26 September, 2009

MOHON SEMBAH DERHAKA: MEMILIH KERAJAAN LAIN?





Ya! Benar prestasi kerajaan BN semakin merosot. Mungkin kerana telah lama memerintah (lebih 50 tahun) membuatkan mereka merasakan bahawa mereka boleh lakukan apa saja terhadap rakyat jelata yang memilih mereka, atau kerana kehadiran pemimpin-pemimpin baru yang tidak pernah menghayati perjuangan parti sejak awal membuatkan mereka tidak memahami kehendak parti dan akar-umbi, boleh jadi juga kerana adanya pemimpin-pemimpin muda yang menyertai parti hanya dengan harapan untuk berkuasa dan mendapatkan segala kesempatan yang ada untuk diri sendiri - akhirnya rakyat bosan dan menolak UMNO dengan memilih parti lain sebagai alternatif.

Apakah yang sebenarnya rakyat mahu? Sebuah kerajaan yang baru selain UMNO/BN? Jika ya, ini masih kelihat susah untuk dilakukan kerana dinegeri-negeri dan bahagian parlimen tertentu, UMNO/BN masih kelihatan kuat dan berkuasa. Lalu kita patut berfikir semula, siapakah yang harus kita buang? Kerajaan yang memerintah atau cukup sekadar pemimpin yang memerintah dalam kerajaan itu?

Mengnyahkan pemimpin yang memerintah dalam kerajaan itu nampak lebih mudah dari membuang keseluruhan kerajaan yang memerintah kerana ianya hanya melibatkan beberapa individu-individu tertentu sahaja. Jadi kenapa tidak kita lakukan ini jika hasrat kita sebenarnya hanya untuk memperjuangkan hak rakyat?

Apakah dengan menukarkan keseluruhan kerajaan kelak rakyat akan mendapat manafaat dan menjadi lebih baik dari sekarang ini? Tidakkah individu-individu dalam kerajaan itu kelak akan berbuat sepertimana yang dilakukan oleh mereka didalam kerajaan sekarang ini kerana mereka juga manusia biasa. Harap-harap kita tidak akan lupa kepada kata pepatah; Lari dari mulut harimau, masuk kedalam mulut buaya (yg mungkin lebih ganas lagi)Kita bimbang negara akan jadi lebih huru-hara. Justru, buanglah ranting dan tunasnya tetapi kekalkan pokok yang sama, yang telah memberikan kita buah untuk dimakan selama ini.

4 comments:

ababina328 said...

Assalamualaikum Ya Sahabat,
Semalam saya tak tau nak kata apa, hari ini saya cakap sikit.

Menyentuh berkaitan keluhan saudara terhadap jati diri pendukung parti yang saudara sertai sejak sekian lama.

Bahawa sesungguhnya sebagai seorang yang berjuang tanpa mengharapkan balasan, memang akan kecewa apabila mendapati rakan2 yang kurang bersusah payah tetapi lebih banyak merebut "harta rampasan perang"

Masaalahnya apabila kita berjuang secara jujur dan tidak mengumpulkan harta, orang bukan memuji kita, tetapi mengeji kita.

Saya memberi Contoh, bekas exco negeri Pahang satu ketika dahulu, Hj Harun yang kini menetap dikampung Gintong Jerantut dan sanggup hidup sebagai orang kampung.

Ada orang yang pendek akal, bukan memuji dia, tetapi mengutuknya dengan mengatakan bodoh kerana tidak mengumpulkan harta semasa berkuasa dahulu.

Memang perangai manusia ni macam-macam, walau macammana pun yang penting kita berkhidmat kerana Allah, soal orang nak kutuk ke, nak puji ke
itu tidak penting.

Oleh itu saya puji saudara diatas kesedaran saudara untuk berjuang dilandasan yang betul..........

Soal samaada nak tukar kapal baru, atau membaiki kapal lama yang bocor yang pada pendapat saudara masih boleh diperbaiki..... tang ni saya susah nak cakap.........

anarasa said...

beranikan hati.

ZORRO.TEAM>2010 said...

ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????
RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....

Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!

Zorro.Team said...

Nak nasihat sikit,bro....tolong ubahkan font tulisan mu ke warna HITAM,supaya senang dibaca geng2 BLOGGER dan boleh menarik lebih ramai pengunjung...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...