Showing posts with label calon pru. Show all posts
Showing posts with label calon pru. Show all posts

30 January, 2012

CALON PILIHAN RAKYAT?

Jika pemimpin sayangi rakyat, rakyat juga akan sayangi pemimpin.


PAGOH 29 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) perlu memenuhi kehendak pengundi setempat dan bukan sekadar parti semata-mata bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, calon tersebut juga mesti seorang yang baik, hebat dan berwibawa selain berpotensi besar untuk menang di kawasan yang ditandinginya.

"Jadi dalam soal ini kita nak minta semua ahli parti utamakan kehendak rakyat iaitu pengundi dan bukan kehendak parti. Walaupun parti itu penting, tetapi kehendak pengundi perlu diutamakan.     - (Utusan Malaysia Online)



Jikalau pandangan dan saranan dari pemimpin tertinggi UMNO BN ini diterima pakai oleh semua para pemimpin diperingkat bahagian, sudah pasti BN tidak dimalukan dalam PRU12 lalu.

Malangnya bagi UMNO dan BN adalah adanya pemimpin-pemimpin yang walaupun bukan pilihan rakyat namun masih merasakan bahawa merekalah 'Winnable Candidates'.

Di suatu bahagian di Pahang, ada bisik-bisik mengatakan bahawa wakil rakyat yang sudah lama tetapi masih menganggap dirinya masih pilihan rakyat sehingga sanggup mengugut jikalau beliau tidak dicalonkan maka semua wakil-wakil rakyat yang ada juga hendaklah tidak dicalonkan juga.

Hakikatnya sudahlah kehendak rakyat disesuatu tempat itu berlainan dari tempat yang lain. Demikian juga dengan setiap wakil rakyat itu sendiri, mereka tentunya berbeza antara satu dengan yang lain berdasarkan kepada perkhidmatan yang mereka berikan selama ini.

Ada wakil rakyat yang tidak memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya namun masih tenggelam dalam mimpinya sendiri untuk terus berkuasa dan menganggap bahawa jikalaulah bukan dia yang jadi calon maka DUN atau Parlimen yang ditandingkan itutidak akan menang.

Yang terbaik adalah, jangan sekali-kali pemimpin itu menilai dirinya sendiri sama ada layakkah menjadi calon atau tidak. Biarkan ini diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dan semua perlu akur dan jangan sekali-kali bertindak untuk mensabotaj calon yang terpilih dan mensabotaj parti kerana kekalahan parti akan mengubah pentadbiran negara dan mungkin juga kerajaan yang baru nanti akan menyingkap segala suduh-sudut gelap mereka selama ini.

Ada bekas wakil rakyat yang sudah digugurkan kerana tidak memberi perkhidmatan yang baik sewaktu jadi wakil rakyat, namun merasakan dirinya hebat lalu bertindak mengutuk pucuk pimpinan parti melalui tulisan-tulisannya. Kemudian sanggup sertai parti rasis walaupun sedar dirinya hanya akan jadi alat semata-mata untuk membalas dendam kerana dirinya terbuang.

Orang itu adalah pengkhianat bangsa dan negaranya sendiri. Bahkan kita percaya, dia tidak akan kemana kerana jikalau dia mampu memberikan perkhidmatan baik, sudah tentu pengundinya menyayanginya dan beliau tidak akan tersingkir.

Malangnya pemimpin itu, dia bukan sahaja ditolak oleh rakyat, bahkan keluarganya sendiri juga sudah meminggirkannya. Jika rumahtangga sendiri tidak dapat dipimpin, usahlah bermimpi untuk jadi pemimpin rakyat yang disenangi.










13 January, 2012

PAHANG: CALON MELAYU DAP - 'SUCKMONGKOL' BAKAL JADI MB?

Sokong DAP masuk syurga....


