10 July, 2009

TUN MAHATHIR SAMBUT HARI LAHIR KE-84 DI PWTC

Tun masih lagi mendapat tempat dihati semua dan mendapat penghargaan tinggi dari peserta yang hadir



Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri menyambut harilahir nya yang ke-84 dengan memotong kek harilahir di saksikan lebih 1,200 peserta program Wacana Kedudukan Institusi Beraja & Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Dari Perspektif 1 Malaysia di PWTC pagi ini.

Program yang dianjurkan oleh Gempita (Gerak Gempur Pemikir Tanahair) dengan kerjasama UMNO itu bertujuan: Memberi kefahaman terhadap kedudukan serta hak istimewa orang Melayu dari perspektif Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia, Kedaulatan dan peranan Raja-Raja dalam melindungi orang-orang Melayu di Malaysia dan Memperkasa dan menangani persoalan dan isu-isu masa kini terhadap kesasihan kedudukan Melayu dan Raja-Rajany dari persepektif 1 Malaysia.


bRAVEhEART dan dan bagi pihak seluruh blogger Pahang mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Lahir Tun Dr. Mahathir semuga panjang umur



Perjuangan Belum Selesai

sesungguhnya tidak ada
yang lebih menyayat hati
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
airmata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipsersenda dan dilupakan

bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan
biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntut kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia
dan menidakkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta din negaranya sendiri

bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan
kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejarah zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

tugas kita belum selesai rupanya
bagi memertabatkan dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
hari ini, jalan ini pasti berliku
kerana masa depan belum menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsa yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathit Mohamad.

1 comment:

pria malaya said...

10 Julai: Selamat Hari lahir Tun..semoga panjang umur - al-marhum Fadhil Nor..

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/selamat-hari-lahir-tunsemoga-panjang.html

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...