http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=504439
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang negara pada paras yang terkawal serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar hutang.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.
"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang. Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, Selasa.
Lim meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil bagi memastikan
Perdana Menteri berkata jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion pada tahun lepas berbanding RM236.18 bilion pada 2008 walaupun peratusannya meningkat sedikit.
Beliau berkata pengurangan itu disebabkan bayaran balik hutang bersih jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).
"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan. Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Dis 2009 dianggarkan pada tahap 7.0 peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.
Komen Isac;
http://bumiyang.blogspot.com/2010/06/malaysia-tidak-akan-bankrap-berita-baik.html
Kalau di tengokkan kepada sesetengah Menteri yang dipilih Dato' Sri Najib, mungkin sebilangan dari kita pun "layak" untuk menggantikan mereka...Tak tahulah KPI apa yang DSN pakai...
Sememangnya subsidi sehingga RM 76 billion setahun amat memeritkan buat negara, apapun sepatutnya kerajaan berusaha untuk mengurangkannya sedikit demi sedikit dan bukannya
Apapun keadaan ekonomi negara yang stabil pastinya akan menaikkan "selera" Pakatan Rakyaat untuk berusaha sedaya-upaya untuk "merampas" tampuk pemerintahaan negara dalam PRU 13 nanti..
2 comments:
Kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa negara kita tak akan muflis. Jagi jgn salahkan rakyat jika negara kita muflis. Ini adalah kerana pemimpin pemimpin UMNO yang kerajaan yang terlalu tamak haloba.
Orang yang paling suka hati bila Malaysia bangkrap ialah Anwar Ibrahim dan KJ.
Forced to stop proceeding to Gaza.
Post a Comment