Permohonan untuk membolehkan Anwar hadir ke Persidangan Dewan Rakyat pada 9hb Mac ini ditolak oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sudah tentu puak pencacai telah bersedia dengan tindakan tunjuk perasaan serta roadshow ceramah cerca untuk menyebarkan fitnah kepada Kerajaan.
Anwar dah dijatuhkan hukuman dan mahkamah dah putuskan Anwar bersalah kerana meliwat. Mahkamah rayuan juga telah memutuskan Anwar tetap bersalah. Ini mengenai kes liwat.. salah laku seks luar tabii. Anwar bukan pesalah atau tahanan politik. Beliau tidak wajar dibenarkan untuk hadir ke Parlimen dan mencemari Parlimen kita.
Kenapakah rayuan pengampunan kepada Yang Di Pertuan Agong dipohon oleh isteri dan anaknya, dan bukan olehnya sendiri? Apakah kerana malu bahawa selama ini beliau telah mencerca sistem raja berpelembagaan kita dan tidak menghormatinya sama sekali?
Konon ada pihak yang mengugut untuk adakan demo jika permohonan untuk Anwar hadir ke Parlimen ditolak. Apakah mereka ingin mendengar dan melihat bagaimana Anwar akan mencerca Parlimen kita pula nanti setelah beliau diberi kesempatan berkata-kata sebagaimana apa yang dilakukan di Mahkamah baru-baru ini?
Kehadiran Anwar ke Parlimen tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada rakyat sama sekali. Sebagaimana sebelum ini, Anwar tidak hadir dengan cadangan dan idea untuk kebaikan, melainkan hanya mencerca dan mengeji apa yang Kerajaan lakukan. Memburuk-burukkan pemimpin terutama DS Najib. Yang ada pada Anwar sekarang hanyalah dendam yang membara dan tidak akan berakhir.
Rakyat didesak untuk bersama dalam perjuangan membela Anwar. Yang rakyat dapat hanyalah janji-janji kosong belaka. Yang riuh rendah hanyalah pencacai-pencacainya saja. Namun akhir-akhir ini sudah semakin ramai yang sedar dan tidak peduli lagi. Tunjuk perasaan sudah tidak dihiraukan dan tidak mendapat sambutan. Anwar akan dilupakan.
Wan Azizah dan Nurul serta Nuha akan berusaha meraih simpati rakyat. Namun penyokong pembangkang khususnya PKR sudah berbelah bahagi. Kebanyakannya sudah lebih mesra dengan Azmin yang sedang berada dipuncak kuasa. Mungkin itu lebih bermakna.
Anwar akan dilupakan. Anwar akan menghabiskan 5 tahunnya di Sungai Buluh. Anwar akan mencatatkan kisah cita-cita politiknya didinding sel penjara. Mungkin juga Anwar akan menyesal terhadap apa yang telah dilakukan; memasuki lorong yang salah!
1 comment:
banduan tetap banduan..put him in jail..that it..buktikan dia tidak bersalah..kalau mahu masuk parlimen..pengampunan di raja bukan bermakna dia tidak menutuh buntut...pengampunan hanya untuk meringan kan hukuman setelah berperangai baik...adakah anwar sudah menunjukkan perangai baik..dia masih berperangai buruk dengan menghasut rakyat melakukan huru hara dalam Negara...ini lah anwar...dan tiada sebab dia perlu di beri pengampunan..that's it..
Post a Comment