16 June, 2010

BILA BLOGGER MENIKAM EKOR SENDIRI




Saya sudah terlalu kecewa. Masa yang diberikan sudah terlalu panjang tetapi masih belum ada jalan keluar.

Kita sedar bahawa peranan media sosial sangat penting dan memberikan impak yang besar dalam maysarakat masa kini. PRU12 lalu BN telah hampir tertiarap diasak ke dinding oleh pembangkang dengan bantuan blogger mereka. Tun Abdullah juga terpaksa akur untuk melepaskan jawatannya atas desakan berterusan para blogger.

Seharusnya semua pihak terutama UMNO negeri-negeri dan bahagian memperkuat jentera penerangan mereka dengan: 1) Membina blog-blog penerangan UMNO bagi menyampaikan segala maklumat mengenai aktiviti-aktiviti UMNO semasa supaya rakyat sedar bahawa UMNO sedang dan akan lekukan sesuatu untuk berubah dan memberikan kebaikan kepada rakyat, 2) UMNO negeri dan bahagian seharusnya berusaha menghimpun segala blogger-blogger pro kerajaan dan sentiasa berkerjasama dengan mereka dalam memberikan maklumat tentang apa yang kerajaan lakukan dan kearah mana kerajaan hendak mereka menjurus.

Benar bahawa di Pahang kita sudah ada blog Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, tapi mampukan perjuangan ini dilakukan sendirian? Berapa ramaikan pembaca yang mampu ditarik untuk membaca blog tersebut? Sampaikan masej yang UMNO negeri hendak sampai kepada pembaca?

Jika UMB lebih waras, sudah tentu golongan blogger pahang generasi pertama dulu dijemput sama dalam setiap program yang diadakan dan membentuk satu pasukan yang lebih mantap, jangan kita sempitkan fikiran kita hanya semata-mata untuk membesarkan hati sendiri.

Saya sudah jauh kehadapan dan susah untuk saya berpatah balik.

Bagaimanapun sila baca dibawah ini apa yang blogger lain kata mengenai pemimpin dan UMNO yang masih besar hati dan diri serta enggan berubah. Tapi, bukan hanya dia dan saya serta GAP saja yang lakukan begini, masih banyak lagi yang lain dengan nada serupa....salahkah kami? atau salah kami kah?




Satu Hala sendiri pun tidak salahkan mereka kerana memang ada segelintir mangkuk ayun terutama dalam UMNO yang tak faham-faham isyarat pilihan raya umum ke -12 lalu iaitu rakyat sudah celik dan faham bahawa kerajaan boleh diubah jika para pemimpin kerajaan tidak berubah.

Jenuh sudah para bloggers menegur tetapi tak faham-faham jugak.

Masih ada yang kerja lesu dan menjadikan UMNO itu platform untuk kaut kekayaan semata-mata dan bukannya perjuangan untuk rakyat atau masyarakat Melayu.

Penulis lihat secara khususnya marah blogers pro UMNO buat masa ini banyak tertumpu kepada UMNO Selangor tetapi ia juga mencerminkan sikap marah mereka kepada pemimpin UMNO secara umum juga.

Ada bijak pandai yang pernah berkata, kalau berlaku kemalangan, jangan salahkan kereta yang terbabit tetapi salahkan pemandunya.

Kereta adalah benda tidak bernyawa yang dikawal oleh pemandu yang berakal fikiran...

Kalau dilihat dalam konteks politik negara....kalau ada blogers pro UMNO yang marah...penulis harap mereka halakan marah mereka kepada beberapa pemimpin parti yang masih pekak badak dan tak faham bahasa sahaja.

Tetapi UMNO itu sendiri janganlah dipersalahkan.

UMNO itu kereta dan pemimpinya umpama pemandu.

Jadi salahkan pemandu dan bukan kereta.

UMNO itu ada sejarah dan jasa yang amat besar di negara ini. UMNO perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.

Kalau hendak ditegur, maka tegurlah segelintir pemimpinnya itu.

Jangan kerana marahkan sikap pemimpin yang tak mahu berubah, UMNO itu sendiri ditinggalkan....umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kita para bloggers yang pro UMNO perlu terus menulis untuk UMNO itu. Falsafah dan sejarah parti itu memerlukan peranan yang aktif dimainkan para bloggers untuk mempertahankanya di era teknologi maklumat ini.

Jika diluar sana tidak ramai yang faham, biarlah di alam siber ini kita berjuang secara suci dan ikhlas.

Dan yang penting, kita pertahankan juga UMNO untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang Perdana Menteri yang kita semua tahu berkerja siang dan malam demi kebaijikan rakyat.

Bagi pemimpin yang masih tidak faham bahasa, mereka perlu ditegur secara berterusan. Mereka tidak penting sebenarnya, tetapi imej UMNO yang mereka bawa itu yang amat perlu dipelihara.

5 comments:

mail lambong said...

perubahan boleh dilakukan dengan cara, masing-masing memainkan peranan sebagai rakyat malaysia yang cintakan keadilan dan memerangi sebarang jenayah..jom kita salurkan salahlaku sebarang jenayah kepada pihak yang berwajib..

Unknown said...

petama , saya sokong tindakan blogger yg mendedahkan kecurangan 'pemimpin' yg terbabit ,

kedua , setakat ini Umno adalah kata am yg dipakai blogger untuk menegur dan menyindir sesetengah pemimpin , selepas itu barulah mereka sebut nama pemimpin tersebut , kita faham dan mengerti pada siapa dan untuk apa ayat tersebut digunakan ,

pada pemimpin2 yang kerja betul , lurus dan bersungguh2 tdk perlu risau dan menggelabah , blogger tahu menilai mana batu mana permata ,

kalau tak mahu blogger dedahkan kecurangan , maka berkerjalah dengan sebaiknya ,
tetapi kalau merasakan diri kebal dan tebal tak lut oleh teguran demi teguran maka jangan salahkan blogger kerana menegur anda dengan cara blogger ,

cmk sudah mari..tadak lari juga said...

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahklah.....kehkehkehkehkehkehkehkehkehkeh

paktam said...

Saya sokong 100%. Nampaknya ramai bloggers yang berjuang tetapi tidak sabar untuk mendapat perubahan. Memandu 'kereta politik' perlu kepada pelbagai kepakaran dan kepakaran itu digunakan ikut persekitaran tertentu. Seterusnya mereka yang memandu diperhatikan supaya tidak tergelincir. Kalau boleh dalam menegur janganlah sampai kereta yang masuk parit. Tujukan betul-betul kepada pemandunya sahaja.

bRAVEhEART said...

salam rinadamku,
saya rasa blogger gunakan kata am UMNO kerana berhemah dan melakukan teguran secara sindiran kerana tidak mahu bersikap keterlaluan, tetapi mungkin akan datang jika masih tiada perubahan ianya akan berlaku secara lebih terusterang. Saya juga setuju bahawa mereka yg tidak terlibat jangan gusar dan resah gelisah. Yang baik tetap baik.
Terima kasih Pak Tam, baiknya kerana kita saling mengenali antara satu sama lain. Blogger juga manusia dan cuba juga melakukan secara paling berhemah.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...