25 January, 2012

ASAL PAS, SEGALANYA BOLEH



1. Siapa saja boleh jadi ustaz, ulamak, tok guru bahkan nabi asalkan mereka itu ahli Pas atau sokong Pas. Hanya kerana berkerjasama dengan Pas, Lim Guan Eng sudah boleh disamakan dengan Khalifah. Nik Aziz 'ulamak politik' sudah setaraf dengan nabi. (Klik Sini) Tiada siapa yang pertikai bahkan Nik Aziz dalam komennya tidak menyalahkan pendapat berkenaan yang bermakna beliau suka dianggap sebagai nabi.

2. Beginilah politik Pas yang semakin hari membawa kita semakin jauh kearah kesesatan. Bermula dengan menganggap Pas dan agama tak boleh dipisahkan sedangkan ianya jelas dan nyata sungguh berbeza. Kafir bagi mereka yang tidak mengundi Pas. Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas kata mereka. Bagaimana pula di negara-negara timur tengah yang tiada parti Pas, apakah mereka disana tidak Islam?

3. Kenyataan-kenyataan yang bodoh dan memperbodohkan ummah jelas menyimpang dan menyesatkan. Ayat Al-Quraan digunakan sebagai alasan namun hanya sekerat-sekerat yang dibacakan dan disembunyikan yang sebahagian yang lain.

4. Bila Si-Kafir harbi DAP berucap gunakan ayat Al-Quraan tunggang-langgang, Pas mengganggapnya wajar bahkan penyokongnya menyambut dengan takbir. (Klik Sini) Mereka tidak sedar bahawa Nga Kor Ming bukan didakwahi kepada Islam tetapi sebaliknya mendakwahi penyokong Pas kepada kristian.

5. Dengan mudah Bob Lokman dan Azhar diterima Pas sebagai ustaz dan diterima berceramah politik untuk parti pas walaupun hakikatnya mereka itu bukan apa-apa ataupun bukan siapa-siapa. Lebih buruk lagi sejarah mereka bukanlah wajar untuk diangkat sebagai ustaz. (Klik Sini dan Sini)

6. Matlamat Pas bukan lagi untuk membangunkan Islam. Mereka lakukan ini lebih kepada kehendak peribadi para pemimpinnya untuk berkuasa dan ke Putrajaya. Dengan satu niat yang datang dari kebusukan dari dalam perut para pemimpinnya iaitu menumbangkan kerajaan dan mengalahkan UMNO yang jelas perjuangkan Islam selama ini.

7. Kita masih ingat sejak dari dulu lagi dalam setiap ceramah Pas tidak lari dari memaki hamun pemimpin. Mereka menghalalkan ini dalam Islam yang mereka pegang sedangkan dalam ajaran Islam sebenar kita diajar untuk berkata-kata dengan sesuatu yang baik-baik belaka. Ingat siapa yang memanggil Anu arr dengan panggilan Al-Juburi? Ianya adalah Mat Sabu, antara pemimpin besar Pas.

8. Berbagai fatwa dikeluarkan oleh Pas bagi memburukkan UMNO dan kerajaan. Dulu bila MCA dan MIC berkerjasama dengan UMNO dengan UMNO sebagai penerajunya mereka kata itu haram. Kini Pas bersekongkol dengan DAP dan PKR dengan DAP menjadi pemimpinnya mereka kata halal. Bahkan bersahabat dengan musuh yang nyata syaitan yang direjam pun mereka sanggup.

9. Saya melihat yang bijak dalam menggunakan dan permainkan perasaan pengikutnya sudah tentu para pemimpin Pas manakala yang bodoh dan bangang selamanya adalah para penyokongnya yang sehingga ada yang sanggup berbaring dijalanan untuk menyatakan sokongan terhadap DAP sebagaimana di negeri Perak dulu. Alangkah rendahnya martabat Islam diletakkan oleh mereka itu.



No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...