09 March, 2011

UMB vs. BLOGGERS


Kita bagi panjang tu macamana boleh tinggal panjang ni, a-hah a-hah!
(Gelak stail Dato' Ahmad Maslan)


Saya juga turut menyentuh mengenai isu ini semalam (klik sini), namun cepat-cepat meninggalkannya kerana cuba menghindari dengan harapan isu ini tidak akan berpanjangan. Namun ianya tidak berakhir begitu saja. Secara ikhlasnya saya percaya bahawa isu ini adalah sesuatu yang sudah terpendam sekian lama dan ibarat retak yang hanya menanti belah.

Saya bersimpati dengan Tun Faisal yang dihentam dari kiri-kanan, namun saya juga percaya bahawa jikalau tak tumbuh tak melata. Pasti ada kebenaranya apa yang dibangkitkan oleh sahabat blogger. Malahan yang bersuara itu bukannya dari sebarangan blogger, mereka dari kalangan generasi pertama dulu.

Saya tidak ingin meyerang Tun secara peribadi, tetapi dari apa yang saya lihat, UMB lebih baik dibubarkan kerana sudah tidak berupaya memberikan peranan yang seharusnya. Seingat saya dalam sepanjang PRK yang diadakan, UMB dibantu oleh bloggers persendirian pro UMNO BN. Bolehlah saya ibaratkan bahawa UMB ini adalah sebuah 'pasukan tentera' tanpa 'askar'.

Saya berpendapat Dato' Ahmad Maslan boleh campur tangan bagi menenangkan ketegangan yang berlaku ini kerana beliau memang akrab dengan para blogger dan dihormati mereka. Jangan menunggu sehingga terlalu lama kerana dibimbangi yang retak akan pecah dan reput akan terus patah. Saya percaya bahawa sahabat-sahabat blogger bersedia mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan perselisihan yang berlaku ini. Kita telah memilih menuju arah yang sama dan satu perjuangan.

Saya juga percaya bahawa kekecohan ini hanyalah satu isyarat kepada pihak tertentu supaya memberikan perhatian serius kepada para blogger pro UMNO BN. Mungkin kita masih mampu untuk mengurai kekusutan benang.......


Rujuk di blog:


2 comments:

A-I-B said...

Nasib ngko ler!... Sape suruh nak sangat jadi pencacai UMNO. Kah!...3X (gelak sambil terguling)

Anonymous said...

Masih ramai pemimpin pemimpin UMNO yang bengap huhu. tak berubah juga nampaknya

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...