Sebahagian dari wajah pemimpin UMNO yang sedang mendapatkan ilham
bagaimana atau dimana hendak dimulakan perjuangan nanti...kahkahkah...UMNO...
Cawangan, Bahagian, Negeri dan semuanya pun sama saja.
Blogger pro kerajaan yang selama ini berusaha pertahankan dan menepis segala tuduhan dari pihak lawan sudah berubah trend. Akhir-akhir ini kedengaran sudah makin banyak blog pro kerajaan UMNO/BN yang berbalik arah dan menghentam semula pemimpin-pemimpin kerajaan.
Pasti mereka ada sebab berbuat demikian. Soalnya apakah pemimpin UMNO masih tidak sedar dan tidak mendengar suara hati golongan blogger ini?
Terbaru sila baca posting Husin Lempoyang (klik sini) serta blog-blog lain didalam linknya.
Di Pahang, baca juga blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (klik disini) serta blog-blog lain didalam linknya.
Sebenarnya UMNO masih tidak berubah, tetap seperti dulu...bongkak dan sombong serta sentiasa merasakan bahawa mereka saja yang betul.
Blogger penentang kerajaan telah berjaya melemahkan kerajaan dalam PRU12 lalu. Golongan blogger juga berjaya memaksa Tun Abdullah untuk akur dan melepaskan jawaatannya. Apakah UMNO masih belum sedar bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini maklumat akan dapat disebarkan dengan cepat dan mudah.
Sila klik untuk baca sebagai rujukan;
9 comments:
menikam belakang tu .. maaf kata... kerja bacul... kalau nak buat 'cleansing' dalam UMNO... hentam depan-depan... bukan dalam blog.. sebab dalam blog hanya bagi kredit kat pembangkang... last-last... blogger ni semua buang la masa bertahun2 beribu2 jam menyokong umno dulu... melangut dalam negara yang diperintah pakatan rakyat... yang mana .. kalau masa tu dihabiskan dengan memuji Allah... dah rapat dah dengan pintu syurga..
setuju dengan tindakan blogger pro kerajaan menghentam pemimpin2 BN yang bermasalah ,
dalam islam punya 3 cara untuk menegur silap , perangai , kelakuan salah seseorang , iaitu dengan tangan , dengan lidah , dan dengan hati ,
Najib , Tun M , dan puluhan perwakilan dah kering air liur menegur kepincangan2 yg ada dalam Umno tapi tak berkesan , apa salahnya blogger pro kerajaan pula bertindak menegur segala perangai dan kepincangan2 pemimpin Umno , niat blogger adalah demi kebaikan parti , bangsa dan negara ,
tahniah blogger yg berani bertindak , teruskan usaha tuan2 ,
salam BH,
sememangnya semakin ramai yg dok mengutuk dari menyokong sekarang ni.Saya pecaya mereka mereka ini masih sayangkan BN cuma terasa hati disebabkan komen komen atau statement statement pak menteri yg tak berubah lagi meloyakan.
Pak menteri ni rasanya dok sibuk sgt sehingga lupa utk check blog yg ada,jadi segala komen dari blogger sekadar menyalak bukit je lah.fikir fikirkan lah
ALOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU......
PENYOKONG PARTI BEWAK MAGHAH BILA ABANG GURAU HABAQ DEPA KAPIAQ. ABANG SAJA HABAQ LAGUTU NAK SUH DEPA SEDAQ SIKIT SABIK SELAMA NI DEPA DOK SEDAP JE, TADAK SAPA NAK HABAQ KAT DEPA.
DEPA DAH GHASA TERLALU ISLAM SABIK SOLAT, POSA DAN NEIK HAJI. DEPA PON TADAK JUDI, SEKADAQ NENGOK PUAK2 CINA DAN KELING BERJUDI. MISJID PON DEPA PI, WALAU PON SEKALI SEMINGGU UNTUK SOLAT JUMAAT. PENGERUSI MASJID DEPA SAPU. LAST2
TABUNG MASJID PON NENTAH KE MANA.
SABIK TU DEPA DAH GHASA DEPA CUKUP ISLAM DAN KALU MAMPUIH MASUK SYURGA.
MEH NAK HABAQ..........
SEBELUM MERDEKA, RATUSAN TAUN DAH
KAPIAQ2 BRITISH DOK TREN ORANG MELAYU SUPAYA APABILA KAPIAQ2 BRITISH NI KELIK NEGAGHA DEPA ORANG2 MELAYU TIDAK BERPEGANG TEGUH NGAN AJARAN ISLAM. BRITISH SUKA ORANG MELAYU SOLAT. DEPA TAK MAGHAH PON MELAYU POSA DAN NEIK HAJI. TAPI...... SELEIN DARI TU DEPA AJAQ MELAYU( puak2 bewak la )
TOGOK AYAQ SETAN. DANCING DAN CAMPUG LAKI POMPUAN DIKIGHA MODEN,
PAKAI KETAYAP, TUTUP AURAT DILEBEL KOLOT, PESYEN LAMA.
