Shhhhh! BN bagus! Undilah calon BN!
Memang khabarnya ada sedikit 'perbincangan' antara tokoh penting Pas Pahang dengan seseorang bagi memastikan calon UMNO BN terus menjadi wakil rakyat di DUN kerdau. Kerana itulah Tuan Ibrahim tidak menerima pencalonan bagi memudahkan laluan Syed Ibrahim.
Bapa saudara calon yang juga ADUN Kuala Semantan menyokong calon UMNO BN bukan lagi secara rahsia malahan secara terang-terang. Semua itu adalah atas hubungan persaudaraan mereka. Ramai penyokong Pas yang ada hubungan kekeluargaan dengan Syed Ibrar turut menyokong dan akan mengundi beliau.
Strategi apakah yang Pas telah lakukan di PRK DUN Kerdau ini? Yang nyatanya adalah Pas menutup ruangan untuk PKR dari bertanding dan menjadikan calonnya sendiri sebagai korban. Beberapa pondok dan bilik gerakan Pas telah ditutup, jika masih ada yang bukapun mereka hanya setakat melepaskan batuk ditangga - uhuk! uhuk! uhuk!
Pas kononnya berkempen bagi mengubah kerajaan yang dituduh tidak adil kepada rakyat. Mungkin ada penyokong Pas yang tidak tahu bahawa Tuan Ibrahim yang menuduh kerajaan zalim terhadap peneroka namun dalam masa sama mendapat faedah dari felda itu sendiri.
Tahukah penyokong Pas bahawa Tuan Ibrahim khabarnya ada memajak tanah felda dari peneroka dengan pajakan semurah lebihkurang RM30K dan mendapat keuntungan lumayan dari usaha itu? Gagal lagikah kerajaan dan pengurusan Felda selama ini? Masalah dengan Pas adalah mereka mencerca kerajaan tetapi dalam masa sama mereka mendapat faedah dari sebarang usaha kerajaan selama ini.
Kasihan Haji Suhaimi Said dikhianati. Kasihan juga calon Pas Hasanuddin Salim yang dikambing-hitamkan. Dalam politik semuanya mungkin.
2 comments:
Salam. Orang pas mmg macam kambing pun huhu.Samalah dengan pak sheikh kambing PKR tu huhu
Seorang guru tampil mempertahankan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa membeli tanah seorang peneroka Felda dengan menggunakan nama isterinya.
Pendidik itu - Ibrahim Osman - mengakui membeli tanah itu dengan meminjam duit pemimpin popular PAS itu, lapor Harakahdaily.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya.
"Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.
Sehubungan itu, beliau berkata dukacita kerana bantuan Tuan Ibrahim itu kini "bertukar menjadi satu fitnah".
Utusan Malaysia versi dalam talian hari ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah yang kesempitan dengan membeli tanah mereka.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang hadir sama dalam sidang media itu dilaporkan berkata tidak mempunyai apa kaitan dengan isu ini.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.
Post a Comment