Mungkin benar pendapat ramai kata Nik Aziz patut undur, dah lama sangat dah, dulu dia kata Tun Mahathir yang lama sangat, sekarang dia pula, hehehe! Dia dah lupa, dah nyanyuk dia ni!
Keputusan PRK di DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang telah menyaksikan kemenangan kepada parti UMNO BN. Ini adalah kemenangan berganda yang sangat membanggakan BN dan seluruh rakyat Malaysia kerana telah mencatat majoriti yang besar berbanding sebelum ini.
Perhatikan keputusan penuh PRK dikedua-dua DUN Berkenaan:
N27, DUN Merlimau, Melaka:
BN - 5962
Pas - 2319
Majoriti - 3643
Undi Rosak - 18
N28, DUN Kerdau, Pahang
BN - 5060
Pas - 2316
Majoriti - 2724
Undi Rosak - 90
Memang akhir-akhir ini sokongan rakyat kepada UMNO BN sudah kembali meningkat. BN bukan saja berjaya memenangi PRK-PRK yang diadakan akhir-akhir ini bahkan apa yang jelas kemenangan itu adalah menifestasi kejayaan kerajaan BN memenangi hati rakyat.
Manakala Pas pula seakan meneruskan tradisi kekalahannya pada setiap PRK bermula dari Bagan Pinang ke Galas, kemudian ke Tenang dan akhirinya kekalahan berganda yang akan terus membenanamkan Pas dalam politik negara di Merlimau dan Kerdau.
Nyata bahawa pas semakin dipinggirkan oleh orang-orang Melayu. Mungkin Pas mampu menarik undi kaum Cina walaupun mereka bukannya ikhlas mengundi Pas melainkan hanya untuk memecahkan undi Melayu semata-mata, tetapi pengundi Melayu sudah menolak Pas.
Pas harus mencari jawapannya dan alasannya secepat mungkin sebelum PRU ini. Bagi mereka yang berada diluar Pas melihat beberapa masalah utama yang menyebabkan Pas dipinggirkan khususnya oleh pengundi muda. Antaranya adalah; Orang Melayu melihat bahawa pas telah mengadaikan prinsipnya yang membela Islam selama ini dengan bersekongkol dengan DAP. Malahan Pas dilihat sebagai menjadi kuda tunganggan DAP dan tidak berkuasa menentukan arahtuju parti. Ini berbeza sekali dengan UMNO yang menerajui BN selama ini.
Selain itu, Nik Aziz dan fatwa-fatwanya juga membuatkan pengundi muda melihat dan menyifatkannya sebagai Pak Lawak dan bukan Tok Guru yang patut dihormati. Tentu tidak salah jika ada sebahagian blogger yang merujuk Nik Aziz sebagai 'Tok Garu' bukannya Tok Guru. Nik Aziz juga perlu menghentikan dari membuat sebarang kenyataannya yang sering menimbulkan kontroversi dan membuatkan pengundi muda membencinya.
Demi survival politik Pas, Pas sudah tidak ada banyak pilihan selain dari men'sara'kan Nik Aziz dari politik Pas dengan memilih pemimpin lain yang lebih diterima oleh generasi muda. Namun ini belum tentu akan mampu menyerap 'gelombang merah'UMNO yang semakin hari semakin memenangi hati rakyat.
Namun adalah lebih baik bagi Pas untuk mengambil kesempatan ini dengan melihat kedalam diri sendiri. Jika Pas sanggup hadir dengan slogan 'Pas ganti UMNO' kenapa tidak, demi kepentingan bangsa Melayu Pas menyatukan diri dengan UMNO. Jika hala tuju Pas dan UMNO sudah sama kenapa perlu mengatur langkah yang tidak sederap? Rapatkanlah saf dan bersatulah melayu, tentu Pas akan lebih dihormati ~ 'Pas sertai UMNO' !!
1 comment:
Salam Bro.
Rumusan anda menepati keinginan dan kehendak mejoriti masyarakat Melayu Islam negara ini.
Ketepikan kepentingan peribadi dan politik jika ISLAM itu pegangan. Buktikan prinsip bahawa muslim itu bersaudara.
Takrifan dan kepercayaan bahawa hanya jemaah aku ini sahaja yang Islam Betul, yang lain semua salah perlu disemak semula.
Bergabung dengan musuh Melayu Islam yang NYATA semata-mata hanya membuahkan kehancuran dan kebinasaan buat agama, bangsa dan negara yang kita sayangi ini.
PAS perlu realistik dan rasional serta jangan dilihat KEMARUK politik. Lebih politik daripada dakwah. Pakai label atau jenama ISlam tetapi perlakuan buruk dan mengaibkan.
Ungkapan dan ingatan orang tua-tua kita menyatakan, janganlah 'Menang sorak, kampung tergadai'!
Post a Comment