02 December, 2012

AFF: HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya vs Garuda


1. Bolasepak adalah sukan yang punyai tarikan besar diseluruh dunia. Namun bolasepak bukanlah permainan baru bagi negara kita. Kita sudah menciptana nama dan melahirkan 'hero' sejak lama dulu. Siapa yang tida kenal dengan Ghani Minhat? (Klik Sini)  Kemudiannya Mokhtar Dahari (Klik Sini).Mereka telah mencipta nama hingga keperingkat antara bangsa dan menyumbangkan keupayaan luarbiasa mereka pada lewat tahun 60an dan 70an.

2. Bolasepak dimata dunia mencatatkan bahawa Malaysia hanya berupaya berada ditangga ke-156, jatuh dari tangga 152. (Ranking FIFA/Berita Semasa)  Cuba bandingkan dengan rakan negara-negara Asia Tenggara lainnya: Vietnam-97, Thailand-141, Filipina-148 dan Indonesia-151.

3. Kita masih ingat ketika zaman kegemilangan Mokhtar Dahari bersama rakan-rakannya R.Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan lain-lain, mereka telah menggilap nama negara dalam sukan bolesepak keperingkat antarabangsa. Malaysia adalah pasukan yang digeruni ketika itu bahkan kita berupaya menenggelamkan pasukan negara besar seperti China, Korea Selatan serta Jepun. Pestabola Merdeka yang diadakan setiapa tahun di Kuala Lumpur dilihat sebagai pertandingan yang sangat berpristage ketika itu.

4. Dimana silapnya sehinga kita tiba-tiba dengan mudah dimalukan oleh beberapa pasukan yang kita lihat lebih terkebelakang dari kita. Bangladesh, Laos dan Myanmar bukanlah tandingan kita pada masa lalu namun ketika ini kita rebah dikaki mereka. Banyak pihak melihat itu adalah kejatuhan sukan bolesepak negara kita, namun saya melihat dari sudut berbeza.

5. Mutu bolasepak kita tidak jatuh cuma ianya kekal statik ditahap sama sedangkan dinegara-negara lain mereka mampu melonjak naik. Banyak formula dan cara yang sudah diterapkan untuk memulihkan kembali mutu bolasepak kita. Banyak kali kita gagal menganjak semula. Malangnya apabila kita tewas dalam satu-satu perlawanan yang dipersalahkan dan jadikan mangsa cuma pemain dan jurulatih. Apabila sekali beroleh kemenangan mereka diangkat tinggi namun apabila tewas mereka akan dicaci.

6. FAM perlu melihat kepada diri sendiri selain dari menuding jari kesana-sini. Benar, banyak yang sudah FAM lakukan untuk pembangunan sukan bolasepak negara namun masih banyak juga lagi yang perlu dilakukan untuk membangunkannya. Politiking dalam pengurusan harus dihapuskan. Rasuah mesti dibenteras (jika ada) dan kegiataan menjual perlawanan dalam liga tempatan mesti dihapuskan terus. 

7. Kemenangan keatas Indonesia semalam membanggkan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun ianya hanyalah kegembiraan sementara dan hanya sebahagian kecil dari kegembiraan yang mampu kita rebut, namun ianya memadai untuk sementara ini. Cabaran berikutnya adalah untuk mengalahkan Thailand digelanggang sendiri. Sokongan padu penonton sangatlah diperlukan. Era mem'boo' pasukan sendiri sudah berlalu. Buruk atau baiknya kita mesti kekal dengan pasukan sendiri. Jika para pemain sendiri terpaksa akur menerima kekalahan, kenapa pula kita yang hanya menonton tidak mampu untuk bersimpati dengan mereka. Kita mesti belajar berkongsi kegembiraan dan kedukaan bersama.

8. Bagi kesebelasan Harimau Malaya, kebolehan bermain dengan skill, stamina dan speed perlu disertakan dengan ketahanan mental dan fokus kepada perlawanan. Sokongan peminat yang tidak berbelah bagi juga akan memberikan semangat kepada Harimau Malaya, pasti akhirnya kita akan mampu menguasai sukan bolasepak sekurang-kurangnya diperingkat Asia Tenggara seperti masalalu.

