23 January, 2009

MELAYU APA JADI?


Selepas PRU 12, UMNO/BN tewas - apa Jadi?
5 Negeri ditawan pembangkang - apa jadi?
Pak Lah kata nak adakan post-mortem - apa jadi?
PRK 044 & PRK P036 UMNO/BN kalah lagi - apa jadi?
Kata nak adakan post-mortem lagi - apa jadi?

PAS, PKR & DAP perintah negeri pun kacau bilau - apa jadi?
Selangor jadi Kandang Babi moden terbesar - apa jadi?
Perak bagi cina tanah 999 tahun tetapi melayu habuk pun tak ada - apa jadi?
PAS Perak ikut telunjuk DAP - apa jadi?
Kedah bawah PAS pun nak buka Ladang Babi juga - apa jadi?
P.Pinang untuk selamanya BN tak mampu dapat semula dan melayu akan terpinggir - apa akan jadi?

Malaysiaku, melayu sesama melayu bercakaran
Cina dan india kaut keuntungan - bangsa melayu apa akan jadi?
'Bahtera Merdeka' akan jadi 'Bahtera Karam' dan tenggelam - apa jadi?
Politik melayu diperbodohkan - melayu apa jadi?

Seseketika, patut kita renungi apa akan jadi pada nasib bangsa kita akan datang.

7 comments:

kifli said...

Pembangkang di selangor ( DIBACA :UMNO) yang diketuai oleh Khir Toyo semakin terdesak sehingga menggunakan ISU LEMBU sebagai senjata untuk menggugat kerajaan pakatan rakyat di selangor.Maknanya LEMBU jadi senjata Khir Toyo?.,.isk..isk.isk..

Gerak membuat satu laporan bahawa MB Selangor terlibat menyalahgunakan kuasa dalam pemberian 46 ekor lembu korban tempoh hari di Bandar Tun Razak.

Dari sudut perundangan Gerak cuba membuktikan pembelian itu menggunakan duit kerajaan negeri dan lembu itu diberikan kepada penduduk Bandar Tun razak yakni di luar kawasan Negeri Selangor.

Untuk pengetahuan semua Bandar Tun Razak ialah kawasan Parlimen di dalam Wilayah Persekutuan yang mana MP di situ ialah Tan Sri Khalid Ibrahim merangkap MB Selangor.

Gerak juga cuba membuktikan barangkali MB Khalid telah menggunakan kuasanya untuk menyuruh syarikat tersebut berbuat demikian untuk favour kepada beliau secara peribadi.

Di pihak MB,mereka telah mengeluarkan jawapan bertulis menerangkan kedudukkan bahawa pembelian itu tidak melibatkan duit kerajaan negeri dan pembelanjaan syarikat tersebut adalah di atas tanggungjawab sosial sebuah syarikat korporat.

Sudah tentu ahli perundangan lebih arif mengenai hal tersebut.

Dari sudut politik pula,pemberian lembu korban adalah acara tahunan oleh kerajaan negeri. Ia memang sudah menjadi adat dan disukai semua surau,masjid dan orang ramai. Hadiah,pemberian ini memeriahkan lagi aktiviti korban yang dijalankan semua lapisan masyarakat Islam.
Penglibatan kerajaan negeri menunjukkan kemesraan dan dekat dengan rakyat. Pemberian oleh anak syarikat negeri itu bolehlah dianggap sebagai sumbangan kepada masyarakat oleh sebuah syarikat korporat.

Perlu diperjelaskan penduduk kawasan Bandar Tun Razak,Cheras.Sungai Besi,Tasik Selatan dan sekitarnya amatlah sukar untuk membezakan samada mereka berada didalam kawasan negeri Selangor atau Wilayah Perseketuan. Ialah adalah kawasan sempadan yang penduduknya bercampur campur tempat tinggal,surau,masjid dan kerja mereka antara Selangor dan Wilayah Perseketuan. Syarikat itu juga boleh memberi alasan kilang atau pejabat mereka terdapat di kawasan itu atau pekerja mereka ramai tinggal di kawasan itu.

