16 January, 2009

KELUO BULATANG MASOK BARISANG.

esok hari raye. hari kite pilihang raye


kite semua pakak gi ngundi


jangang takuk pengundi antu



semua dah kena debik termasuk mat sabu


hj hadi doh susoh hati,
kena mintok tolong pade ulamak kit seang la lagu ning



nok tahang bas doh tok berani lagi



kaloh lah kite kali ning

ape lagi nok tipu penggundi


pakatang pung doh ... lari litang pukang sapai telanjang


kite keluo BULATANG dang masuk BARISANG




Kali ini PAS kurang yaking akang menang. PAS berhadapang dengang kekalahang yang akang memalukang. PAS dok lagi dapat harapkang pengundi hantu untuk membantu seperti sekala kerana SPR telah perketatkang peraturang. PAS dok dapat lakukang keganasang kerana ade rama pasukang keselamatang. PAS doh dok rok dang dalang ketakutang.

Buak ape susohnye. KELUO BULATANG dang MASOK BARISANG.


Dari laporang wartawang kite yang siang malang berada ke Wakaf Mempelang
bh



6 comments:

kifli said...

Umno dikatakam parti Melayu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Itulah yang dicanangnya siang dan malam untuk sekian lama. Kalau dulu, zaman baru merdeka.... ya, sungguh bagai dikata tetapi sekarang...... susah nak kata dan tak boleh percaya lagi!!!

Sekarang perjuangan UMNO penuh dengan tanda tanya. Mengapa? Tengok sajalah gelagat pemimpin UMNO, bila kita kaitkan dengan kuasa dan kedudukan serta wang. Hal demikian..... semua orang sedia maklum. Orang tertarik dengan UMNO hanya sebagai wadah untuk mencari peluang-peluang bagi mendapatkan kuasa, kedudukan dan yang paling utama kekayaaan. UMNO lubuk semua itu. Mereka jadikan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sebagai topeng untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan kekayaan dunia.

UMNO, parti bangsa Melayu yang beragama Islam.. sekarang sudah menjadi parti pengkhianat kepada bangsa dan agama. DEB.... dasar yang sepatutnya memperbaiki kedudukan orang Melayu seluruhnya dan juga kaum-kaum lain di Malaysia telah disalahgunakan dan diperguna semahu-mahunya serta dimanupilasi untuk kepentingan dua tiga kerat Melayu sahaja yang sama satu species dengan mereka. Species yang lain daripada mereka, ternganga dan teraniaya. Sebenarnya secara langsung mau pun tak langsung, UMNOlah yang merampas hak-hak orang Melayu untuk kepentingan politik dan kesenangan mereka sendiri. Itulah khianat mereka kepada bangsa. Isu PPSMI..... khianat mereka kepada bahasa sendiri. Hudud.... contoh paling nyata khianat mereka kepada agama.

Malah yang lebih menyedihkan, mereka memperguna agama untuk kepentingan politik mereka. Merekalah yang menolak Hudud. Bukan saja menolak, tetapi, mempertikainya dan memberi gambaran buruk tentangnya kepada orang Melayu-Islam dan juga bukan Melayu dan bukan Islam. Tidak cukup dengan itu..... cabar-cabar pulak orang yang nak menegakkan hukum Allah itu.... hukum Tuhan mereka sendiri. Inilah kezaliman paling dahsyat yang UMNO telah lakukan terhadap agama mereka sendiri.....

Kalau DAP, MCA, MIC atau parti-parti bukan-Islam lain yang menolak hudud, kita boleh faham dan kita boleh terima kerana mereka tidak faham dan kurang jelas. Tetapi kalau UMNO, parti orang Melayu- Islam yang menolak..... fikirlah sendiri!!!

Dan sekarang, Anwar Ibrahim telah bertanya kepada UMNO satu soalan maut. Mengapa mereka menolak hudud dan memberi gambaran buruk kepada hudud unuk menakut-nakutkan orang bukan-Islam dan orang-orang Islam juga?? Kita tunggu jawapan dan reaksi daripada mereka. Rasanya isu Hudud yang mereka sendiri bangkitkan akan 'back fire' mereka pulak.

Pelik ya..... kalau masyarakat bukan-Islam sudah ada, yang dah mula faham dan boleh terima, walau pun belum semuanya....., tetapi Melayu-Islam dari species UMNO ni masih ketegaq dan degil!!! Mengapa ya??? Sekali lagi... quote kata Nabil... LU PIKIRLAH SENDIRI....!!!

Masih mahu bersama UMNO.....????

JOM PAKAT SOKONG PAS!!! TAKBIR!!!

Anonymous said...

Sdr. kifli,
Terbalik tu. Jgn terbalikkan fakta. Jgn spin maklumat. Sebanagiannya sy kata betul tetapi kebanyakannya salah. Kita tidak akan dapat yang baik tanpa cacat celanya, justeru itu kita pilihlah yang terbaik memberikan kebaikan kepada rakyat. Pada ketika ini ianya adalah UMNO. Bukan PAS. Pemimpin PAS pun memburu dunia tetapi melindungi. Jgn kata tidak kerana itu sudah tentu satu penipuan yg nyata. Walau UMNO itu buruk namun ialah yang terbai diantara yg buruk semua ini.

SOKONG LAH CALONG BARISANG UNTUK PEMBANGUNANG DAN KEBEBASANG PERJUANGANG ISLANG (ISLAM).

Waris Pahang said...

Selamat Berjuang buat semua yang menyokong BN termasuk bRAVE hEART.

Rakyat sekarang Dah Sakit Hati Kat Pakatan Pembangkang,Nak Tahu Ngape?

Baca le :
http://warisanpahang.blogspot.com/

kifli said...

“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"
MEMO MCA/BN(UMNO) KEPADA PENGUNDI CINA KUALA TRENGGANU................Dibawah adalah terjemahan tulisan Cina diatas.

“Kepada semua pengundi berbangsa Cina

diParlimen Kuala Terengganu.

Ingat tanggungjawab anda semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.

Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.

Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.

Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita kezaman kolot Islam seperti di Arab.

Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.

Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.

Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada Negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.

Undilah BN.TEMPAT ANDA ADALAH DI NERAKA JAHANNAM

Anonymous said...

Ya Allah! Kau berikanlah cahaya kepada Sdr Kifli-ku ini. Semoga beliau akan dapat mencari jalan yang terang. Memang diakhir zaman ini banyak pendusta mengaku ulamak. Meminta pengukutnya berjihad tetapi mereka berjuang untuk diri sendiri. Semoga saudaraku ini akan terang hatinya dan dapat melihat yang mana BN yang banar dan PAS hanyalah parti
yang bertopengkan agama.

Anonymous said...

kifli said.....Undilah BN.TEMPAT ANDA ADALAH DI NERAKA JAHANNAM ??

Masyallah! Rupanya masih ada species yang fanatik dan bawa isu bodoh ni. UNDI PAS MASUK SYURGA? Jadinya orang2 Islam di bahagian dunia yang lain termasuk di negara arab itu akan jadi penghuni Neraka??

Kah! Kah! Kah! Bodohnya species PAS totok ini. Bodoh tahap ....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...