12 June, 2010

MELAYU MESTI BERSATU DALAM PERKASA

Jika dulu Melayu boleh bersatu menentang Malayan Union kenapa sekarang tidak? Jika kita tidak terlalu taksub dengan parti politik dan pemimpin segalanya pasti boleh.


Melayu mesti bersatu dalam Perkasa bagi memperkasakan bangsa. Sebagaimana kuatnya kaum Cina yang bersatu didalam berbagai-bagai pertubuhan dan persatuan maka Melayu juga harus bersikap dan melakukan sedemikian.

Demi kepentingan dan perpaduan bangsa, orang-orang Melayu harus melihat Perkasa sebagai satu pertubuhan yang menyatukan bangsa dan pribumi dan bukannya pertubuhan yang ada kaitan dengan parti politik.

Sikap orang-orang Melayu didalam Pas menolak Perkasa adalah sangat merugikan bangsa dan mereka sendiri. Kita sangat sedar bahawa parti politik tidak akan dapat menyatupadukan bangsa sampai bila sekalipun kerana Melayu Pas tidak akan sertai UMNO dan begitulah sebaliknya. Jika dalam Perkasa juga kita tidak mampu bersatu, maka memang nyatalah bangsa Melayu bukan bangsa yang suka kepada perpaduan. Perbuatan ini akan tambah merugikan bangsa kerana bangsa akan semakin lemah sedangkan bangsa lain menjadi semakin kuat.

Ketika Perkasa berusaha menyatupadukan bangsa Melayu, bangsa asing menuduh Perkasa rasis namun dalam masa sama mereka bersatu dengan akrab dalam pertubuhan-pertubuhan mereka yang secara jelasnya bersikap rasis. Kita tidak sedar bahawa mereka menghancurkan kita apabila kita ingin bersatu sedangkan mereka semakin kuat bersatu.

Banyak perkara yang telah Perkasa lakukan dalam terang atau gelap untuk kepentingan bangsa Melayu. Sila klik disini untuk membaca Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Model Baru Ekonomi yang telah diistiharkan pada 29hb. Mei,2010 lalu.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...