Showing posts with label upsi. Show all posts
Showing posts with label upsi. Show all posts

03 January, 2012

PAS YANG TAKSUB, JUMUD DAN FASIQ



1. Media pembangkang mendakwa perusuh UPSI ditumbuk dan diterajang oleh pihak polis. Mereka itulah orang-orang yang fasiq, yang membawa khabar dusta namun bertopengkan agama. Mahasiswa yang merusuh itu sebenarnya adalah penjenayah yang melakukan kekerasan dan patut dihukum.

2. Pemimpin Pas ingin jadi pejuang rakyat, konon mereka prihatin kepada permasalahan rakyat. Justeru dalam kes rusuhan di UPSI pemimpin-pemimpin mereka tampil ke hadapan untuk membela. Para penyokong mereka yang taksub juga percaya bahawa mereka dipihak yang benar.

3. Pengikut dan penyokong Pas sangat percaya dan taksub bahawa pemimpin mereka yang berkopiah dan berserban dengan janggut panjang adalah pemimpin yang jumud. Mereka juga membenarkan setiap kata yang dibawa oleh media mereka yang sebenarnya terdiri dari orang-orang yang fasiq dengan membawa khabar dusta.

4. Klip diatas jelas memperlihatkan bahawa bagaimana mereka membawa berita-berita dusta berkenaan rusuhan UPSI itu sedangkan sebenarnya mahasiswa itulah yang patut disalahkan kerana berkelakuan diluar batasan. Apakah bebebasan bermakna mereka boleh lakukan apa saja sesuka hati mereka dan melanggar sebarang peraturan yang ada?

5. Pemimpin Pas memperjuangkan sesuatu yang tidak benar hanya untuk kepentingan politik mereka sendiri. Penyampai dan penyebar berita pas yang fasiq menyebarkan berita dusta itu supaya pengikut dan penyokong Pas yang taksub akan percaya pada berita-berita dusta. Mereka mencipta keadaan supaya rakyat membenci kerajaan sehingga menganggap segala yang kerajaan lakukan tidak ada yang betul. Mereka membuatkan rakyat melihat kerajaan sebagai pemerintah yang zalim.

6. Mereka merancang rusuhan dengan sikap yang sangat provokatif supaya pihak polis mengambil tindakan dan sengan itu pihak polis akan disalahkan seterusnya kerajaan dipersalahkan kerana membiarkan tindakan ganas. Soalnya, jika rusuhan itu tidak dilakukan apakah perkara sedemikia akan berlaku? Mujur generasi muda dewasa ini sangat celik media sosial tidak lagi percaya kepada lakonan yang pihak pembangkang lakukan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

7. Sedarlah bahawa segala lakonan dusta Anu arr 'berahi', Adam (setan kecil) dan Safwan dengan skrip yang sama sudah rakyat ketahui pendustaannya. Cukuplah! Rakyat inginkan kehidupan yang harmoni. Kita bimbangkan bahawa kebebasan yang mahasiswa inginkan itu nanti akan jadi sebagaimana di Mesir dan Libya, yang akhirnya lebih memburukkan dan tidak bermakna sama sekali.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...