1. Pahang Daily Online mendakwa ramai tokoh Melayu akan dicalonkan dalam PRU akan datang bagi mewakili DAP. Tidak menghairankan kerana memang begitu strategi DAP untuk mendapat majoriti dalam Parlimen nanti tanpa memerlukan bantuan Pas dan PKR lagi. Kemudiannya mereka akan memerintah dengan pemimpin utamanya bukan Melayu dan hanya akan menggunakan orang-orang Melayu petualang sebagai 'macai'nya.

2. PDO juga mengaitkan nama bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan sebagai salah seorang dari calon-calonnya. Mungkin ada kebenarannya kerana sejak kebelakangan ini 'tikus' ini selalu melompat sana-sini dan mencAakar-cakar dinding.

3. Jika benarlah demikian, benarlah bahawa DAP memang bijak dalam menggunakan orang-orang kecewa sebagai calonnya. Ini melengkapkan calon-calon pembangkang Pahang dalam PRU akan datang adalah dari kalangan orang-orang kecewa dalam UMNO.

4. Ini kisah wakil rakyat sepenggal mewakili UMNO di sebuah daerah di Pahang Timur;

4.1. Menurut seorang Ketua Pemuda Bahagian, dia selalu datang ke rumah ayahnya bagi mendapatkan pertolongan dan sokongan ketika mula aktif dalam politik dahulu namun setelah berjaya dan menjadi wakil rakyat dia lupa jalan ke rumah mereka.

4.2. Dia seorang yang terlalu berbangga dan bermegah-megah dengan kelulusannya Ijazah Ekonomi dari Manchester Universiti tetapi gagal dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana kelulusan sahaja bukan satu-satunya syarat menjadi seorang wakil rakyat yang baik.

4.3. Sewaktu masih wakil rakyat beliau memang susah untuk memberi kahidmat kerana hanya bertugas dari 9-5 sedangkan sebagai wakil rakyat seharusnya berkhidmat tanpa mengira waktu.

4.4. Oleh kerana kecewa digugurkan sebagai calon dalam PRU dahulu, lalu mencanangkan UMNO tidak inginkannya kerana kecerdikkannya dan menuduh UMNO hanya inginkan pemimpin yang bodoh sedangkan rakyat sendiri menolaknya kerana tidak berpuas hati dengan khidmatnya.

4.5. Beliau juga mungkin terlupa bahawa beliau menuntut ke luar negara dengan biasiswa dari kerajaan UMNO namun kenapa akhirnya tidak langsung mengenang jasa kerajaan selama ini bahkan seakan menafikannya.

4.6. Dia adalah seorang yang hanya nampak kesalahan orang lain dan menghentam orang lain namun terlupa untuk melihat dirinya sendiri, rumah yang sudah tidak bertangga. Kisah suri rumahnya yang meninggalkannya juga disebarkan sendiri oleh suri rumah dimedia sosial mencontengkan arang dimuka.

5 Apakah jika beliau jadi wakil rakyat kepada DAP kelak sikapnya akan berubah dan beliau akan jadi wakil rakyat yang cemerlang pula? Tidak mungkin rakyat dari parlimen P menolaknya jika beliau berkhidmat dengan cemerlang. Alangkah bodohnya rakyat di parlimen B jika menerima beliau kelak kerana beliau adalah wakil rakyat yang sudah tidak diguna-pakai lagi.

6. Politik berasaskan rasa kecewa tidak akan mampu membantu rakyat bahkan tentunya akan turut mengecewakan rakyat akhirnya. Justeru, menolak calon yang sedemikian adalah lebih baik untuk kepentingan rakyat.

7. Apabila banyak calon Melayu tanding atas tiket DAP bermakna Pas sudah tidak berguna lagi. Jika PRN Sarawak dijadikan ukuran dan kemenangan calon DAP berbanding kekalahan calon Pas jelas sebagai petanda DAP akan gantikan Pas.

8. PKR Pahang juga sudah jadi 'pondan' dan bakal diketepikan. Kalaupun pakatan akan menang di Pahang, majoriti mungkin kepada DAP, jadi wajarlah DAP jadi MB. Kesian pulak kawan pada Dato' Fauzi ni......kerana masih lagi menyimpan mimpi.


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...