04 February, 2009

LOMPAT-LOMPAT KATAK, KALI INI ANWAR TERPERANGKAP


Keadaan politik yang sangat menarik di Perak mendesak hati saya untuk menulis lagi, bimbang jika terlambat isu akan jadi basi. Ianya mengenai kegawatan politik di negeri Perak yang akhirnya menumbangkan kerajaan PR yang hanya mampu bertahan selama 11 bulan.

Alangkah cantiknya permainan politik YB Datuk Nasaruddin, menyeberang sempadan, disanjung dan diberikan kepercayaan tetapi akhirnya beliaulah yang menjadi hero kepada keruntuhan kerajaan PR. Beliaulah penyampai maklumat dan pelaksana strategi melompat beramai-ramai adun PKR dan DAP ke BN.

Sadisnya, kali ini DS Anwar pun tidak dapat membaca lakonan yang dimainkan oleh ADUN UMNO Bota, YB Datuk Nasaruddin Hashim . DS Anwar serta DS Mohammad Nizar Jamaluddin sangat gembira dan bangga kemasukan YB Datuk Nasaruddin dan tanpa syak wasangka menerimanya sebagai anak emas. Malangnya, mereka terlupa bahawa perangkap tidak pernah melupakan jerat.

Sebelum itu kita di pertontonkan dengan lakonan Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang kononnya tidak disukai hingga menyebabkan YB Datuk Nasaruddin tidak mempercayainya dan melompat parti. Kemudiaannya DS Tajol Rosli meletakan jawatan sebagai tanda menunjukkan ketidak setabilan dalam UMNO Negeri. Ini membuatkan PR merasa selesa dan tidak menyangka bahawa mereka telah masuk perangkap BN.

Lihatlah bagaimana PR terjebak dalam perangkap; Apabila DUN Bota melompat ke PKR maka berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menyokong lompatan ini. Nik Aziz kata satu tindakan bijaksana tetapi apabila adun PKR nak melompat maka katanya perbuatan melompat parti adalah pengkhianat. (Baca sini - Nik Aziz sudah lupa)
Kita dapat lihat bahawa 2 perkara sama tetapi memberikan keuntungan kepada 2 pihak berasingan maka hukumnya juga berbeza. Inilah politik pembangkang, fatwanya berubah mengikut kepentingan. Masihkah kita boleh mempercayainya?

Kemanakah DS Anwar menyepi dan menyendiri? Atau beliau bersembunyi diri? Kerana malu dan kemalu-maluan.


Catatan tambahan:

1. Penyokong PR (Baca: Penipu Rakyat) menganjur unjuk perasaan bantah titah Sultan Perak.

2. YB Nizar diberitakan mengambil tindakan saman Sultan Perak

3. Hakikatnya: Mengikut pertimbangan pembangkang, keadilan mesti sentiasa memihak kepada mereka, jika tidak maka itu bukanlah keadilan. Apabila sultan rstu dan perkenan mereka, maka adil dan benarlah tindakan itu jika tidak maka zalimlah sultan itu. Apakah mereka rasa mereka ini umat atau insan pilihan, seperti bangsa yahudi?

4. Walau sudah bukan lagi MB Perak, namun YB Nizar masih patuh pada penasihat pemusnah melayu dibelakang beliau. Apakah perjanjian yang telah beliau adakan sehingga walau sudah bukan MB beliau masuh belum boleh bebas dari penasihatnya? Apakah roh dan jiwanya sudah digadaikan?

UMNO DAN PAS MENUJU TITIK PERTEMUAN



Dari kekalutan dan kemelut yang berlaku di Perak, kemungkinan besar PAS akan mempertimbangkan saranan untuk bergabung dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti Melayu dan Islam yang mantap. Apa lagi yang PAS harapkan dari PR (Baca: Penipu Rakyat)? Janji-janji DS Anwar nyata kosong belaka. Mana 16 September? Satu demi satu pembohongan DS Anwar terbongkar - maka terserlah penipuannya yang memalukan. Ibaratkan sehelai demi sehelai pakaiannya dilucutkan - lalu menyerlahkan ..malu..nya.