9. Semoga Harimau Malaya kita akan berjaya mengalahkan Thailand dan seterusnya mengalahkan mana-mana pasukan yang menghalang kemaraan kita. Kita ingin berada dipuncak kejayaan dan menjulang panji-panji keramat kita, 'Jalur Gemilang'.

10. Safee Sali dan Mat Yo jangan kecewa apabila sudah hilang bisa dalam perlawanan semalam. Segalanya nampak tidak menjadi. Saya melihat wajah duka dan kekesalah Safi apabila gagal menjaringkan gol pada setiap peluang yang diperolehi. Tidak mengapa, penyokong tidak melihat siapa yang menjaringkan golnya, kami cuma mahu pasukan kita menang. Tidak ada siapa 'wira' dalam pasukan kerana keseluruhan pasukan Harima Malaya adalah wira-wira belaka.

11. Seluruh rakyat Pahang berbangga dengan pencapaian 'Zack' dan usaha dan permainan cemerlangnya dalam perlawanan malam semalam (menewaskan Indonesia). Warga Maran berbangga, YB ADUN Kuala Sentul juga turut berkongsi kebangaan......'Benih Yang Baik, Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau...'

8 comments:

Anonymous said...

Benih yang baik jatuh kelaut menjadi pulau perhentian adalah bagus.Jangan jatuh ke pulau menjadi banduan di pulau jerjak tu tak bagus :-)

bRAVEhEART said...

Salam,

Tuan, dulu memang Pulau Jerjak dikenali sebagai pulau Banduan namun masa berubah, tidak lagi sekarang ini kerana ianya sudah jadi satu destinasi pelancongan. Jom kita bercuti-cuti 1Malaysia kesana....

Anonymous said...

Orang bola sepak tak pernah kacau orang politik. Dari itu orang politik janganlah menyibuk dalam bola sepak.

KALAU MASING MASING JAGA HAL SENDIRI MAKA TIADA MASDAALAH AKAN TIMBUL

bRAVEhEART said...

Ada komen bodoh dari yang namakan diri Anak2 Terenggani Bangkit Runtuhkan UMNO, tp saya tk siarkan...biarlah dia sorang yg bodoh sorang2, hehehe....penentang UMNO tidak ada tempat untuk bersuara diblog ini, itu demokrasi cara saya...alahh macam yg Pas dan PKR selalu buat selama ni jugalah, ekekeke

ISAC said...

Bro... Azarudin Akil ko langsung X sebut???

Itu budak Pahang jugak tu....

bRAVEhEART said...

Azaruddin saya tk sebut sbb dia saudara rapat saya, nnti org kata kroni dan anak beranak plak, mcm Syarikat Anu arr Berahi Anak-Beranak Sdn Bhd tu, huhu.....

usin said...

kalau blogger taknak sebut alek tu takpe, biar aku yg sebut. aku tau bnyk perkara tentang budak (hehe) tu. dia sorang yg mengenang budi, berakhlak baik, jujur. bila balik kg, tk lupa jumpa balik cikgu2 dia yg bawa dia sampai ke tahap ini. dia ada skil yg baik, cuma lambat diberi peluang sbb org tak berapa nampak. tp setiap kali turun dgn pasukan kebangsaan, mesti ada impak. tak percaya? aku tahu pasal dia sbb........................... aku cikgu dia.

bRAVEhEART said...

Salam tuan Usin,

Saya yakin budak yang diperkatakan itu adalah Azaruddin Akil. Saya tak nafikan dia budak baik dan saya peribadi sentiasa doakan agar dia akan pergi lebih jauh dan bermain dengan cemerlang bagi mengangkat martabat bolasepak negara dan mengharumkan nama negeri Pahang ini sendiri. Dia bermain cemerlang malam itu, tidak siapa yg boleh nafikan...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...