Seterusnya,dari sudut ibadah,korban adalah amalan mulia yang akan melibatkan banyak pihak dalam masyarakat untuk dilaksanakan.
Ia melibatkan usaha dan kerjasama orangramai(penduduk)miskin dan kaya,surau,masjid,persatuan penduduk,pemimpin asyarakat,korporat,ahli korporat,peniaga,penternak lembu dan lain lain lagi. Jesteru itu ibadah korban membawa makna besar dan diberi pahala kepada semua yang terlibat hatta kepada yang datang sekadar hanya menonton majlis tersebut.!!

Saya menjangka seharusnya episod ini akan berakhir dengan menambahkan populariti kerajaan negeri Selangor amnya dan MB Selangor khususnya.

hahahahahaa.UMNO .oh UMNO...sampai ati korang merendahkan martabat LEMBU...wkahkhkhaa

Woi lembu, biri-biri, kambing gurun, cipan, ayam belanda, ayam israel, tenok dan Khinzir jom sertai UMNO.

kifli said...

Biarpun pilihanraya kecil Kuala Trengganu sudah berlalu, dan calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut akhirnya menang bergaya dengan majoriti undi 2,631 namun bahangnya masih terasa hingga kini. Ramai pihak yang melihat keputusan kemenangan itu jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa rakyat sudah menolak UMNO dan BN. Sokongan rakyat kini sudah semakin melonjak kepada Pakatan Rakyat. Justeru itu walau banyak mana wang yang ditaburkan serta disuap, namun mereka tetap akan menyokong Pakatan Rakyat. Inilah yang menghantui para pemimpin UMNO dan BN sebenarnya. Mereka terlalu risau akan apa yang berlaku di Kuala Terengganu juga akan terjadi di kawasan lain pula selepas ini. Namun apa yang ingin kami perkatakan disini ialah soal isu yang dibawa oleh pemimpin UMNO dan BN di Kuala Trengganu baru-baru ini. Nampaknya, kebanyakkan isu yang dibawa lebih menjurus kepada keangkuhan dan keegoan mereka semata-mata. Tidak terdapat langsung isu nasional yang boleh diterima dan menjadi harapan rakyat buat UMNO dan BN. Mereka masih memainkan sentimen Anwar, Hudud dan perkauman bagi melaga-lagakan keutuhan kaum dalam Pakatan Rakyat. UMNO masih lagi terikut-ikut dengan politik perkauman yang akhirnya menikam diri mereka sendiri. Akhirnya UMNO dan BN tersungkur dek permainan mereka sendiri di sana.

Dalam pada itu, isu nasional yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah perihal pembelajaran Matapelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Biarpun kerajaan UMNO dan BN tahu bahawa apa yang dilakukan oleh mereka selama ini langsung tidak memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya yang berada di kampung, felda dan kawasan pendalaman. Namun, entah mengapa dek kerana keegoaan, mereka masih mahu mempertahankan pekara ini. Sedangkan banyak pihak telah terang-terangan menentang projek ini yang dipercayai telah merosakkan bahasa Melayu serta memusnahkan masa depan generasi muda hari ini. Mereka hanya boleh berbangga dengan peratus kelulusan yang sebenarnya diubah demi untuk menjaga imej. Kami difahamkan peratus kelulusan Matematik dan Sains telah diturunkan sehingga 15% dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ini amat memalukan dan merugikan masa depan para pelajar. Mereka cemerlang dalam keadaan yang tidak cemerlang. Itu pun dek kerana kertas soalan masih lagi dwipilihan Melayu dan Inggeris. Bayangkan jika kertas soalan itu dibuat 100% dalam bahasa Inggeris, maka sudah pasti ramai anak-anak Melayu, Cina dan India akan gagal dalam peperiksaan kertas itu baru-baru ini.

kifli said...