Apapun yang berlaku, yang nyatanya adalah kuasa melayu semakin terhakis dan hak ketuanan melayu telah sedikit demi sedikit tergadai. Sanggupkah PAS membiarkan ini berlaku didepan mata sedangkan PAS adalah sebahagian dari melayu itu sendiri? Jika pemimpin-pemimpin PAS benar-benar berjuang demi rakyat, agama Islam dan bangsa melayu maka jalan terbaik adalah kembali semula ke asal @ kembali bergabung dengan UMNO.

Beberapa hari lepas saya menulis tentang itu. (Klik disini untuk baca)
Kita minta hati pemimpin-pemimpin kita dibukakan Allah dan dapatlah mereka semua duduk semeja dan berbincang tentang politik dan masa depan melayu yang semakin hari semakin kelam. Dalam politik, walau apa yang berlaku diantara kedua-dua parti ini, yang menang adalah ahli-ahli politik dan yang sentiasa kalah adalah rakyat yang jadi penyokong parti-parti mereka.

Tidakkah kita sedar bahawa ada tangan-tangan ghaib yang melagakan kita sesama melayu? Tidakkah kita melihat bahawa apa yang sedang berlaku ini melemahkan bangsa dan agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa ada bangsa lain yang sedang mentertawakan kita sambil mendapat faedah dari kecelaruan fikiran dan permusuhan sesama kita?

UMNO dan PAS harus melakukan sesuatu yang positif kearah ini. Kita sesama Melayu. Kita sesama Islam. Bersembahayang menghadap kiblat yang sama. Kenapa ada permusuhan? Kenapa kita terlalu menonjolkan perbezaan? Bukankah kita patut mencari sebanyak mungkin persamaan? Kita bergerak atas satu garisan dari berbagai penjuru. Kita menuju ke satu perbarisan, dimana ada titik nokhtah disitu kita bertemu dan berhenti.

Saya percaya bahawa pemimpin-pemimpin kita sedang mencari titik pertemuan itu!


Baca tajuk lain yang membuatkan kita berfikir bahawa perlunya UMNO dan PAS bersatu;

Senjata makan tuan

Perak mahu adakan Pilihan Raya mengejut.

PR Perak bergelumang taktik kotor

Teori lompat katak

03 February, 2009

PERAK YANG KALUT


1. Bila ADUN BN lompat ke PKR, MB Perak kata tak perlu adakan PRK.

2. Bila 2 ADUN PKR (mungkin) nak lompat keluar, Speaker DUN Perak pula kata kena adakan PRK.

3. Akhirnya hari ini SPR putuskan tak perlu adakan PRK.

4. Akuan Bersumpah dakwa Najib tawar RM50 juta untuk ADUN PKR lompat parti - oleh 'Sumpah-Sumpah' lah tu gamaknya.

5. ADUN Bota lompat parti tak ada tawaran ke?

6. Tidakkah pengundi di Perak rasa tertipu oleh PR?

Siapa yang akan puas hati, siapa yang akan tidak puas hati dan siapakah yang akan sakit hati?


Sama-sama kita baca sini:

http://other-perspektif.blogspot.com

http://waadat.blogspot.com

02 February, 2009

KATAK, BERUDU DAN TELUR KATAK PKR



  1. Bila ADUN BN lompat masuk PKR, MB Perak (PR) kata tak perlu adakan PRK. Bila 2 ADUN PKR nak lompat masuk BN, Speaker DUN Perak (PR) kata PRK mesti diadakan..

  1. Selepas satu, satu lagi TADIKA ditutup oleh kerajaan PR. Yang jadi mangsa adalah kanak-kanak dan rakyat. Klik untuk baca

  1. Bila ADUN/AP BN melompat masuk PR – hukumnya: HALAL. Bila ADUN/AP PR melompat masuk BN – hukumnya: HARAM

  1. Sekarang ini jika rakyat terutama penyokong PR masih belum sedar yang rakyat ditipu oleh PAS, PKR dan DAP (PR) bermakna mereka memang rela diperbodohkan.

  1. Sekarang ini jika PAS dan DAP masih belum sedar yang mereka ditipu oleh PKR bermakna mereka memang rela diperbodohkan.

