Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

13 December, 2011

JIKA KAK IJAT BERUNDUR, BAGAIMANA ISA SAMAD?

Tunjuk perasaan terhadap Isa isu FELDA.


1. Seperti biasa untuk setiap isu akan ada 'pro' dan 'con'-nya. Demikian juga dengan isu Kak Ijat...NFC yang semakin hari semakin kelihatan parah dan memberat. Selain dari pihak pembangkang, kini UMNO sendiri juga turut mendesak beliau melepaskan jawatannya. Beberapa Ahli Parlimen BN, Menteri dan bahkan mantan PM Tun Dr. Mahathir sendiri telah membuat kenyataan mencadangkan Kak Ijat berundur.

2. Blogger-blogger pro kerajaan akhirnya menyuarakan yang serupa, desak Kak Ijat berundur melainkan 'hantu' yang diberi makan saja yang masih pertahankannya, itupun sekadar melepas batuk ditangga.

3. BH tetap komited dengan pandangan bahawa Kak Ijat perlu lebih kuat pertahankan jawatannya. Kerana apa mesti berundur? Apakah kerana desakan blogger? Kerana desakan ahli UMNO? Atau kerana pandangan mantan PM? BH berpendapat biarkanlah PM sendiri yang membuat keputusannya sama ada Kak Ijat perlu kekal atau di'campakkan' keluar.

4. Jika kerana tekanan maka Kak Ijat perlu berundur, maka bagaimana pula dengan kedudukan TS Isa Samad didalam kesnya dengan Datuk (?) Zulkifli? Bukankah beliau juga diminta berundur oleh sebilangan peneroka dan FELDA sendiri? Jika suara dari desakan dijadikan alasan untuk Kak Ijat berundur maka TS Isa Samad juga perlu berundur. Kemudian seorang demi seorang lagi tokoh-tokoh politik kita serta menteri-menteri akan didesak berundur lalu siapa lagi yang akan tinggal?

5. Bersediakah kita untuk membiarkan Kak Ijat berundur? Kemudian TS Isa juga akan berundur. Kemudian menteri-menteri dan tokoh-tokoh politik kita juga mesti bersedia untuk berundur juga. Apakah selain dari mereka berdua ini bersih belaka? Tun Dr. Mahathir pernah kata UMNO busuk hingga keusus, apabila Tun kembali semula kedalam UMNO apakah UMNO sudah bersih kembali?

6. Apakah pemimpin pembangkang serta selain dari UMNO bersih belaka? Apakah kita tidak ingin mendesak mereka juga berundur? Jika isu moral menjadi alasan, bagaimana pula moral Anu arr sebagai seorang peliwat dan 'binatang politik' yang nyata membebankan rakyat dan negara?


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...