12 July, 2015

BLOGGER UMNO TUN VS. BLOGGER UMNO NAJIB




1. Tun M pernah kata; 'Walaupun Melayu majoriti, tetapi jika berpecah-belah  serta sokongan dan undian berbelah bahagi maka tidak mustahil yang majoriti itu akan kalah dan jadi minoriti'.

2. Politik Melayu mula berpecah apabila ujudnya Pas yang berasal dari sayap UMNO.

3. Melayu UMNO berpecah lagi selepas tragedi Tengku Ghazali Hamzah menentang Tun M sebagai Presiden UMNO. Ayat Tun M ketika itu;  'Walau pun menang satu undi, saya tetap Presiden parti'. Salah satu undi kemenangan Tun M adalah dari DS Najib. Bagaimanapun perpecahan itu tidak lama kerana Tengku Ghazali membawa kembali Melayu Semangat 46 kepada UMNO.

4. Apabila Anwar Ibrahim disingkirkan Tun M dari jawatannya dalam UMNO, beliau membawa penyokongnya kepada 'Keadilan', menjadi kuasa Melayu ke-3 selepas UMNO dan Pas. Melemahkan UMNO dan Melayu.

5. Tiada siapa kekal lama disamping Tun M dalam politik. Tidak Musa Hitam ... tidak juga Ghaffar Baba... bahkan juga Anwar.

6. Perdana Menteri selepas beliau juga tak kekal lama. Abdullah Badawi dan kini DS Najib sedang cuba disingkirkan.

7. Tun M tidak sefahaman dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Tungku Perdana Menteri bahkan menganggapnya sudah nyanyuk apabila menyokong 'Semangat 46'. 'Kunun' tidak juga sefahaman dengan Hussein Onn sewaktu Tun Hussein Perdana Menteri.

8. Krisis semasa melihat Tun M cuba singkirkan DS Najib dari kerusi PM. Singkirkan Abdullah Badawi untuk sementara menggantikan dengan DS Najib. Kemudian singkirkan DS Najib mungkin untuk gantikan TS Muhyiddin... mungkin juga untuk sementara... selepas itu siapa pula akan dicaturkan ke kerusi PM?

9. Tidak dinafikan Tun M membawa banyak kejayaan negara dalam 22 tahun. Tentulah tidak banyak yang dapat dilakukan oleh DS Najib dalam masa 6 tahun.

10. Mungkin Tun M ingin melihat 'Mahathir lain' sebagai PM Malaysia, malangnya 'Mahathir lain itu bukanlah Mukhriz kerana ramai berpendapat bahawa Khairy lebih layak dan berwibawa.

11. Siapakah yang layak jadi PM jika tidak lagi DS Najib jadi tandatanya ramai. Ada yang berpendapat Anwar adalah calon yang paling layak. Mungkin kita boleh cuba, jika tidak menepati citarasa mungkin kita boleh hantar semula ke penjara.

12. Mungkin juga bagi rakyat yang sudah benci kepada perpecahan Melayu akan lebih rela memilih pemimpin dari kalangan DAP. Kenapa tidak? Kerana sikap Melayu...'Jika aku tidak dapat jadi nakhoda, biar aku karamkan bahtera'.

13. Berbuka puasa #KekalNajib semalam menyaksikan sebilangan cytro UMNO yang tidak hadir. Mungkin mereka sudah 'cuci tangan', atau mengundur kebelakang bersama kenangan silam. 

14. Menjelang PRU 14, cytro pembangkang tidak perlu lagi lakukan apa-apa kerana pasukan yang menarik 'gear gostan' sedang melakukan kerja-kerja untuk mereka.

15. Kata Tun M; 'Dulu saya sokong Najib, tiba-tiba sekarang saya ubah fikiran'.

16. Saya sokong Tun M, ketika beliau PM dan saya akan sokong DS Najib selagi dia PM. Dulu saya sokong Tun M, tapi sekarang tidak lagi. Saya sokong PM.





8 comments:

Anonymous said...

Sokong membawa rebah tiada guna, macam seorang ketua tengah merompak, kita kena sokong dia walaupun dia merompak kerana dia berjawatan ketua, itu hanya membodohkan diri sahajalah.

Anonymous said...

Aku sokong Tun M.
Pada aku kalo jawab berbelit belit sampai aku tak paham dan keadaan ekonomi yang dah parah maka aku berat mengatakan najib memang penipu..

Anonymous said...

Dulu saya percaya najib PM yg akan berjaya tetapi malangnya Rosmah dan penasihat keliling Najib adalah perosak imej dan pemusnah karier Najib sbgai PM.

Duridurian said...

