18 December, 2011

INI BUKAN DEMOKASI KITA BHG1









1. Ini zaman rakyat berani bersuara membantah kerajaan. Rakyat menganggap semua yang kerajaan lakukan salah dan tidak memberi kepuasan kepada mereka. Semuanya disebabkan hasutan pembangkang. Kesalahan kerajaan hanyalah kerana gagal memantau media sosial bahkan suatu ketika memandang remeh peranan dan jalinan media sosial sehingga dimanipulasikan pembangkang dan memberikan impak yang besar kepada politik negara.


 2. Pembangkang menggunakan segenap kesempatan dan ruang yang ada untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan. Sehingga segala yang kerajaan lakukan digambarkan sebagai kesalahan. Selepas mereka menyerang KR1M, kini mereka sasarkan BR1M pula. Kerajaan digambarkan seolah-olah tidak pernah melakukan kebaikan untuk rakyat. Namun dalam masa sama mereka pembangkang tidak pula melakukan apa-apa. Pembangkang memburukkan kerajaan hanya untuk  menutup kelemahan dan keburukan mereka.



3. Teringat kisah dizaman rasulullah dimana si-ayah dan anaknya mengembara dengan menaiki unta. Mereka disalahkan atas alasan menzalimi untanya apabila keduanya  menaiki unta berkenaan. Apabila si-ayah berjalan dan menarik untanya, si anak dikatakan zalim kerana membiarkan si-ayah yang tua berjalan sedangkan si-anak bersenang diatas unta berkenaan. Apabila si-ayah menaiki unta,dia dikatakan zalimi anaknya kerana biarkan anaknya yang berjalan. Namun mereka dipersalahkan dan diperbodohkan pula apabila kedua mereka berjalan mengheret untanya.



4. Demikianlah keadaan pemimpin dan kerajaan kita ketika ini yang bagaikan hilang arah akibat tekanan dari pembangkang. Kerajaan seolah-olah terpaksa menuruti segala kata pembangkang dan rakyat kerana ingin memperolehi undi. Ini bukanlah sikap kerajaan yang baik. Kerajaan memerintah dan bukannya diperintah. Kerajaan yang terlalu menurut kehendak  rakyat kerana sayangkan kuasanya tidak akan dapat memerintah dengan baik dan memberi kebaikan kepada rakyat. Tolak ansur dalam segala hal untuk jadi popular bukanlah jalan terbaik walaupun akan terus kekal berkuasa mentadbir negara.



5. Rakyat Libya telah merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan kerana berpendapat kerajaan tidak memberi kebaikan dan keadilan kepada rakyatnya. Namun kerajaan yang baru juga tidak dapat memuaskan kehendak mereka malahan lebih buruk dari sebelumnya. Rakyat Iraq juga sebelumnya berpendapat Saddam bukan pemimpin yang baik, namun selepas Saddam dibunuh oleh kuasa asing, mereka tidak juga beroleh kebaikan sebagaimana yang mereka gambarkan.



6. Di Mesir, Libya bahkan Iraq, hati rakyat dibakar oleh kuasa asing dengan bantuan petualang dalam mencetuskan pemberontakan. Atas nama demokrasi atau apa sekalipun namun tanpa kita sedari, ada tangan-tangan hitam dari luar yang mencetuskannya. Kita tidak sedar bahawa kita jadi mainan konspirasi politik yang ingin menjajah negara. Di negara kita, konspirasi itu berwajahkan 'reformasi' yang diketua binatang politik anu-gerah Tuhan yang akan membawa kita kepada kehancuran. Anu arr! Perjuangannya adalah perjuangan peribadi dan kroni. Bukanlah perjuangan sebenarnya yang jujur untuk rakyat. Jika benar Anu arr berjuang untuk rakyat, dia sudah melakukannya semasa berkuasa didalam kerajaan dan UMNO dulu. Anu arr hanyalah umpama seekor ayam yang kokoknya berderai-derai namun ekor bergelumang najis.



2 comments:

Anonymous said...

salam pak cik bh,

ini cerita lama , kenape di risikal. apa tujuan nya. kalau kata lebih mertajuk pulok dan tak ndk berblog pulok.

bRAVEhEART said...

ada masalah ke?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...