03 June, 2013

INIKAH WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG KITA?

Berfacebook di Parlimen? Hehe...bukan susah jadi wakil rakyat


1. Pertambahan kerusi kepada pembangkang dalam PRU yang lalu adalah satu petanda bahawa demokrasi di negara kita masih dan tetap subur. Cuma mereka yang tamak dan berhasad dengki sahaja dan merasakan bahawa mereka patut menang semua yang mempertikaikan keputusan PRU13 yang lalu. Segala tohmahan tentang penipuan dalam pilihanraya akhirnya tidak terbukti sama sekali. Isu blackout dan pengundi Bangla akhirnya tenggelam begitu sahaja kerana memang sebenarnya itu semua tidak berlaku. Anu arr hanya mengada-adakan cerita bagi meningkatkan kemarahan rakyat supaya memberontak, namun rakyat tidaklah sebodoh itu, atau sekurang-kurang tidak semua rakyat sebodoh yang disangkakannya, yang mudah percaya pada segala tohmahan terhadap kerajaan.

2. Kemenangan lebih ramai pembangkang bagi kerusi parlimen tentunya akan akan memberikan lebih cabaran kepada kerajaan. Ianya juga baik kepada keseimbangan politik agar kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengkhianati kepercayaan yang telah rakyat berikan. Bagaimanapun kualiti ahli parlimen itu juga sangatlah penting kepada peningkatan keperhatinan dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Apalah gunanya ramai wakil rakyat pembangkang namun semuanya jahil politik serta gagal memberikan khidmat kepada rakyat yang diwakilinya dengan baik dan berkesan?

3. Pada penggal lalu, kita dapati ada wakil rakyat yang datang ke Parlimen dengan watak sebagai seorang jurugambar serta dipertontonkan berada didalam dewan sambil melayani facebook. Apakah ini wakil rakyat yang kita kehendaki dan mewakili kita? Yang kita kehendaki adalah wakil rakyat yang hadir di dewan berbahas dengan bijak berlandaskan fakta serta membawa usul dan perjuangan dikawasan yang mereka wakili. Sudah tentu tidak akan memberikan  faedah kepada rakyat jika wakil yang kita pilih hanya pandai berceramah dan berpidato dipentas-pentas pilihanraya namun gagal melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Harap-harap dalam sidang akan datang kita tidak akan melihat lagi adanya wakil rakyat yang tidak memberi tumpuan kepada persidangan ataupun hanya melayan mimpi serta 'melelehkan' air liur basi.

4. Namun yang mendukacitakan adalah kebanyakan wakil-wakil rakyat pembangkang adalah dari kalangan yang kurang faham dan tidak berpengetahuan sehinggakan mereka seakan tidak tahu apakah peranan sebenarnya mereka sebagai wakil rakyat. Bukan sedikit dari mereka yang tidak mengetahui tentang akta-akta dan perlembagaan tertentu justeru mereka jika berbahaspun tidak berada diatas dasar yang benar.

5. Wakil rakyat yang 'tersalah pilih' ini haruslah berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari masa ke semasa agar mereka tidak menghampakan rakyat yang memilih mereka dan mereka wakili. Jangan sampai ada yang tidak faham tentang sesuatu perlembagaan namun cuba menunjuk pandai yang akhirnya menyerlahkan kebodohan mereka sendiri.

6. Apa yang berlaku baru-baru ini, dimana Nurul Izzah mengecam larangan beliau memasuki Sabah adalah salah satu contoh ketidak fahaman beliau mengenai perlembagaan dan peraturan-peraturan tertentu. (Klik Sini) Secara mudahnya bolehlah diandaikan begini; Ini adalah rumah saya yang tentunya sayalah yang berhak sepenuhnya. Apakah orang lain berhak untuk masuk dan terus ke bilik tidur kita umpamanya? Sudah tentu tidak dan kita berhak menghalangnya. Demikian juga dengan Ketua Menteri Sabah. Tidak timbul soal penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Jika menurut pendapat beliau bahawa kemasukan Nurul Izzah akan mendatangkan mudarat kepada Sabah maka beliau berhak menghalangnya tanpa memberikan sebarang alasan. Semoga wakil-wakil rakyat pembangkang akan bertambah cerdik selepas ini.




1 comment:

Anonymous said...

KERJA PALING SENANG DALAM DUNIA IALAH JADI PEMBANGKANG!...KERJA BANGKANG JE TAK PERLU TANGGUNGJAWAB APA2.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...