Kita hendakkan pemimpin yang perjuangkan dan pertahankan hak dan maruah bangsa kita dengan tegas dan berani bukan penakut dan yang berpura-pura. Pemimpin yang membuat keputusan yang mungkin 'menakutkan' kita tetapi masih menyakinkan kita. Pemimpin yang membuat kita rasa rela dan pasrah menyerahkan segala takdir yang telah Allah tentukan kepadanya. Pemimpin yang membuatkan kita merasa bangga bahawa kita adalah bangsa melayu dan anak bumi Malaysia yang tercinta ini.
Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin sepanjang zaman. Pemimpin yang disegani dan dihormati kawan dan lawan. Pemimpin yang menakhoda zaman selepasnya harus berani menyerap segala semangat dan roh perjuangannya bukan sebagai legasi tetapi itulah landasan yang telah ditetapkan dan ditakdirkan.
Siapa Mahathir? Di Mana Malaysia? Melayu? Tidak akan ditemui jawapan untuk semua soalan ini bagi dunia selain dari Tun Dr. Mahathir...
Baca:
1 comment:
Pemimpin sejati macam Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti bekerja sekalipun sudah tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Inilah yang dilakukannya dalam mengumpulkan dana melalui PGPO untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas pengganas Yahudi.
Lies by the Israeli terrorists.
Post a Comment