Pengumuman tarikh pilihanraya .... Siaran TV kerajaan dan swasta serta media cetak menyiarkan pengumuman pembubaran Parlimen dan diikuti pihak SPR pula tampil mengumumkan tarikh Pilihanraya ke-14.
Inilah berita yang sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak terutama mereka yang terlibat dengan parti politik.
Bukan sedikit sama ada yang dari parti kerajaan dan juga pembangkang yang sudah sekian lama menunggu saat ini. Menanti nama mereka disebut atau disebut semula sebagai calon PRU.
Dipihak pembangkang, mereka akan berhajat untuk bertanding dengan membawa isu lama yang dihangatkan semula kerana sebenarnya mereka ketiadaan isu.
UMNO dan Pas yang semakin akrab memberi makna yang berbagai, bagaimanapun tentunya merunsingkan Pakatan Pembangkang.
Dalam pemerhatian saya, UMNO masih kuat dan BN akan tetap menguasai kerajaan bagaimanapun undi kaum Cina makin 'solid'.
Sayangnya anak-anak muda masih leka sehingga terlupa untuk mendaftar sebagai pemilih dalam PRU akan datang. Masa masih ada jika mereka bersegera.
No comments:
Post a Comment