BRITISH HANYA TAK SENTUH BILA MELAYU MAMPUIH SAJA. BILA MAMPUIH,
MELAYU PON INGAT LA NGAN SYARIAH ISLAM, LAGU MANA TAK URUS JANAZAH IKUT ISLAM.
SAMPAI KE LANI PUAK2 BEWAK NI IKUT ISLAM 100% BILA MAK BAPAK DEPA MAMPUIH. AWAT TAK IKUT ISLAM SEKERAT, IKUT KAPIAQ SEKERAT. TAK KA PUAK2 BEWAK GHASA MELIA KALU MAK BAPAK DIA MAMPUIH DEPA PAKAI BAJU KOT....YANG POMPUAN PAKAIKAN KEBAYA KAT MAYAT TU..... NAK PI KEMBUIH, BULIH BERARAK NGAN PALUAN KOMPANG RENTAK INANG. NAK PERKASAKAN MELAYU KENA LA BUAT LAGU TU. KAN KAN KAN KAN KAN .
INI TIDAK BILA MAMPUIH NAK IKUT ISLAM....SELAGI IDUP MISTI PERKASAKAN MELAYU. MAMPUIH AJAK LA OGHANG PAIH SOLAT JENAZAH SABIK ORANG2 YANG DOK CAKNAKAN UGAMA ADALAH PUAK2 PAS, TIME BAGI BASIKAL KA, BAJA KA, DEPA MANA BULIH, PEMBANGKANG.
he he he
gurau ngan puak2 bewak
Salam brader...
Apa yg sdra katakan mmg benar..tetapi kita tidak bolehlah letih wp pemimpin umno tak ambil peduli apa yg kita tulis , mereka tak ada masa nak baca..
teruskanlah perjuangan bukan utk pemimpin tetapi utk melayu..apapun semuanya adalah kehendak allah belaka akhirnya dan hakikatnya
sambil itu kita sama2lah berdoa agar myu ini sentiasa diselamatkan Allah...pemimpin yg curang kpd bangsanya itu pasti mendapat hukuman Allah
Salam semua, saya sependapat dengan semuanya selain dari IpohMalay yang mungkin masih tidak faham dan tidak kenal UMNO. Un tuk menegur UMNI dari depan bila kah masanya yang kita akan diberikan ruang? Tidak ada waktu dan ruang untuk kita kerasa sikap UMNO ini berbeza. Mereka sentiasa rasakan mereka betul. Bila kita menegur secara lembut mereka tidak peduli tetapi bila kita menegur secara kasar maka mereka akan marahkan kita kata kita tidak bertimbang rasa dan bertolak ansur. Mereka merasa mereka sentiasa benar kerana mereka memegang kuasa, mungkin juga bila kuasa kita berikan kepada pihak lain baru mereka akan sedar bahawa mereka sama juga seperti kita. Sikap UMNO hanyalah pertahankan dan perjuangkan diri mereka sendiri sahaja, dimana-mana pun sama.
pada blogger yg berkenaan , teruskan usaha tuan2 , semoga dengan cara ini akan membangunkan mereka yang masih tidur lena ,
memang pemimpin2 Umno ni ada pelbagai perangai pelik , ada yg merasakan dirinya sentiasa betul , ada yg rendah diri , ada yng hidung tak mancung pipi tersorong2
ada yang jenis tak tahu malu , ada pula yg malu tidak bertempat ,
ada yg jujur , ada yg jenis ular sawa , ada jenis sesumpah dan ada jenis pokok menumpang ,
saya yakin blogger tidak akan pukul rata , blogger tahu mana dan siapa yang patut kena dan tak patut kena ,
pembersihan ini hanyalah bertujuan menyapu sampah sarap keliling halaman rumah yang tak berfaedah , yg berguna kita pungut dan jaga baik2 ,
minta diperbetulkan istilah 'menikam dari belakang ' ,
tindakan blogger itu bukan menikam tapi 'mendedahkan kepuraan ' beberapa pemimpin ,
mungkin lebih manis kalau perkataan itu dtukar jadi ' Blog Pro kerajaan mula bertindak '
salam,
setakat ini 7 komen diatas adalah dr blogger yg sayang melayu pro umno termasuk aku pro kerajaan bn,
tapi aku pun risau juga pada pru13 kelak, tapi...mai kita cuba fikir di luar kotak apa kata kita jadi pembangkang selepas pru13...cuba fikir fikirkan..bye
Post a Comment