  1. Sekarang ini jika ahli-ahli dan penyokong PKR masih belum sedar yang mereka ditipu oleh DS Anwar Ibrahim bermakna mereka memang rela diperbodohkan.

Klik untuk baca:
http://other-perspektif.blogspot.com

01 February, 2009

JIKA PAS JUJUR, BERSATULAH DALAM UMNO


PAS adalah sepihan dari UMNO. Kemudaiannya menyerpih lagi menjadikan tertubuhnya sebuah parti Islam lain yang dikenali dengan nama Berjasa. PAS dulu dikenali sebagai parti kampong dimana ianya didakyahkan oleh pemimpin-pemimpinnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Dakyah ini bermula disurau-surau dan masjid-masjid dan bermulalah isu khafir-mengkafir dimana pemimpin-pemimpin UMNO telah dikafirkan oleh orang-orang PAS. Kadang-kadang berlaku juga sembelihan orang UMNO diharamkan oleh orang-orang PAS. Sembahayang yang diimamkan oleh orang-orang UMNO di’tak sahkan’ oleh orang-orang PAS.

Begitulah PAS melakukan dakyah dan fitnahnya bagi tujuan politik. Sebahagian masyarakat telah menerimanya dan membesarkan anak-anak mereka yang juga telah diterapkan dengan ideologi yang sama bahawa apa yang UMNO lakukan adalah haram dan berdosa, dan anak-anak kecil itulah yang sedang kita hadapi sekarang ini – dan mereka ini lebih tegar.

PAS tidak mampu memberikan apa yang sanggup kerajaan BN berikan. Pemimpin PAS sedar ini. Rakyat penyokong PAS meinginkan material pemberian kerajaan BN maka pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan: Kerajaan / BN beri kita ambil, undi beri PAS – itulah yang berlaku. Dikampung-kampung apabila ada bantuan subsidi dari kerajaan maka orang-orang PAS lah yang utama memohonnya tetapi dibelakang mereka mengutuk dan menghentam kerajaan. (Wajarkah begini?)

Kakitangan kerajaan tidak kurang juga terdiri dari penyokong PAS. Waktu kerja mereka banyak berpolitik dan kurang berkerja, juga mengutuk kerajaan tetapi makan gaji dari kerajaan. Mereka juga yang turut menyumbang kepada pristasi buruk kerajaan BN tetapi dalam masa sama menuding jari kepada kerajaan. (Apa kah ini juga wajar?)

Jika bukan UMNO dan BN, apakah PAS atau PKR mampu lakukan sebaik ini untuk bangsa melayu dan rakyat Malaysia amnya, atau lebih baik lagi? Mungkin tidak. Semuga kita mampu melakukan sesuatu yang lebih bijak dimasa-masa hadapan dan tidak hanya terpengaruh kepada janji kosong kepada perubahan yang tidak menjanjikan apa-apa dan sia-sia. Jika PAS benar-benar jujur dan perjuangkan Islam, PAS perlu kembali kepada asal dan satukan melayu dan Islam didalam UMNO.


Baca sini: PAS Jadikan Kita..

Baca sini: Cerita panas PAS Kelantan

30 January, 2009

PILIH PAS KERANA ISLAM?


Saya teringat satu peristiwa yang benar-benar berlaku lebih empat tahun lalu, selepas PRU11. Saya catatkan disini tanpa membuat apa-apa perubahan yang ketara dan saya juga tidak memberikan apa-apa ulasan mengenainya. Saya hanya akan membiarkan saudara semua membuat penilaian sendiri.


