21 June, 2010

HARAP UMNO TIDAK ANGGAP PENGUNDI MELAYU TIDAK BERPERASAAN




Entah apa kejadahnya, tetapi ini kelihatan jelas dan nyata bahawa pemimpin Melayu / UMNO memanjalan kaum Cina dan membiarkan bangsa Melayu.

Apakah pemimpin UMNO 'take for granted' pada keadaan orang-orang Melayu yang masih leka dana lena dengan sikap 'tak apalah!', 'biarlah!' dan 'nasib baik!'

Secara jujur saya katakan bahawa saya dilahirkan didalam keluarga UMNO dan menyertai UMNO sejak remaja lagi namun kini saya sudah tidak nampak apalagi yang harus saya hargai pada UMNO ini.

Pemimpin-pemimpin disemua peringkat bukan saja merebut kepentingan peribadi mereka saja bahkan tidak jelas usaha yang mereka lakukan untuk membela bangsa dan rakyat. Mereka hanya utamakan kepentingan peribadi dan kroni.

Dalam hati saya sudah penuh dengan ketidak puasan hati tentang banyak perkara dari sehalus-halusnya hingga ke sebesar-besarnya. Yang pasti adalah pemimpin UMNO tidak pernah mendengar suara akar umbi, suara rakyat.

Saya sedar bahawa saya tidak juga percaya dan menyokong pembangkang namun kenapa tidak saya mengundi mereka sebagai protes kepada kepekakan pemimpin kita semua ini?

Baca suara hati Papa Gomo blogger dari WP yang menganjurkan 'Melayu Undi Protes UMNO PRU13 nanti' klik sini. Kenapa tidak jika ini akan menyedarkan pempmpin-pemimpin Melayu yang tidak berjuang dan menyayangi bangsanya sendiri.

Di Pahang beberapa Parlimen dan DUN juga dijangka akan terlepas kepada pembangkang kerana Melayu protes kepada kerajaan negeri serta kelemahan jentera kerja UMNO yang sentiasa bercakaran sesama sendiri kerana merebut kekuasaan.

Saya cadangkan kempen mengundi pemimpin UMNO berdasarkan kepada prestasi mereka saja, mana-mana pemimpin yang hanya merompak harta rakyat kita singkirkan dan gantikan walaupun terpaksa mengundi pembangkang. Supaya selepas ini pemimpin akan sedar bahawa kuasa dan mandat yang ada pada mereka adalah untuk membela rakyat.


2.
Kalau senang-senang, boleh juga dengarkan lagu ni semuga akan timbul keinsafan dihati para pemimpin-pemimpin Melayu kita.


6 comments:

MymassaVoice said...

hati2 dgn kempen protes undi ini. ternyata ia lebih banyak merugikan daripada menguntungkan. lihat sahaja di selangor, tak suka calon tertentu undi protes, sampaikan budak cina yang tak tentu arah pun boleh menang kat kawasan melayu. akhirnya kita sendiri yang rugi. pembangkang yang semakin kuat semakin meluaskan pengaruh di kalangan rakyat dengan dana dan hasil negeri yang dimenangi. selepas itu, letaklah wali sekali pun sebagai calon umno, jangan harap nak dapat balik. jangan sempitkan pemikiran kita dgn undi protes shj. byk lg cara lain yang lebih hikmah utk memastikan umno hanya diwakili oleh calon2 yang terbaik!

||Aku Pemikir|| said...

salam bro,

apabila Nazri mengatakan bahawa biasiswa akan dikurangkan secara berperingkat, itu salah salah satu lagi benda hak melayu dinafikan..

kerana yang bayak mendapat biasiswa adalah orang melayu...

sgt sedih melihat hal ini

one one no belen said...

Salam.Marilah kira beramai ramai mengundi pembangkang sebagai tanda kita memprotes pemimpin UMNO yang bangsat

melayu said...

Salam Bro...

Ko punya blog ni siap dengan back ground muzik.. macam mana nak tengok dan dengar video.. ada cara nak tutup muzik tu ke..

melayu islam berfikir said...

Salam Bro..

ada cara nak tutup back ground muzik tu ke.. tak leh dengar speech dalam video tu..

bRAVEhEART said...

Sdr Melayu & Melayu Islam Berfikir,Jika dapat mendengar musik maknanya komputer tuan bukan jenis yang pekak dan bisu, bagus. Cara nak tutup b/grnd musik senang saja. Pergi ke Playlist dan klik di butang pause (diatas sebelah kiri, dibawah tanda nota musik dan tulisan video) Harap lagu penghormatan kepada TDM tidak menganggu bahkan lebih menambah semangak juang kita bangsa Melayu. Selamat berjuang wahai Pehlawan2 di akhir zaman.
Sdr Aku Pemikir, Nazri....whooff!
Sdr Mymassa voice, semuga itu tidak terjadi dan semuga pemimpin kita cepat sedar dan cepat berubah.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...