MELAYU UMNO BERGADUH SESAMA SENDIRI, CHINA DAP YANG UNTUNG !
BUAT MASA INI KITA TENGOK DAP TAK SERANG PM UMNO DENGAN GANAS SEKALI.
SAYA PERCAYA BAHAN SERANGAN SEDANG DI KUMPUL DAN DI COMPILE DENGAN BANYAKNYA SERTA BUKTI BUKTI SEKALI.
APABILA SAMPAI MASA PRU 14 NANTI BAHAN BAHAN INI AKAN DIGUNA DENGAN SEHEBAT HEBAT NYA UNTUK MENYERANG PM NAJIB DENGAN BERTALU TALU SEHINGGA NAJIB TIDAK TERJAWAB. PERCAYALAH...... MASA INILAH MEREKA GUNAKAN UNTUK TELANJANGKAN NAJIB DIKHALAYAK RAMAI DAN PARA PENGUDI.
PENGUNDI AKAN PERCAYA.... DAN SUDAH PASTI UNDI AKAN BERALIH KPD DAP. MAKA KALAH LAH UMNO DAN PUTRAJAYA AKAN DIAMBIL ALIH.
PADA HEMAT SAYA.... KALAU NAJIB SAYANGKAN UMNO DAN MELAYU, WAJAR BELIAU MELETAK JAWATAN DEMI KELANGSUNGAN KUASA UMNO DAN MELAYU.
BIARLAH KIA RUGI DAN HILANG SATU PAHLAWAN BUGIS, TETAPI JANGANLAH KITA HILANG KUASA MELAYU DI TANAH MELAYU INI.
PM NAJIB KENA FIKIRLAH UNTUK BANGSA, AGANA DAN TANAH MELAYU.
SEKALI HILANG PUTRAJAYA, SAYA FIKIR TAK MUNGKIN DAPAT AMBIL KEMBALI.
CORAK PEMERINTAHAN AKAN MEREKA TUKAR AGAR UMNO SUSAH NAK MENANG KEMBALI.
FIKIRLAH WAHAI MELAYU....... UNTUK MASA DEPAN BANGSA UGAMA DAN TANAH MELAYU.
SEDAR LAH...... JANGAN JENAG SORAK, KAMPUNG TERGADAI.....
WALLAHUAALAM....

Anonymous said...

TERUK LA LU,BUKAN TENGKU GHAZALI,TENGKU RAZALI LER..
AKU X SOKONG NAJIB SEBAB DALAM MASA 6 TAHUN NI CUBA BAGTAU APA YANG NAJIB DAH BUAT????

zethro said...

Salam saudara tuan punya blog,

Kalo dinilai dr perspektif personal, sudah tentu nampak Tun M seperti gila kuasa mahu tumbangkan siapa saja di tampuk kepimpinan seperti yg saudara nyatakan di atas.

Tp cuba saudara nilai dr perspektif isu, Tun M hanya mahukan yg terbaik utk setiap isu2 yg diutarakan. Saudara yakin UMNO/BN boleh menang pd PRU-14 kelak? Ya, UMNO/BN ada harapan utk menang setelah Anwar masuk penjara tp saudara perlu ingat lebih drp 300,000 anak muda sudah layak utk mengundi pd PRU-14 akan dtg di mana lebih 80% drp mereka memihak kpd pembangkang.

Harapan/talian hayat terakhir DS Najib adalah sokongan simpati drp umat Melayu Islam dr PAS di mana mungkin akan ditubuhkan kerajaan perpaduan bersama. Tp saudara lihat sendri skang ni sudah ada gerakan dr dlm parti PAS tu sendri yg tidak bersetuju malah akan ditubuhkan parti baru utk bersama2 dgn kafir harbi DAPig utk menentang pimpinan ulama PAS.

Selepas PRU-13 lalu, para ahli UMNO bukan main gah mengatakan bahawa UMNO sudah menjadi lebih kuat dgn kemenangan 88 buah kerusi parlimen tp lihatlah apa yg berlaku pd UMNO Selangor, sudah hampir pupus dan tidak berdaya lg utk bangkit walaupun kerajaan Pakatan Rakyat hanya berkuasa utk sepenggal saja. Saudara yakin DS Najib boleh mengetuai UMNO/BN utk merampas semula Selangor? Dgn isu2/skandal2 yg tidak henti2, DS Najib hanya akan menjadi liabiliti kpd UMNO/BN pd PRU-14 kelak. Maaf ckp, its time for DS Najib to go for the better UMNO/BN, insyaAllah.

Anonymous said...

Berita Terkini 12/7/2015:
Pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation' Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura. Polis Thai akui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubah suaikan dokumen PetroSaudi. Ternyata agenda politik DAP amat halus dan sangat berkesan sehingga mampu memecah belah UMNO melalui media sosial. DAP pula pergiatkan usaha untuk tarik remaja melayu sertai parti tersebut. UMNO pula ragui sama sendiri. END

Anonymous said...

Dulu aku sokong najib tapi selepas dapat tahu yang najib jenis putar alam dan jenis tak ada twloq... Aku dah tak sokong.

Dalam 6tahun Najib jadi PM.... yg aku tahu aku kena tipu...
harga minyak lagi tinggi dari masa Pak Lah
harga barang naik mendadak selepas gst
Harga kereta turun sikit tapi harga beli kereta naik mengila selepas gst
Rakyat disuruh berjimat tapi anak kahwin ... beli bunga aje berjuta ringgit

Ada siapa boleh tunjukkan apa munafaatnya Najib jadi PM pada rakyat..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...