Kini, desakan telah mula datang daripada pihak Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan. Jika dulu hanya pemimpin pembangkang yang mengecam serta mengutuk dan mahukan ia dihapuskan. Kini suara-suara NGO terbabit sudah mula berbunyi, bahkan kami turut difahamkan satu perhimpunan besar-besaran akan di adakan dalam masa terdekat ini bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula pendidikan matapelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Ibunda masing-masing. Jika ini berlaku, pasti pemimpin UMNO dan BN akan lebih tertekan lagi. Tambahan pula jika isu ini terus dijadikan isu politik oleh Pakatan Rakyat dalam setiap kali pilihanraya kecil mahu pun pilihanraya umum di negara ini. Soal mengembalikan semula pengajaran kedua-dua subjek itu ke dalam bahasa Ibunda masing-masing kini semakin hebat diperkatakan. Hanya pihak kerajaan sahaja yang masih tidak mahu beralah dengan perkara ini. Maklumlah, dengan perubahan tersebut banyak syarikat-syarikat kroni yang membekalkan buku teks serta lain-lain mendapat habuan yang lumayan. Maka jika ia dikembalikan balik seperti sediakala bukankan akan merugikan kroni-kroni mereka. Inilah dia dasar kerajaan UMNO dan BN sebenarnya, mereka lebih memikirkan nasib kroni yang menjadi pembekal, pencetak, penerbit yang bertanggungjawab menyediakan bahan pengajaran tersebut daripada mendengar suara dan rintihan rakyat.

Kami juga ada mendengar, akibat tekanan dan tidak mahu terus menggadaikan masa depan pelajar maka beberapa buah sekolah Cina di Lembah Kelang kini telah mula mengembalikan kedaulatan kedua-dua mata pelajaran tersebut ke bahasa Ibunda mereka. Terkini beberapa buah sekolah Cina di Setapak Kuala Lumpur dipercayai telah kembali mengajar matapelajaran Matematik ke dalam bahasa Ibunda. Malah, kami juga turut mendapat maklumat dari "orang dalam" yang mengatakan semua buku teks Matematik di sekolah Cina terbabit juga telah ditukarkan sepenuhnya ke dalam bahasa Ibunda mereka. Persoalannya kenapa perkara ini didiamkan?. Apakah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran takut dengan desakan masyarakat kaum Cina di negara ini. Namun, kenapa ia tidak diumumkan dan dilaksanakan juga di sekolah-sekolah kebangsaan (Melayu)?. Inilah yang amat memusykilkan kita sebenarnya. Terdapat satu agenda jahat yang dibuat oleh menteri bertanggungjawab iaitu Hishamuddin Hussein bagi mengaburi mata masyarakat. Kenapa beliau tidak berani melaksanakannya di sekolah Melayu sendiri?. Apakah ini maknanya yang dikatakan oleh puak-puak UMNO bahawa mereka membela Melayu?. Bahasa Melayu sendiri pun mereka "rosakkan dan pinggirkan", inikan pula untuk membela dalam hal-hal lain. Inilah budaya UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Justeru itu, rakyat perlu bangkit dan membuat perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pula. Kita perlu ajar mereka yang sombong dan bongkak ini. Biar mereka tahu betapa "suara rakyat adalah suara keramat" seperti kata TPM Najib Razak selepas kekalahan memalukan BN di Kuala Trengganu baru-baru ini.

[Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan Hamba Allah yang memberikan maklumat ini. Sekurang-kurangnya kini kita tahu bahawa kerajaan menganaktirikan sekolah kebangsaan (Melayu) sebaliknya akur dengan kehendak sekolah Cina dalam isu berkenaan. Kami difahamkan pengajaran ke dalam bahasa ibunda telah bermula seawal penggal persekolahan 2009 lalu. Kini para pelajar terbabit begitu gembira dan lebih mudah memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Jika dulu mereka terpaksa merangkak-rangkak ingin memahami formula kemudian mencari pula kamus untuk memahami makna, kini segalanya kembali ke asal. Mengapakah kerajaan UMNO dan BN tidak mengaku sahaja yang mereka telah tersilap langkah dan kembalikan semula hak ini kepada rakyat. Jangan terus musnahkan masa depan pelajar hanya kerana kepentingan periuk nasi masing-masing. Apalah guna berbangga dengan nama parti Melayu UMNO sedangkan makna UMNO itu sendiri adalah terjemahan dari bahasa Inggeris. Makaitulah kita tidak hairan mereka lebih gemarkan bahasa penjajah itu dipertahankan, sedangkan bahasa Melayu terus dipinggirkan. Inilah dia budaya tradisi UMNO sejak sekian lama].

kifli said...

