22 August, 2012

UMUM BERSARA: USAHA TERDESAK ANU ARR

Saya tahu saya akan kalah nanti...tapi saja je nak buat gempak!! 
Orang yang bodoh akan tertipu juga, hehe!


1. Anu arr umumkan akan bersara jika kalah dalam PRU13 nanti. Ini strategi terakhir beliau, strateji terdesak dalam meraih sokongan, simpati dan belas kasihan rakyat. Demikian dilaporkan di MalaysiaKini.

2. Jikalau Anu arr seorang pemimpin dan politikus bermaruah sudah tentu beliau bersara sebaik sahaja isu peribadi dan moral beliau didedahkan kepada umum. Beliau tidak perlu menunggu sehingga PRU13 jika beliau pemimpin bermaruah dan ebrani sebagaimana para pemimpin dunia lainnya yang terlibat dengan skandal sebagaimana di Jepun dan bahkan di Amerika sendiri.

3. Apakah janji akan ditepati? Ramai kalangan pemim;in pembangkang hanya pandai berjanji namun gagal menepatinya. Jika kita masih ingat, tidak lama dahulu Nik Aziz pernah berjanji akan turut bersara dari jawatannya jikalau Tun Dr.Mahathir bersara dari politik, namun Nik Aziz juga gagal tunaikan janjinya. Jikalau seorang yang dihormati sebagai Tok Guru juga gagal patuhi janjinya, orang bagaimana lagikah yang akan kita percayai?

4. Kita harus sedar bahawa dalam politik sama ada ianya seorang alim atau tidak, sama ada ianya Tok Guru, Ustaz atau sesiapapun, mereka tetap sama.....orang politik.

5. Apa perlunya Anu arr umum bersara jika sudah ditolak rakyat?


- Sumber

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...