Ini bukan hasil tangan saya, tetapi hasil krativiti seorang orang lain yang
mungkin sudah tidak dapat menahan bara dalam dadanya
Penubuhan Perkasa yang cuba menyatukan dan memperkasakan bangsa Melayu dalam satu persatuan non politik tidak mendapat sambutan dari kalangan penyokong Pas kerana menganggap Perkasa Pro UMNO.
Melayu tidak boleh bersatu didalam UMNO dan tidak juga didalam Pas. Bahkan tidak dalam Perkasa juga. Justru bagaimana untuk menyatukan bangsa Melayu ini?
Berfikir diluar kotak...katak yang dibawah tempurung juga harus berfikir diluar tempurung..mungkin parti ketiga perlu sebagai pilihan terbaik. Keadaan sekarang ini ramai kalangan muda yang sudah langsung tidak meminati UMNO kerana sikap pemimpin UMNO yang tidak prihatin dan tidak pedulikan mereka.
Memang pemimpin UMNO ni ego dan sombong..kebanyakannya. Mereka menyertai UMNO bukan lagi untuk berjuang bahkan merekalah yang mematahkan semangat perjuangan. Di Pahang pun sama juga, tidak ada bezanya. Mereka yang diharap menjaga dan memegang amanah rakyat namuhn mereka gagal melakukannya, kerana itulah banyak tanah kerajaan diceroboh dan diteroka secara haram. Yang tampil gagah sebagai wira bukannya pemimpin UMNO tetapi Karam Singh Walia.
Tanah diteroka dan balak dihutan dara diliwat didepan mata namun pemimpin masih membutakan mata dan hati mereka.
Dalam pertemuan dengan blogger 'cyber tropper Pahang' MB kata sedang atur strategi untuk tarik sokongan rakyat termasuklah adakan program dengan Mat Rempit. Hehehe, macam pernah dengar idea ni...macam idea KJ pulak rasanya. Baguslah kerana nanti kita akan lihat MB kita akan bersama-sama merempit dijalan-jalan raya serta kawasan-kawasan perumahan. Mungkin ini adalah idea terbaik yang paling brilliant untuk menarik hati mat rempit.
Bagaimana agaknya nak menarik hati mat gian pula? Mungkin lah terpaksa bersama kena sejarum dua sambil lepak-lepak bersama mat-mat gian ni nanti.
Mungkijn benar setengah pendapat, PRU13 pasti Pahang akan dapat keputusan yang mengejutkan. Kerasa sebilangan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan juga Pas akan memberi sokongan kepada PUNDAK (bukan Pundek) (Klik klip video diatas.)
UMB Pahang dan semua UMB seluruh Malaysia, harap dapat berkerja lebih keras lagi dalam menyebarkan maklumat dan propoganda. DS Najib dan memalu gendang perang meminta kamu semua turun kemedan perang bukannya memukul gendang bagi tarian joget Pahang dan mengajak kita menari joget lambat.
Kalau masih belum faham...tutup saja blog. Saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Parpu Kari dan Sam 'Marahku' kerana sudi datang ke Jengka Pusat semasa konvensyen UMNO Pahang dahulu untuk meredakan kehangatan suasana namun usaha itu tidak berjaya kerana ada pemimpin UMNO yang penakut untuk bertemu muka.
8 comments:
Aku pun tak tau la camne dgn org muda kita dan pemimpin muda kita.
Pemimpin muda nak jawatan sponser caw2 dgn jersi bola,makan2, duit poket kalau tak hulur kalah dah tentu kalu hulur menang belum tentu, bila menang takan nak jadi tukang sponser sepanjang penggal botak kepala bro.org muda lak asyik nak mintak sumbangan tak kira musim, nak gi main futsal je nak sumbangan belum lagi nak masuk pertandingan kalau tak bagi seteru politik dok gasak suruh mintak atau dikatakan kedekut fikir la bro takan sampai bola takraw pun kp nak sponser sentiasa..yg org muda dan pemimpin muda nampak aktiviti dan sukan je tentang soal bangsa agama dan tanah air jarang dah dengar.ni baru masalah kat cawangan je ni.aktiviti gotong royang org tua dan separuh jln org muda baru sampai, bila nak yg enjoy2 meriah bila tiba mesyuarat agung jenuh telipon nak cukupkan korum.senang macam pkr ahli tak yah ramai hanya kempen je lebih.kesimpulannya orang melayu yg dah banyak rosak sebab tu la yang naik jadi pemimpin pun dari kalangan yg rosak kalau ok pun lama2 jadi rosak.
Sdr Rafli,
Betul..betul..betul....setuju..setuju..setuju..semuanya betul belaka dan itulah hakikatnya bangsa kita
Salam dari Ireland bro,
Antara punca kejatuhan apabila pemimpin atasan sendiri atau little napoleon mereka yang memblok penyokong secara peribadi. UMNO bukan milik mereka, sepatut mereka rapatkan barisan dan ambil sesiapa saja yang hendak berkhidmat dalam kumpulan, bukan dgn meminggirkan org yg tak sebulu dgn mereka.Masaalah peribadi patut diketepikan buat masa sekarang
Salam Bro STB,
Balik cepat, kita ada kerja nak buat nanti. Blogger Pahang dah disatukan dan kita akan arahkan muncung snjataapi kita ke arah mana yang kita rasakan perlu...BN, UMNO,MB, UMBP...mana-manalah..
Salam.Ramai org melayu menolak UMNO sebenarnya bukanlah kerana UMNO itu sendiri.Namun mereka menolak UMNO kerana pemimpin pemimpin UMNO sekarang yang tidak memperjuangkan bangsa melayu lagi.mereka hanya berjuang untuk perut mereka sahaja.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.
Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.
Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.
Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.
Admin. UMPP,
Insyallah saya akan linkkan seberapa segera, anggaplah saya sabagai abang yg sayangkan adik-adiknya
kalau dulu aku tak tahu betapa teruknya sakit UMNO... tapi sekarang tak payah susah2 nak cari bahan sebab puak2 UMNO sedang merintih2 hiba dan masih ber"Jenin" mengingati kerusi empuk yang sudah carik!... kesian kat Pengoblog2 yang beria-ria datang ke Jengka Pusat... dulu tak ada sapa sudi nak datang kat situ, sekarang merangkak pun sanggup sebab situ ramai peneroka Felda yg kononnya boleh dibeli?... (minta maaf, kami sokong Ustaz Tuan!)
Post a Comment