21 Januari 2009
Kenyataan bohong Zahid, bukti pemimpin UMNO hilang daya tarik.

Kelmarin Zahid Hamidi bersuara kembali mengenai dakwaannya bahawa Kerajaan Negeri mengarahkan 700 (bukannya 7,000 seperti laporan urusan hari ini)Pihak Kerajaan negeri telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal tuduhan dan fitnah yang tidak berasas itu. Saya juga melalui blog ini antara yang terawal menjawab tuduhan tersebut dan mencabar Zahir kemukakan bukti. Setelah lama berdiam diri ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersuara dengan mengatakan dia ada bukti ada arahan tersebut. Sekali lagi saya mencabar Hamidah untuk kemukakan bukti.

Kenyataan Zahid yang disiarkan utusan (saya beli untuk jawab tuduhan pembangkang di Perak ) mendakwa Kerajaan Perak telah mengeluarkan arahan rasmi melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu meminta semua Pegawai Daerah mengambil semula kunci balai raya dan dewan orang ramai hingga memaksa Tabika Kemas di tutup.

Dengan mendakwa surat itu merupakan bukti yang dimiliki Kerajaan Pusat berhubung penutupan tabika itu bagi menjawab dakwaan Exco kanan kerajaan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa tiada arahan demikian.

Sebenar nya kalau itulah surah yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi, itulah bukti kami bahawa Zahid berbohong, memfitnah, putar belit dan sebagainya. Surat itu tidak ada langsung dengan menyebut arahan menutup Tadika Kemas.

Zahid Hamidi menuduh dalam sidang akhbar itu dengan mendakwa arahan rasmi itu meminta penghulu atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri mengambil alih balai raya dan dewan orang ramai yang digunakan sebagai Tadika Kemas atas dakwaan ia milik Kerajaan Perak.

Ternyata Zahid tidak habis-habis memutar belit fakta dan nampak sangat hajinya tidak ada ciri mabrurnya. Saya rasa budak darjah 6 pun kalau baca arahan itu boleh memahaminya tentang maksud arahan itu ialah mengenai penstrukturan semula siapakah milik bangunan adakah persekutuan atau negeri.

Saya menafikan tuduhan Zahid dan saya menyarankan supaya satu laporan Polis dilakukan kembali oleh pihak tertentu dengan "tuduhan dan hasutan" baru beliau yang boleh meresahkan rakyat Negeri Perak.

Tidakkah Tadika Kemas berjalan macam biasa, malah Zahid menjilat ludahannya sendiri dengan berterima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana telah membenarkan semula penggunaan balai raya dan dewan orang ramai terlibat untuk dijadikan Tabika Kemas. Perkataan "membenarkan semula" adalah tidak bertanggungjawab kerana seolah-olah pernah ditutup.

Perlu diingatkan kita membenarkan dari awal terbentuknya Kerajaan pakatan Rakyat di Perak tanpa ada arahan menutupnya.

Cuma Zahid dan pembangkang di Perak yang gatal mulut memfitnah dan memutar belit fakta dengan mengatakan kami mengarah menutupnya. Inilah sebenarnya bukti bahawa UMNO sebenar-benarnya kehilangan daya penariknya dengan punya pemimpin yang suka berbohong dan cari publisiti murah tanpa ada rasa bersalah.

Sia-sialah arahan Najib dan pemimpin UMNO yang lain yang mengharapkan UMNO dikembalikan daya penariknya. Nasihat saya teruskan kerja itu supaya UMNO lagi cepat terkubur dalam kamus politik Malaysia dengan sifat pemimpinnya yang berbohong, dulu kini dan selamanya termasuk Menteri yang jaga hal ehwal agama.

Drs.Khalil Idham Lim,
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak,
Timbalan Exco Agama Perak.

kifli said...

