Bernama melaporkan hari ini begini;
TEMERLOH, 17 Jun (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis melepas dan membebaskan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, daripada tuduhan rasuah.
Hakim Azuar Che Yusof membuat keputusan itu setelah Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan keterangan lanjut selepas saksi-saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.
Terdahulu, Abdul Razak berhujah pihak pendakwaan sentiasa berharap saksi-saksi bercakap benar bagi menegakkan keadilan.
"Tanpa keterangan yang boleh dipercayai, usaha untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan tidak akan berjaya," katanya.
Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Halimi kemudian memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepas dan membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.
Katanya, pihak pendakwaan juga telahpun diberi peluang memanggil 18 saksi sepanjang perbicaraan itu yang sudah memakan masa lama.
Mahkamah kemudian menerima hujah itu. Selanjutnya baca disini
Komen House PK diblognya pula begini;
Blog ini pernah menyiarkan kisah Norza tidak berapa lama dulu, klik sini dan sini
Ini bermakna Norza telah dianiaya? Adakah benar-benar dia tidak bersalah? Betullah KJ and the gang yang telah kenakan dia dulu, kalau betul dia bersalah takkan la SPRM lepaskan dia, betul tak? Tetapi Bro Rocky ada pandangan dia yang tersendiri, sila klik sini
Apa pendapat korang ya pasal isu ini, yang aku tau, hari ini KJ pasti akan bersedih kerana mangsa yang cuba dikenakan oleh dia telah lepas bebas, persoalannya sekarang, bilamana Norza dah lepas bebas, adakah UMNO akan menerima dia kembali?
BH nk beri komen begini:
1. Memang UMNO dah berubah...keh keh keh
2. Bukan salah Mahkamah tidak dapat menjatuhkan hukuman dengan adil tetapi kerana SPRM gagal mengemukakan saksi, bukan juga salah SPRM gagal kemukakan saksi, tetapi kerana saksi enggan beri keterangan, bukan salah saksi kerana gagal memberi keterangan tetapi kerana rasuah ini sudah jadi darah dan daging UMNO yang membusuk hingga ke usus.
3 Bukan ini saja contoh UMNO telah berubah, banyak lagi...kita akan singkap khususnya mengenai Pahang bila waktunya tiba kelak.
4.Kes ini ibarat UMNO menutupi najisnya yang berciciran ditengah jalan dengan sehelai daun, mungkin najis dapat dilindungi dari penglihatan tetap baunya tetap tidak dapat dihilangkan.
2 comments:
Pendakwaraya kata saksi belot. Dia minta hakim gunakan budi bicara untuk membebaskan mereka.
agbr47: Apa pulak kata pembangkang tentang kewibawaan Pendawaraya?
ada beberapa orang perwakilan dari Jerantut mendakwa mereka menerima 'saguhati' dari Norza tapi tak kan nak mengaku dimahkamah pulak, duit haram dan bu*** haram ni memang sama sedap
Post a Comment