Pada suatu pagi saya bertemu seorang 'Pak Aji' disebuah gerai minuman berhampiran perhentian bas Jerantut. Katanya dia datang dari Kg. Damak. Entah macam mana kami bercakap mengenai politik lalu terkeluarlah kata-kata/dialog begini;

Pak Aji: Politik dan Islam tak boleh dipisahkan....
Saya: Tapi zaman nabi dulu tak ada pun parti politik, tak ada pun parti PAS Islam juga.
Pak Aji: ?..........//
Saya: Di negara-negara Arab tak ada parti PAS tapi mereka Islam.,...
Pak Aji: ?..........//...
Saya: xx???@#$...
Pak Aji: Undi PAS masuk syurga....
Saya: (Nak elakkan pertelingkahan).. Saya pilihanraya dulu tak mengundi pun.
Pak Aji: Tak mengundi tak boleh, berdosa.
Saya: Kalau saya nak mengundi, siapa yang saya nak kena undi?
Pak Aji: Undi PAS lah, parti Islam.
Saya: Kalau saya undi DAP?
Pak Aji: Tak boleh berdosa. DAP parti kafir.
Saya: Tak apalah. Nanti kalau saya nak masuk Islam, saya akan undi PAS.

28 January, 2009

Apakah kita betul dan membuat pilihan yang betul?

Masadepan yang samar


Dalam pilihanraya UMUM yang lalu dan pilihan-pilihan raya kecil berikutnya kita (majoriti rakyat/pengundi) telah menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Berbagai alasan diberikan untuk menolak UMNO/BN.

Soalnya apakah pilihan kita itu betul? Apakah yang kita pilih itu betul-betul boleh mambawa perubahan positif kepada rakyat keseluruhannya berbanding dengan kerajaan sedia ada? Apakah ianya lebih baik atau hanya lebih kurang sama dan bahkan mungkin lebih buruk dari yang ada ketika ini? Memilih kerajaan bukan hanya mengikut perasaan. Bukan kerana marahkan UMNO maka kita sokong PKR/PAS kerana apa yang akan kita terima selepas itu mungkin akan memberikan kesan yang sangat mendalam dan jika pilihan kita silap maka generasi akan datang akan mengutuk kita sepanjang hayat.

Apa lebihnya PKR/PAS/DAP (Pakatan Pembangkang) dalam pentadbiran jika kita ambil contoh dari beberapa kerajaan negeri. Yang kita nampak ketika ini hanyalah ketidak seimbangan,kekalutan dan beberapa penyelewangan. Yang kita tidak mahu didalam UMNO/BN juga ada dalam Pakatan Pembangkang, lalu apakah perbezaan antara keduanya?

Kita bimbang bahawa kita telah terpedaya oleh Pakatan Pembangkan untuk memilih mereka yang menawarkan kelainan dan perubahan yang positif namun apabila mereka berkuasa kita dapati mereka pun sama dengan apa yang kita tolak. Tidakkah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka yang hanya bercita-cita untuk mendapatkan kuasa. Apakah perubahan yang kita rasakan dari pemerintahan yang satu ini ketika ini?

Pada setengah-tengah keadaan, mereka memberikan alasan bahawa mereka tidak mendapat mandat sepenuhnya untuk mengubah keadaan, lalu mereka perlukan lebih mandat dari rakyat. Jikapun mereka mendapatnya apakah mereka dapat mengubah? Orang-orang politik ini, mulutnya sangat manis dan lidahnya sangat lembut. Wajahnya juga berbeza-beza dan boleh berubah-ubah dari pakar ekonomi kepada tokoh agama, dari para cendikiawan kepada tokoh pembela masyarakat, yang nyatanya dalam diam mereka bercita-cita sulit jadi tokoh korporat.

Apa yang harus kita risaukan adalah; apakah yang akan kita dapat dan apakah yang akan kita hilang kelak apabila perubahan yang kita inginkan tidak menjadi kenyataan.

23 January, 2009

MELAYU APA JADI?


Selepas PRU 12, UMNO/BN tewas - apa Jadi?
5 Negeri ditawan pembangkang - apa jadi?
Pak Lah kata nak adakan post-mortem - apa jadi?
PRK 044 & PRK P036 UMNO/BN kalah lagi - apa jadi?
Kata nak adakan post-mortem lagi - apa jadi?

PAS, PKR & DAP perintah negeri pun kacau bilau - apa jadi?
Selangor jadi Kandang Babi moden terbesar - apa jadi?
Perak bagi cina tanah 999 tahun tetapi melayu habuk pun tak ada - apa jadi?
PAS Perak ikut telunjuk DAP - apa jadi?
Kedah bawah PAS pun nak buka Ladang Babi juga - apa jadi?
P.Pinang untuk selamanya BN tak mampu dapat semula dan melayu akan terpinggir - apa akan jadi?

