1. Tidak lama lagi kita akan hadapi 2 PRK. Masing-masing adalah kerusi Parlimen dan masing-masing juga adalah milik DAP. Masing-masing akibat kematian penyandangnya. Karpal Singh di P051, Bukit Gelugur dan Seah Leong Peng di P076, Teluk Intan.
2. Di Bukit Gelugur, dalam PRU lalu Karpal Singh menewaskan Teh Beng Yeam (BN) majoriti 42,709 undi. Beliau mendapat 56,303 undi manakala penentangnya mendapat 13,597 undi.
3. Di Teluk Intan, Seah Leong Peng calon DAP menang 27,399 undi dengan majoriti 7,313 undi keatas Mah Sew Keong (BN) yang mendapat 20,086 undi manakala calon Bebas, Moralingam A/L Kannan hanya mendapat 279 undi sahaja.
4. Di Bukit Gelugur, MCA enggan meletakkan calon atas alasan ingin menyelesaikan isu hukum hudud yang tidak dipersetujui mereka apabila UMNO menunjukkan kesediaan berkerjasama dengan Pas dalam melaksanakannya. Akhirnya waris Karpal Singh, Ramkarpal Singh wakili DAP dengan akan ditentang oleh Datuk Huan Cheng Guan (PCM) serta 2 calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohd. Zan, ahli Pas Cawangan Gombak dan Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar.
5. Di Teluk Intan, mungkin kerana termalu, MCA juga tidak meletakkan calonnya dan membiarkan pertandingan berlaku satu lawan satu antara Dyana Sofya (DAP) dengan Presiden Gerakan, Siew Keong.
6. Di Bukit Gelugur banyak pihak meramal DAP akan tetap pertahankan kerusi berkenaan namun majoriti undi akan merosot.
7. Di Teluk Intan persaingan hebat diramal berlaku dengan peluang 50-50. Namun ada pihak yang berani meramal bahawa Siew Keong akan mampu menang dengan majoriti kecil, atas faktor undi kaum Cina.
8. Sebelum ini saya menulis mengenai MCA dan DAP adalah tangan kanan dan tangan kiri kaum Cina. Untuk tidak menggoyahkan penguasaan DAP di Pulau Pinang, mereka sengaja tidak meletakkan calon di Bukit Gelugur.
9. Namun di Teluk Intan, ramai pemerhati politik percaya mereka akan memberikan undi kepada Siew Keong untuk memberikan pengiktirafan kepada Gerakan sebagai satu lagi tangan kaum Cina dalam politik Malaysia.
10. Keadaan sokongan perkauman ini semakin jelas, sedangkan dalam masa sama para pemimpin Pas masih lagi terlena dan sanggup mengenepikan perpaduan ummah termasuk dalam soal perlaksanaan hukum hudud hanya kerana setia menjilat rakan kafir harbinya.
11. Kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional menyaksikan UMNO menjadi abang besar dan penentu, namun kerjasama Pas didalam Pakatan hanyalah sebagai pencacai pengangkat dan pembersih najis semata-mata.
12. Ketika kita melihat kaum Cina sebagai ultra kiasu, rasis dan chauvinish, kenapakah Pas masih sanggup menjadi pengkhianat bangsa sendiri?
1 comment:
Tengok gambar ni, nak gelak pun ada, sedih pun ada.
Masih tegas mengibar bendera kafir zimmi. Samakah semangat beliau ini dengan semangat pejuang Islam di perang Muktah?...Astagfirullah? Jauhnya insan ini tersasar, mereka yang mempengaruhi pemikirannya tunggulah natijahnya nanti.
Hadi dan kepimpinan kamu jawab lah nanti. Ingat amanat kamu,yg membolihkan kamu menjadi MP sehingga kini. Hidup senang sedang manusia marhean di atas kamu perkudakan.
Post a Comment