Suara Anak Pahang - Perlu Baca
Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts
08 July, 2011
SAJAK PERHIMPUNAN BERSIH: PENJILAT WARNA
Sajak ini saya tujukan buat pendokong-pendokong demonstrasi 'Bersih' yang kotor, khusus buat penyajak yang mensajakkan 'Peludah Warna'.
Penjilat Warna
kuning itu bukan lagi warna bersih
bukan lagi sebagaimana putih
kerana cemar oleh segala najis;
penjilat warna ~
negara menjulang namamu
sastrawan ulung teragung
mengangkat martabat bangsa
mengharum aroma bunga-bunga
namun warna keramat bertukar kelam
sebuah nama juga mancatat sejarah hitam
A Samad Shit,
rambut dan janggut putih
wajah yang nampak bersih
berbaur dengan kehitaman hati budi
anak bangsa yang memungkiri janji
melepaskan tali teraju layang-layang yang
sedang terbang
menerpa angin menerjah awan
kiranya jadi petualang
bila mati tidak tersurat
dipusara seharusnya bertaburan bunga-bunga
namun yang ada hanyalah
sehelai kertas tertulis:
'disini seorang pahlawan mati
bergelumang najis
kerana tersalah langkah
kecundang menyongsong arah'
11 June, 2011
BERGETAR HATI 'MELAYU'KU, TERUSIKKAH KAMU?
Saya nak mulakan tulisan saya kali ini dengan bahasa yang menarik. Gurindam Ke Enam ini saya petik dari blog Malim Muda.
Cari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat
Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru
Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan
Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi
-Raja Ali Haji-
yang boleh dijadikan ubat
Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru
Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan
Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi
-Raja Ali Haji-
Sesungguhnya saya dan ramai lagi yang sayangkan UMNO telah menyuarakan dalam beberapa nada; pujuk, kutuk, marah hina dan sebagainya untuk cuba mengubah. Sehingga kami sudah tidak tahu apa lagi caranya dan kepada siapa lagi harus kami tujukannya, agar UMNO berubah bagi mengekalkan kestabilan kekuasaan bangsa........(?)
UMNO perlu akui PAS sedia berubah, UMNO kenapa tak berubah-ubah lagi ... masih ada yang gila kuasa, ada yang gila cari harta, ada tak habis bercakaran, ramai semangat juang yang luntur, dan kepimpinan yang kurang mantap.
Nasib UMNO masih lagi pasal PAS, PKR dna DAP tak tahu mentadbir lagi. Bila mereka mula boleh, apa yang boleh UMNO dan BN tawarkan kepada rakyat? (Baca blog sahabat saya The Unspinners)
Nasib UMNO masih lagi pasal PAS, PKR dna DAP tak tahu mentadbir lagi. Bila mereka mula boleh, apa yang boleh UMNO dan BN tawarkan kepada rakyat? (Baca blog sahabat saya The Unspinners)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
