Sengaja saya menunggu sedikit lama untuk memberi respon kepada keadaan politik semasa. Perihal pemecatan beberapa orang menteri kabinet yang menjadi isu hangat semasa. Saya menunggu sehingga keadaan menjadi sedikit reda sebelum membuat komen.
Pemecatan TS Muhyiddin Yassin dari Timbalan Perdana Menteri serta DS Shafie Afdal antara orang kuat dalam parti UMNO dari jawatan menterinya adalah wajar. Kerana itu adalah hak mutlak Perdana Menteri.
Presiden UMNO sebagai 'abang besar' dalam parti komponen Barisan Nasional lazimnya setelah memenangi Pilihanraya Umum akan dilantik sebagai Perdana Menteri dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung.
Kemudian terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk menentukan jemaah menterinya dengan perkenan Yang Di Pertuan Agung.
Saya mempertahankan tindakan DS Najib terhadap pemecatan yang dilakukannya berdasarkan hak mutlak beliau memilih dan menentukan jemaah kabinet tanpa menafikan hak ahli UMNO dengan dengan menyingkirkan mereka dari jawatan didalam parti. Mereka masih sah dan masih dapat meneruskan perjuangan mereka didalam parti, sekiranya mereka masih ikhlas memperjuangkan dasar-dasar parti.
Saya sudah menulis mengenai tindakan 'membersihkan' kabinet DS Najib tidak lama dulu. (Baca DS NAJIB : BANGKIT MELAWAN.. SINGKIRKAN... ATAU BERUNDUR). Sesiapapun didalam keadaan sedemikian harus dan mesti melakukan tindakan serupa iaitu bangkit melawan serta menyingkirkan sesiapa yang tidak sehaluan dengannya atau mengambil tindakan mengalah dan berundur.
Justeru, DS Najib telah melakukan tindakan yang betul dalam mempertahankan dirinya. Saya puji keberanian beliau yang tentunya dalam keadaan yang sangat sukar dalam membuat keputusan.
DS Najib tidak perlu bimbang kerana terpaksa memecat timbalannya kerana sebelum ini, 'mantan' telah terlebih dahulu dan mencipta sejarah memecat beberapa timbalan-timbalan beliau. Dan pemecatan terakhir yang beliau lakukan adalah memecat DS Anwar dengan alasan dan tuduhan meliwat.
Pemecatan DS Anwar menimbulkan perpecahan besar didalam UMNO sehingga ramai yang mengikuti beliau sehingga tertubuhnya PKR. Sehingga tercatatnya dalam sejarah ianya parti yang paling kuat dalam mengamalkan 'kronism'. Betapa tidak apabila isteri, anak, menantu semuanya berjawatan penting didalam parti dengan mengenepikan hak orang lain.
DS Anwar dan kroninya serta dibantu 'anjing-anjingnya' akan tetap dan terus melawan sehingga beliau mendapat apa yang dihajatnya, iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Kerana itu tidak hairanlah mereka sentiasa menganjurkan berbagai tunjuk perasaan dengan tujuan melemahkan kerajaan.
Tunjuk perasaan jalanan sememangnya tidak digemari oleh 'mantan' ketika beliau masih berkuasa. Namun amat menghairankan apabila 'si-mantan' tiba-tiba menyuarakan dan bersetuju agar rakyat mengadakan tunjuk perasaan jalanan untuk menjatuhkan Perdana Menteri setelah melihat DS Najib tetap teguh mempertahankan kedudukannya.
Mungkin 'mantan' menganggap bahawa DS Najib sama lemahnya dengan 'Bapak Mertua' dan akan segera berundur apabila didesak. Namun tentunya 'mantan' tersilap dan sangat kecewa.
Walauapa sekalipun alasan yang diberikan namun rakyat melihat ketidakpuashatian 'mantan' hanyalah semata-mata untuk memastikan kedudukan 'anakanda' terjamin untuk tempat sebagai Perdana Menteri disamping terus menjamin 'kroni' akan tetap mendapat bahagian masing-masing dari 'harta rampasan perang'.
Kepada meraka yang terpecat, teruskanlah berjuang didalam dan demi parti keramat UMNO ini, atau jika meraka sangat kecewa maka bolehlah berundur dan 'menyeberangi sempadan'. Sejarah orang kecewa banyak mencatatkan bahawa jalan terakhir adalah menyertai parti lain dan memburuk-burukan UMNO parti yang telah memberikan mereka tempat dan kehormatan sebelum ini.
Jika benar berani, teruskan berjuang didalam UMNO... hidup dan mati didalam UMNO.. atau jadilah 'si-bacul' yang pengecut dan meninggalkan parti. 'Ular menyusur akar tidakan hilang bisanya'.
Baca juga:
Baca juga:
10 comments:
Tn Hj... lama X jumpa....
Tindakan Najib memang benar...
BENAR2 BODOH!!!!!!
Memecat TSMY, mmg merupakan padah yg akan ditanggung selamanya oleh Najib.
Memang kita kena akur dgn ketua, tp bagaimana dgn ketua yg nampak begitu lemah dan mencurigakan.
Meletakkan negara dan rakyat dlm ketidak tentuan. Bila bercakap seperti rakyat ini pekak dan bodoh belaka, dan boleh digula2kan dgn BR1M
Dua isu besar yg terpalit menuntut Najib sendiri menjawap secara bersemuka dgn rakyat bersama bukti2 sahih, bukan klise dan retorik
Dulu Najib dan juak2 prngampu bermati2an meminta rakyat menjauhi media ke 2, siber...namun sekarsng Najib terpaksa melutut meminta nyawa keyboard warrior utk menyelamatkan diri dari arus ganas rakyat yg mahukan kebenaran
Nanti kalau berkuburnya umno pru14 apa la agaknya kamu nak tulis.
Adzzam Adzzam - Jika tuan betul...tapi apa pula kata jika tuan salah dan dipihak yang salah dan selama ini mendengar dongengan dari sebelah pihak sahaja yang berkepentingan?
Anon 11.27 - Jika UMNO berkubur pada PRU14 saya akan tulis tentang kubur dan kamu.... sebagai penunggu kubur.
Salam tuan lihat lah dengan mata hati jika DSN benar kemelut ni tkan terjadi atas tindak tanduk DSN
Yang sah kena pecat tu..
Banyak2 la berbuat ibadah....jgn la dok melalak mcm anjing......
Sudah2 la.......
Tak payah la nak keruhkan lg keadaan dgn ucapan dan kata2 simpati....
Balik kg cucu lg baik...
Kalau saj gila kuasa sangat....buat negara sendiri...
Bodoh nak mampusss...
Gila kuasa betul la kamu org ni
Si mantan. Punya kecoh ni. Nak anakdia jadi PM
Mana mungkin Najib betul sedangkan dari mula lagi dia yang salah.
Anon 11.07: Mana tahu Najib salah sedangkan awak sendiri belum tentu betul? Hahahaha....
Hallo brader !! Kalau nak menjilat pun pada pada la yeop!! Kamu punya tuduhan macam bebudak kecik lah .Sepatut nya periksa lah realiti nya dulu Cer kamu cek kat FB najib bilion ni puncukup you boleh nampak macam mana rakyat bagi maki hamun gred A kat dia. Tu belum lagi turun ke bawah ke akar umbi.
Post a Comment