Rata-rata orang memperkatakan tentang UMNO. Hendak-hendaknya, lepas mengalami kekalahan demi kekalahan. Teruk UMNO dikerjakan. Kena penampar arab..... kena flying kick.... kena lipat maut.... kena smash bola tanggung....... kena pemumbuk TKO... dan macam-macam lagi orang kata......


Agaknya, apabila kena bertubi-tubi... itulah sebabnya mereka dah tersedar sikit. Mak oi.... macam begitu sekali baru nak sedor... tak tau leh sikit punya lena ke mereka dulu. Lena yang kaw-kaw punya lena... dibuai mimpi yang kaw-kaw punya indah. Agaknya sampai meleleh-leleh ayor lior. Huh... terlalu banyak ayor lior basilah..... busuk UMNO dapat dihidu seantero dunia. Itu yang bila sedor, cepat-cepat nak cuci ayor lior basi.... sental kurap daki yang lama tak bersental.... bershower dengan sabun life bouy...... semuanya kerana nak nampak fresh dan segar semula!!!


Pendekkan cerita.... UMNO nak berubah. Nakkan penampilan baru. Begitulah bunyinya. Bunyi cakap-cakap ini.... datang dari banyak tempat, utara ke selatan, timur ke barat, tua dan muda, jantan dan betina, atas dan bawah, luar dan dalam..... Semuanya kata UMNO KENA BERUBAH!!


Apa yang nak diubah.... dan perlu dibuat..... supaya nampak berubah???


Akronim nama UMNO... UBAH... bior nampak Melayunya, weh....
Perlembagaan..... mana-mana yang dah merepek-repek dan tak masuk akal, UBAH
Mentaliti dan nawaitu...... UBAH
Pemimpin yang rasuah... tak kira atas ke bawah ke...PEREBAH
Pemimpin yang menjadi beban... scoundrels dan terlibat dengan scandal TARAH dan NYAHkan


Banyak yang UMNO ni perlu ubah.. itu contoh jer.... Oleh kerana UNMO ni dah dianggap sebagai Parti TONG TAIK yang taiknya dah berkarat di dalam... hampir lebih setengah abad.... rasanya boleh kah UMNO dibersihkan dan berubah rupa.... berimej baru....???


Kalau pun, semua saki baik taik tu di buang..... apa akan jadi pada UMNO.... taik semua dibuang dan orang luar pula dah tak berani nak dekat atau mendampinginya..... UMNO akan jadi parti atau tong kosong..... Sekali kena hempap.... kemek, habis ler!! Lepior!!! Tak de, wow... dan tak de umph lagi.......


Susah....Susah.....Susah...Susah.......


Lantaran itu rasa-rasanya... UMNO ni......


SUSAH untuk BERUBAH dan SUSAH untuk DIUBAHKAN lagi.


Kalau macam tu.... jom pakat-pakat tinggalkan UMNO dan mari ramai-ramai menyertai parti-parti yang terhangat di pasaran dan yang menjadi rebutan...... PAS, PKR dan DAP!!!


Dari rakyat.... untuk rakyat ..... jom sertai ......


PAKATAN RAKYAT!!!

bERANIKAN hATI said...

Sdr Kifli,
terima kasih kerana komen yang bernas dan banyak pula. Jika sdr lebih berani mungkin sdr boleh ada laman blog sendiri dan menulisnya maka orang lain akan membaca dan memberikan komen. tetapi, malang kerana sdr masih kurang keberanian untuk berbuat demikian.

Pada saya, bagi orang politik - isu apa pun akan digunakan sebagai senjata- hatta jika tahi @ najis sekalipun ianya akan digunakan. Kerana itu adanya buku berjudul 'Shit'. Saya tidak hairan kerana ini dinamakan politik. Ianya adalah suatu permainan bagi mereka yang mengetahui. Bagi mereka yang jadi pengikut mungkin tidak memahaminya dan merasakan bodoh dan serta diperbodohkan. Begitulah kegidupan yang penuh cabaran dan tipu daya.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Saya membaca keseluruhan komen sdr tanpa prejudis. Dan ingin yang menyatakan bahawa kebanyakannya benar belaka. Salam.

bumiyang said...

Sdr kifli,
baca posting saya bumiyang
http://bumiyang.blogspot.com
BY

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...