Banyak pihak berpendapat bahawa kes Anu arr semakin membosankan. Dalam perbicaraan ada perbicaraan dan terbaru dalam kes liwat ada kes video lucah. Apa sebenarnya yang berlaku atau cuba dilakukan? Banyak juga pihak berpendapat bahawa ada agenda tertentu dan ianya seperti cuba mengalih isu. Ketika kita ternanti-nanti dengan desakan supaya Anu arr menyerah DNA nya akibat dari mahkamah menolak 3 bahan bukti yang ada kaitan dengan DNA Anu arr maka isu video ini pula timbul.
Apabila mahkamah menukar semula keputusan dengan menerima 3 bahan bukti yang mensabitkan Anu arr, kita terheret pula dengan isu video lucah lelaki berperut lebih boroi itu. Jika beginilah, bila kes ini akan selesai? yang pasti ini adalah diantara pihak yang perjuangkan kebenaran dengan pihak yang salah tetapi berusaha untuk membuktikan ianya tidak bersalah.
Sehubungan dengan kes video lucah ini, ada cadangan supaya satu suruhanjaya dibentuk sebagai menuruti aturan lalu. Namun kita tentu masih ingat dimana Datuk Nalla (Pembetulan - Datuk Lingam) sebagai tertuduh menyatakan bahawa dalam video yang dikaitkan dengan beliau itu, individu berkenaan nampak seperti beliau dan suara seperti beliau namun bukanlah beliau. Hakikatnya adalah bahawa dalam apa keadaan sekalipun mereka yang nyata bersalah itu tetap akan cuba menafikan bahawa mereka adalah pesalah.
Begitulah juga dengan kes Anu arr ini, apakah kita mengharapkan Anu arr akan dengan mudah mengaku bahawa beliau bersalah? Sudah tentu tidak! Kerana itulah kes ini semakin jadi rumit kerana ianya akan dikaitkan dengan apa saja bagi menjadikan perbicaraan ini semakin panjang. Sehingga kemungkinan tertuduh sendiri akan mati sebelum hukuman sempat dikenakan atau sehingga rakyat sudah bosan dan melupai isu sebenar.
Apapun dalam hal ini, saya rasa kita patut fokus kepada isu liwat Anu arr itu sendiri. Isu siapa dalam video yang ditayangkan itu tidak penting sama ada ianya Anu arr sendiri atau seseorang yang kelihatan seperti Anu arr tetapi lebih boroi, kelihatan seperti Anu arr, gagah perkasa seperti Anu arr hatta berkeinginan yang sama seperti keinginan Anu arr yakni depan dan belakang.
Kes Anu arr harus ditamatkan segera walau apa cara sekalipun dan pihak tertentu harus menghargai kemanusian diri sendiri dengan berkata sesuatu yang benar bukan lagi melindungi sesuatu kemungkaran. Kita percaya banyak pihak yang tau kebenarannya namun kerana mainan politik mereka sanggup berpura-pura.
Apakah kita percaya jika kita katakan bahawa orang-orang seperti Mat Sabu tidak tahu kebenarannya? Walhal suatu waktu dulu Mat Sabulah yang memberikan nama jolokan Al-Juburi kepada Anu arr? Apakah Karpal Singh tidak ketahui kebenarannya sedangkan ketika Anu arr masih dalam kerajaan beliaulah yang mendesak supaya Anu arr diambil tindakan kerana kununnya belia ada bukti salah laku Anu arr? Kenapa setelah Anu arr bersekongkol dengan mereka tiba-tiba Anu arr men jadi bersih dan mulia tanpa sebarang cacat cela?
Siapalah kita yang begitu mudah ditipu?
2 comments:
Bro...bukan Datuk Nalla tapi kes Datuk Lingam..correct,correct..please correct le bro your statement.
itulah anuar anugerah tuhan
jadikan negara ini haru biru
itu belum jadi PM lagi
kalau dia jadi PM huru hara
negara jadinya. lebih banyak
berpolitik bukan membangunkan negara. sejak dia jadi wakil rakyat apa yang telah disumbangkan kepada rakyat. masa jadi Menteri Kewangan lingkup ekonomi negara lepas tu spin salahkan orang lain. sebenarnya ada hikmah anugerah tuhan ini dialah dajal bertopeng manusia bagi membezakan orang beriman dan yang tidak beriman walaupun berserban besar.
Post a Comment