17 January, 2015

BANJIR DAN PEMBALAKAN; PANDANGAN MENTERI CAP AYAM




Selepas membuat kenyataan jangan tebang balak dan cadang Kerajaan Negeri tarik balik semua lesen pembalakan yang dibuat di Kuala Tahan, Jerantut Pahang, yang bagaikan menyindir kerajaan Negeri, terbaru menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan yang hampir sama di Segamat.

Perlukah menteri bercakap terlalu banyak pada perkara sama tetapi berbuat terlalu sedikit seperti apa yang dicakapkannya? Bukankah lebih baik bercakap sedikit tetapi disusuli dengan tindakan? Tetapi mungkin beginilah caranya 'menteri kitarsemula' menonjolkan dirinya ... yang benar-benar cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

Sama ada hentikan sepenuhnya pembalakan atau berhenti selama 10 tahun, kedua-duanya mendatangkan impak kepada industri dan ekonomi negara. Pemotong kayu dan derebar lori akan kehilangan pekerjaan, demikian juga dengan pekerja-pekerja di kilang papan yang ditutup itu.

Jika pembalakan diharamkan sepenuhnya, lori balak terpaksa dijual kerana tidak akan berguna lagi kepada syarikat pemiliknya. Begitu juga kilang papan akan ditutup. Mungkin untuk pembinaan bangunan dan sebagainya kita sudah boleh beralih dari kayu kepada menggunakan 'metal'. Namun dalam sesetengah hal. kayu ,masih diperlukan dalam kehidupan kita.

Mungkin pada masa itu Malaysia bukan lagi negara pengeluar balak sebaiknya kita akan jadi negara pengimpot kayu dan hasil kayu. Mungkin masa itu 'menteri cap ayam' sudah berpencen tetapi mudah-mudahan kita dan dia tidak akan melupakan sumbangan terbesarnya kepada negara dengan menghalang pembalakan di Malaysia. Mungkin ketika itu pembalak Malaysia terpaksa berhijrah di Canada untuk membalak.

Pembalakan bukanlah satu-satunya punca dan penyebab banjir. Banyak perkara lain yang juga memberi kesan kepada berlakunya banjir yang juga kita boleh perbaiki, antaranya memastikan sistem saliran dalam keadaan baik dan cukup sesuai untuk mengalirkan air ke sungai-sungai, serta mengekalkan kolam dan paya dalam keadaan asal sebagai tempat takungan sementara sebelum air melimpah dan mengalir ke sungai-sungai.

Dan, bukankah lebih baik mendidik dan menguatkuasakan pembalakan berhemah lebih baik dari menghentikan aktiviti berkenaan? 'Ayam mahal... jangan makan ayam"..... kahkahkah.... satu lagi menteri cap ayam.



4 comments:

Anonymous said...

Inii masalah akhbar yg ambi ucapanl sekerat2...

Yg pentik diluar konteks...

Yg timbulkan byk spekulasi....

Kalu hadir dan dgr.... unsyaAllah paham maksudnya...

Tp mcm biasa laaa yg virulkan message mempelekeh menteri2 melayu adalah dikalangan cina2 upahan yg menyamar jd melayu...

Melayu yg x sedar diri hanya tau kopi paste dan sebarkan...

X paham maksud tersirat redbean...

usin said...

Jangan la haramkan pembalakan 10 thn. Esok nk beli sebekas pencongkel gigipun dh harga rm50. Apa nk merepek sgt ni. Sebenarnya isu sebenar ialah balak yg ditebang dengan lesen.jauh lebih kecil jumlahmya berbanding yg ditebang oleh perompak. Ada juga kedengaran, tokey balak yg dpt permit membalak turut merompak juga. Mereka mengubah jalan ke kawasan balak yg diluluskan supaya lebih jauh dan lebih bnyk nalak dalam laluan yg boleh ditebang. Selain itu ada juga yang meluaskan kawasan yg dibalak sesuka hati untuk lebih keuntungan. Jadinya apa yg perlu dilakukan oleh kerajaan negeri ialah penguatkuasaan dan menjalankan hukuman! Kepada penceroboh dan merompak, kenakan hukuman paling berat. Pantau seluruh hutan dengan lebih kerap. Buang dan dakwa pegawai yg bersekongkol dgn perompak khazanah......

Anonymous said...

Tak suka dengan seseorang tu jangan sampai menghinanya kalau rasa pandai sangat beri la komen kepada kementerian atau akhbar?

Anonymous said...

Ong jangan cakap dan buat kerja banyak sangat. Nanti ong tak ada senjata api pihak penguatkuasa pun kena "ugutan" bunuh. Pasal balak ni suatu hari nanti kita import dari negara luar pulak bawa masuk ke Kuala Tahan. Kita tanam semua baka "chengal" dan "kempas" atau "pokok jering"

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...