Malaysiaku, melayu sesama melayu bercakaran
Cina dan india kaut keuntungan - bangsa melayu apa akan jadi?
'Bahtera Merdeka' akan jadi 'Bahtera Karam' dan tenggelam - apa jadi?
Politik melayu diperbodohkan - melayu apa jadi?

Seseketika, patut kita renungi apa akan jadi pada nasib bangsa kita akan datang.

17 January, 2009

TERKINI: PRK P036 - PAS MENANG MAJORITI LEBIH 2000




8.15pm - Berita tak resmi dari Kuala Terengganu menyatakan bahawa PAS telah memenangi PRK P036 dengan majoriti undi lebih dari 2000 undi.

Kita ucapkan tahniah kepada yang menang dan ini tanda bahawa demokrasi tetap subur di
Malaysia. Bagaimanapun, kita tunggu keputusan resmi yang akan disampaikan tidak lama lagi.

ESOK YANG CEMERLANG

BN dijangka dapat kekalkan kerusi parlimen KT esok


DS Najib TPM - Jeneral membawa kemenangan BN


PRK P036 belum lagi berakhir namun dari riak dan gelombang yang dirasakan kita sangat yakin bahawa UMNO/BN akan memenangi pilihanraya kecil kali ini. Majoriti bukan ukuran. Yang penting bagi BN adalah pengekalan kuasa bagi kesinambungan dan maruah serta bukti bahawa BN masih releven dan diterima rakyat khususnya di negeri Terengganu.

Beberapa hari di Kuala Terengganu, menyaksikan kemeriahan kempen dan gerak kerja petugas-petugas sangat memberangsangkan. Jentera dari negeri Pahang adalah diantara jentera yang banyak mendapat pujian ramai. Umum sangat maklum bahawa pertandingan ini juga adalah pertandingan yang melibatkan Pahang dimana pengerusi kempen pilihanrayanya adalah DS Najib sendiri. Perhubungan UMNO Negeri Pahang tidak rela menerima kekalahan yang mana akan mencacatkan imej DS Najib.

Walaupun pengundian hanya akan bermula pagi esok, namun saya rasa BN sudah boleh tidur lena dan menunggu saja keputusan diumumkan pada sebelah malamnya. Kehadiran pasukan keselamatan yang ramai di Kuala Terengganu menyakinkan semua bahawa tidak akan ada apa-apa yang tidak diingini akan berlaku. Kita juga dapat rasakan perbezaan diantara kempen pilihanraya P036 yang tenang dan dakam suasana harmoni berbanding P044 yang penuh dengan kekerasan.

Sama-samalah kita doakan agar BN mencapai kemenangan yang cemerlang bagi membuktikan bahawa rakyat khususnya rakyat negeri Terengganu masih menaruh harapan kepada BN dan menaruh kepercayaan kepada DS Najib serta menerima pelan peralihan kuasa yang dirancang.
Semoga hari esok akan lebih cemerlang dari hari ini dan semalam.


losong dt.amar,
wkf mempelam

16 January, 2009

KELUO BULATANG MASOK BARISANG.

esok hari raye. hari kite pilihang raye


kite semua pakak gi ngundi


jangang takuk pengundi antu



semua dah kena debik termasuk mat sabu


hj hadi doh susoh hati,
kena mintok tolong pade ulamak kit seang la lagu ning



nok tahang bas doh tok berani lagi



kaloh lah kite kali ning

ape lagi nok tipu penggundi


pakatang pung doh ... lari litang pukang sapai telanjang


kite keluo BULATANG dang masuk BARISANG




Kali ini PAS kurang yaking akang menang. PAS berhadapang dengang kekalahang yang akang memalukang. PAS dok lagi dapat harapkang pengundi hantu untuk membantu seperti sekala kerana SPR telah perketatkang peraturang. PAS dok dapat lakukang keganasang kerana ade rama pasukang keselamatang. PAS doh dok rok dang dalang ketakutang.

Buak ape susohnye. KELUO BULATANG dang MASOK BARISANG.


