanya apabila keduanya menaiki unta berkenaan. Apabila
si-ayah berjalan dan menarik untanya, si anak dikatakan zalim kerana membiarkan
si-ayah yang tua berjalan sedangkan si-anak bersenang diatas unta berkenaan.
Apabila si-ayah menaiki unta,dia dikatakan zalimi anaknya kerana biarkan
anaknya yang berjalan. Namun mereka dipersalahkan dan diperbodohkan pula
apabila kedua mereka berjalan mengheret untanya.
4. Demikianlah keadaan pemimpin dan kerajaan kita
ketika ini yang bagaikan hilang arah akibat tekanan dari pembangkang. Kerajaan
seolah-olah terpaksa menuruti segala kata pembangkang dan rakyat kerana ingin
memperolehi undi. Ini bukanlah sikap kerajaan yang baik. Kerajaan memerintah
dan bukannya diperintah. Kerajaan yang terlalu menurut kehendak rakyat kerana
sayangkan kuasanya tidak akan dapat memerintah dengan baik dan memberi kebaikan
kepada rakyat. Tolak ansur dalam segala hal untuk jadi popular bukanlah jalan
terbaik walaupun akan terus kekal berkuasa mentadbir negara.
5. Rakyat Libya telah merampas kuasa dan
menggulingkan kerajaan kerana berpendapat kerajaan tidak memberi kebaikan dan
keadilan kepada rakyatnya. Namun kerajaan yang baru juga tidak dapat memuaskan
kehendak mereka malahan lebih buruk dari sebelumnya. Rakyat Iraq juga sebelumnya berpendapat Saddam bukan pemimpin yang baik, namun selepas Saddam dibunuh oleh
kuasa asing, mereka tidak juga beroleh kebaikan sebagaimana yang mereka
gambarkan.
6. Di Mesir, Libya bahkan Iraq, hati rakyat
dibakar oleh kuasa asing dengan bantuan petualang dalam mencetuskan pemberontakan.
Atas nama demokrasi atau apa sekalipun namun tanpa kita sedari, ada
tangan-tangan hitam dari luar yang mencetuskannya. Kita tidak sedar bahawa kita
jadi mainan konspirasi politik yang ingin menjajah negara. Di negara kita,
konspirasi itu berwajahkan 'reformasi' yang diketua binatang politik anu-gerah
Tuhan yang akan membawa kita kepada kehancuran. Anu arr! Perjuangannya adalah
perjuangan peribadi dan kroni. Bukanlah perjuangan sebenarnya yang jujur untuk
rakyat. Jika benar Anu arr berjuang untuk rakyat, dia sudah melakukannya semasa
berkuasa didalam kerajaan dan UMNO dulu. Anu arr hanyalah umpama seekor ayam
yang kokoknya berderai-derai namun ekor bergelumang najis.
2 comments:
salam pak cik bh,
ini cerita lama , kenape di risikal. apa tujuan nya. kalau kata lebih mertajuk pulok dan tak ndk berblog pulok.
ada masalah ke?
Post a Comment