01 September, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: FATWA PAS - MADAH BERHELAH

kalau fatwa pun boleh berubah demi kepentingan politik, bodohlah jika terus mengikut kumpulan yang terpesong ini




1. Ini mengenai sebuah parti politik yang katanya dipimpin oleh para ulamak dan Tuan-tuan Guru yang asalnya memperjuangkan agama Islam.

2. Pengikutnya akhirnya terkeliru dengan segala fatwa yang sering berubah-ubah dari masa kesemasa kerana bertujuan mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.

3. Bila UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC mereka kata haram kerana kafir harbi tetapi bila mereka lakukan yang serupa dengan DAP kenapa pula boleh? Hidup-hidup pengikutnya ditipu.

4. Pengikut diajak menentang kerajaan dan dijanjikan syurga, jika mati dalam menentang kerajaan katanya syahid, maka berbaringlah mereka-mereka itu seperti lembu dijalanan menentang Raja. Mungkin kehidupan seekor lembu lebih bermanafaat dari perjuangan menentang kerajaan Islam yang nyata sia-sia itu.

5. Berubahlah, bersatulah sesama bangsa dan agama demi masa depan anak-cucu kita. Jangan nanti ayam menang kampong tergadai - dalam PRK menang tetapi kuasa berpindah ketangan bangsa asing yang secara nyatanya menyekat syiar Islam.




Klik untuk baca fatwa-fatwa PAS yang sering berubah dan diubah bagi kepentingan golongan mereka

Baca juga ini dari blog PUAKUMBU


Sebuah Poster diberikan Percuma (dibawah ini) untuk para pembaca budiman

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Tetapi, mengapa orang Melayu masih berduyun-duyun menjadi buta, pekak dan bodoh dengan syaitan berupa manusia ini......

one one no belen said...

Salam.. nice article.Sebenarnya dua dua pemimpin parti sama ada UMNO atau pas sama sama bangsat, Pemimpin UMNO pun terlalu ramai yg tak berguna. berpolitik hanya utk kepentingan peribadi mereka sahaja.Malah ada pemimpin UMNO yg merogol budak bawah umur., namun budak itu yg di persalahkan..Islamkah UMNO?

ISAC said...

Salam,

Menyegar, Sebab tu jangan terlalu taksub kepada pemimpin dan bertaklik melulu tanpa ilmu.

Orang politik ni ibarat sekumpulan burung hereng, pilih lah yang terbaik dari kalangannya ataupu dari sekumpulan "penyamun". :)

Masing2 ada jahat dia...carilah siapa yang banyak "baik dia"...

Keadaan politik semasa membiktikan kata2 saya ini....

Bab rogol budak bawah umur, asal bawah umur memang kita akan dikira rogol, walaupun dia yang menggoda kita...Ada akai kena guna....Lelaki adalah pelindung wanita apa lagi kanak2....

Yang nak menangkap pemimpin tu dulu pu DSAI, kononnya nak membantu....Tapi pun ada agenda politik nya....Sama2 penyamun...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...