Dari laporang wartawang kite yang siang malang berada ke Wakaf Mempelang
bh



14 January, 2009

TOLAK PAS - PARTI MILITAN DAN MENYOKONG KEGANASAN



PAS KE ARAH MILITAN DAN KEGANASAN




(Puak Militia Di Sebuah Negara Lain)
Penyokong Fanatik PAS akan Jadi begini Kelak Jika Tidak Disekat


Bibit Yang Di Semai PAS



Menahan Bas Dan Merampas Kad Pengenalan - Anak Pemimpin PAS Terlibat


PAS telah berubah. PAS telah jauh berubah berbanding dahulu ketika ia mula tertubuh. Ketika PAS mula dibentuk sebaik saja keluar dari UMNO. Rakyat tidak sedar bahawa parti ini ditubuhkan apabila pemimpin PAS yang kecewa dengan kekalahan Ahmad Fuad ketika bertanding dengan Onn Jaafar dalam merebut jawatan Presiden Perikatan lalu keluar menubuhkan PAS.

Dahulu PAS adalah sebahagian dari Perikatan atau sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional. Pemimpin PAS adalah terdiri daripada orang-orang yang kecewa, yang inginkan pangkat dan kuasa tetapi tidak berjaya dalam pertandingan lalu keluar dan menubuhkan PAS. Nawaitu penubuhan PAS memang tidak jujur kerana cuma ingin merebut pangkat dan jawatan dan bukan untuk membela agama, bangsa dan negara sepertimana UMNO yang bermatian berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi anak bangsa dan negara. Perjuangan UMNO lebih tulus dan ikhlas iaitu ingin membela agama, bangsa dan negara dari dosa penjajahan.

Perlembagaan awal PAS hanya mengariskan empat tujuan iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Namun kini PAS adalah parti penghasut. Ceramah PAS adalah bermotifkan politik yang diselitkan agama. Agama digunakan sebagai batu loncatan untuk menarik penyokong fanatik kepada PAS. Ini menyebabkan ramai orang tertarik untuk mendengarnya. Jika hanya ceramah agama semata-mata, orang ramai boleh ke surau atau masjid untuk mendengarnya, tetapi kini ramai juga khatib di masjid yang memberi khutbah atau ceramah bermotifkan politik dan bukannya agama. Jadi, masjid sekarang digunakan sebagai pusat penyebaran dakyah dan bukannya pusat penyebaran ilmu dan agama. Ceramah PAS yang penuh dengan maki-hamun membuktikan ramai orang gemar mendengar perkara-perkara yang tidak elok didengar kerana syaitan seolah-olah menghasut mereka menjadi lebih lupa daratan.
(Silabaca disini)


Malahan akhir-akhir ini PAS bertindak lebih agresif. Menyedari bahawa setelah sekian lama berjuang mereka masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat maka mereka merangka strategi baru – iaitu menakut-nakutkan rakyat. Kerana itu kebelakangan ini kita dapati banyak sekali berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan yang dianjurkan atau didalangi oleh PAS. Setiap kali tiba pilihanraya umum atau kecil akan ada kekecohan berlaku.

Namun PAS bijak dengan dengan provokasinya lebih dahulu menuduh bahawa UMNO/BN atau kerajaan merancang atau melakukan sesuatu keadaan yang tidak tenteram lalu mereka melakukannya dengan alasan bahawa mereka hanya mempertahankan. Perbuatan mereka ini tidak ubah seperti perlakuan Yahudi Zionist keatas Palestin – menuduh Palestin mengancam mereka dengan serangan mortar atau bahkan dengan balingan batu-batu yang hanya mencederakan tersangat sedikit rakyat Israel lalu mereka mengambil tindakan menyerang dengan peluru berpandu dengan alasan mempertahankan diri yang membunuh beribu-ribu rakyat Palestin.

PAS dilihat kearah membentuk sebuat parti yang bercorak militant. Ada antara anak-anak pemimpin mereka yang mendapat didikan dinegara-negara yang dikuasai oleh puak militant dan apabila kembali cuba menerapkan cirri-ciri tersebut bagi memastikan kejayaan PAS mendapatkan kuasa pemerintahan.

