Suara Anak Pahang - Perlu Baca
11 July, 2009
DSN 100 HARI PM
Langsung dari PWTC 9.51PM 11hb.Julai,2009
Hari ini genaplah 100 hari pentadbiran DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
DS Najib ketika berucap dalam program Wacana 1 Malaysia di PWTC telah mendapat tepukan gemuruh dan sokongan dari hadirin. Nyata bahawa sokongan terhadap DS Najib semakin bertambah dan diyakini rakyat.
DS Najib hadir ditemani Datin Seri Rosmah. Turut Hadir DS Hishamuddin dan MB Perak yang masih sah YAB. Dr. Zambri
Antara intipati ucapan/ceramah dan pernyataan beliau dalam sessi soal-jawab adalah:
- Jaminan meneruskan perjuangan agenda Melayu dgn pendekatan yg berbeza
- Isu PPSMI: mahukan pencapaian dan penguasaan bahassa Inggeris dan dalam waktu yang sama memertabatkan bahasa Melayu
- Konsep Satu Malaysia bukanlah Malaysian Malaysia sepertimana yg diperjuangkan oleh DAP.
- Akan meneruskan reformasi dalam UMNO dan Kerajaan.
- Akan mengikis penyakit dalam UMNO bagi memperkuatkan semula UMNO - kesombongan pemimpin, korupsi, tidak prihatin dan tak mesra rakyat, kronism dan berbagai sikap buruk yang masih diwarisi dalam UMNO sdelama ini.
- Harap orang Melayu akan mengamalkan budaya dan nilaian ketepatan dalam segala hal.
- Memastikan kemudahan pinjaman bumiputera kepada syarikat yang berpotensi tanpa mengira kroni.
- Menafikan sekeras-kerasnya fitnah tentang penglibatan dengan kes pembunuhan Altantuya dengan lafaz sumpah beliau bahawa segalanya adalah fitnah orang tertentu yang hanya berniat menjatuhkan beliau dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Dalam kesempatan tersebut, DS Najib telah mengumumkan beberapa perkara penting sebagai asas dasar perlaksanaan semasa pentadbiran kerajaan;
1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.
2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.
3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang
5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.
6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.
7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini
8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.
9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.
10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.
11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.
Lapuran lanjut akan menyusur nanti ~ bRAVEhEART
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
1 comment:
Rakyat Malaysia semestinya bersyukur dengan apa yang telah diusahakan oleh kerajaan..bukannya mengutuk kerajaan gagal mentadbir Negara..Seharusnya Orang Melayu juga bangkit memperjuangkan hak Orang Melayu itu sendiri bukannya bertelagah merebut jawatan dan kuasa..Orang Melayu harus bangkit dan jangan terus dibuai mimpi lagi..Berjuang demi agama, bangsa dan Negara..
Post a Comment