Jika kita masih tidak lupa, pada pilihanraya yang lalu anak seorang tokoh PAS telah menahan beberapa buah bas yang membawa penumpang dan merampas kad-kad pengenalan penumpang bas berkenaan dengan alasan bahawa mereka adalah suspek pengundi-pengundi hantu yang dibawa masuk untuk membantu UMNO/BN.

Rakyat mahukan keamanan dan keharmonian.Oleh itu rakyat harus membantu kerajaan mengekang keganasan dengan tidak membiarkan PAS berterusan melakukan kekerasan. Segalanya harus dilakukan dari awal. Bak kata ‘Api - semasa kecil menjadi kawan, setelah besar menjdi lawan’ Menyokong PAS samalah dengan menyokong melakukan keganasan. Susah hendak kita nafikan segalanya itu kerana kita sangat sedari bahawa dari sekecil-kecilnya PAS sering saja menanam bibit-bibit kebencaian. Dalam setiap ceramahnya mana ada yang bebas dari maki hamun? Cacian dan makian adalah jiwa dan rohani pemimpin-pemimpin PAS. Di surau-surau dan masjid, tanpa segan silu dan rasa berdosa, PAS akan memaki hamun sesiapa saja. Apakah ini ajaran Islam yang tulin? Beginikah Islam di zaman Rasulallah?

Telah banyak diperkatakan tentang ketidakjujuran PAS. Mereka yang memulakan perpecahan dengan memulakan sembahayang dua Imam. Mereka yang menjatuhkan hokum sembahayang yang di Imamkan oleh UMNO tidak sah, sembelihan orang UMNO tidak sah. Setiap apa yang kerajaan/UMNO/BN buat adalah haram dan tidak sah. Tapi dalam masa yang sama mereka melakukan perkara serupa. Surau dan masjid yang dibina menjadi markas dan pusat tarbiah mereka. Tidak haram dan tidak berdosa. Itulah wajah PAS sebenarnya.

Justru, dalam pilihanraya kecil P036 ini, tolaklah PAS kerana mengundi PAS bererti menyokong militant,bererti menyokong keganasan. Kita masih Islam walau tanpa PAS seperti di Negara-negara lain; Indonesia, Pakistan, Iran dan lain-lain Negara Arab. Tidak berdosa kita jika tidak mengundi PAS. (Baca disini) Kenapa perlu undi UMNO di PRK P036 nanti



HADIAH KEMPEN PILIHANRAYA P036 (Sila klik)

pas mudah lupa-segalanya kerana mabuk kuasa
http://www.pilihanrayakini.com/

wahid pas parti harapan kosong
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/01/wahid-pas-parti-harapan-kosong.html

karpal singh sanggah sikap bermuka pas
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/01/wahid-pas-parti-harapan-kosong.html

hudud pas berbanding hudud Allah
http://www.isuhot.com//modules.php?name=News&file=article&sid=715

pas mula tidak percaya kepada anwar
http://taipingmali.blogspot.com/2009/01/pas-mula-tidak-percaya-kepada-anwar.html

pas dimata anwar
http://lahabau.blogspot.com/2009/01/pas-di-mata-anwar.html


Nota:
Kepada semua jentera pilihanraya UMNO/BN yang memberikan khidmat pada PRK P036, semuanya diucapkan terima kasih. Khidmat bakti anda adalah satu perjuangan yang suci. Terutama kepada jentera Pahang dan pemimpin-pemimpinnya, tahniah diucapkan kerana khidmat cemerlang dan mengharumkan nama negeri Pahang.

Pada 25.3.1894 – Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau bertemu Tok Ku Paloh ketika mereka berlindung di Kg. Seberang Engku Ngah, Kuala Terengganu. Tok Ku Paloh mengumpul 100 orang dari Besut, Terengganu dan Hulu Lebir, Kelantan bagi membantu pejuang.

Ini masanya untuk cucu-cicit Pahlawan-pahlawan Pahang dahulu membalas budi Tok Ku Paloh dan orang-orang Terengganu. Kerana itu juga Pahang memilih Paloh sebagai perkampongan Pahang sepanjang pilihanraya kecil ini.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...