Gambar hiasan: Inikah pertemuan bloggers?
Banyak pihak akui bahawa bloggers adalah golongan yang unik. Perbuatan dan kehendaknya sukar diramal dan ditafsir. Keberanian mereka diluar batasan fikiran. Naluri mereka adalah alam misteri. Bayangkan bilamana mereka menolak pelawaan seorang Timbalan Menteri untuk bertemu gara-gara hati mereka disakiti disaat orang lain sudah tentu tidak dapat tidur malam apabila menerima pelawaan sedemikian kerana pucuk dicita ulam mendatang.
Pada 10hb, Mac 2011 kami bertemu tanpa agenda di Hotel de' Palma Wangsa Maju sambil mengelak dari pertembungan dengan seorang Timbalan Menteri. Seperti saya katakan, segalanya berlaku secara santai dan penuh mesra. Kami mencari titik persamaan bagi manusia yang bernama blogger. Kami menyelami kedalam diri dan mengenali diri sendiri.
Petang semalam sekali lagi saya cuba ulangi pertemuan manis itu. Untuk menguji apakah bloggers ini golongan besar kepala dan keras hati serta meningi diri? Bermula dari tengahari saya menelefon kawan-kawan menganjurkan satu lagi pertemuan secara 'ad-hoc' untuk melihat setakat mana kesediaan kita untuk turun secara tiba-tiba sebagai satu ujian andai nanti kami diperlukan begini, sepantas mana kami mampu menyiapkan diri untuk bersiap sedia.
Semalam Hotel de' Palma menyaksikan pertemuan kedua kami. Saya bagaikan tidak percaya bahawa inikah 'respon' yang diberikan oleh para blogger. Pertemuan semalam membuktikan satu nilai persahabatan yang nyata diantara kami para bloggers. Perjumpaan semalam menyaksikan pertemuan diantara blogger lama dan baru, besar dan kecil, bernama dan tidak, yang bermulut leser dan pendiam. Segalanya ada dan melengkapkan perjumpaan itu. Justeru jangan kata bloggers susah untuk diajak berbincang kerana ianya sungguh mudah jika kena dengan caranya.
Siapa yang hadir semalam? Pada saya cukup untuk membina kekuatan dan kesediaan dan keterbukaan mereka untuk mencari perdamaian lewat pertemuan. Garam manis, badut rakyat, malay delima, semut hitam, sri tri buana, yb raz, pantau, flying kick. Taiping mali, armand wira perkasa dan gomo juga hadir, juga beberapa nama yang saya tidak dapat ingati (maaf). Di hujung pertemuan hadir shamsul marahku dan big dog. Kehadiran mencapai jumlah 20 orang, yang sah dan bukannya penyamar sepertimana dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri itu.
Beberapa nama yang saya hubungi menyatakan keinginannya namun tidak dapat hadir kerana sesuatu alasan yang tidak dapat dielakkan; Penghuni gua, parpukari, jebat berkokok dan minaq jinggo. Saya percaya jika perjumpaan sebegini dianjurkan dengan lebih teratur, sudah pasti jumah yang lebih besar dapat dicatat. Bermaksud, bloggers bukanlah golongan yang besar kepala dan sukar untuk diajak berbincang, malahan saya merasakan dalam setiap perbualan dan perbincangan masing-masing merendah diri dan menghormati sesama sendiri.
Lalu saya tertanya-tanya, kenapa UMB gagal melakukan sedemikian? Kenapa Timbalan Menteri juga gagal melakukan perkara serupa sedangkan saya pasti golongan bloggers ini sangat berfikiran terbuka dan menerima apa saja yang berupa kebaikan untuk semua pihak kerana asas perjuangannya adalah demi agama, bangsa dan negara.
Kami mulakan perjumpaan semalam sejak 9 malam dan berakhir sehingga jam 1 lebih. Beberapa perkara telah kami persetujui.dan kami anggap ini sebagai resolusi dari pertemuan berkenaan. Namun buat masa ini segalanya harus kami sembunyikan dahulu. Kami juga bersetuju untuk lebih banyak bertindak dari bercakap yang tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa pun.
Kami bincangkan mengenai penubuhan persatuan secara resmi. Kami bincang juga mengenai UMB dan BPN. Kami sudah ada pendirian bersama dan kami akan bergerak untuk mencapai hasrat murni itu. Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi hadirkan diri. Nampaknya de' Palma akan sinonim dengan tempat pertemuan bloggers pro kerajaan. Mungkin kita akan bertemu lagi dalam waktu terdekat untuk memasuki fasa kedua perbincangan serius mengenai blogger. Buat masa ini segalanya adalah rahsia!
Kami tidak ada dana, tetapi kami ada keinginan, keberanian dan hasrat yang suci murni serta semangat yang tinggi dan ketabahan hati. Kami saling lengkap melengkapi. Terima kasih kepada pihak yang sudi menyumbang kepada kejayaan perjumpaan ini serta merealisasikan hasrat kami semua. Tentunya kami tidak akan lupakan.
Kami tidak ada dana, tetapi kami ada keinginan, keberanian dan hasrat yang suci murni serta semangat yang tinggi dan ketabahan hati. Kami saling lengkap melengkapi. Terima kasih kepada pihak yang sudi menyumbang kepada kejayaan perjumpaan ini serta merealisasikan hasrat kami semua. Tentunya kami tidak akan lupakan.
9 comments:
tahniah BH atas usaha ini Maaf tak dapat hadir. insyaAllah lain kali.
Bro..count me in..aku b;logger baru walaupun dah tua..aku sokong GAP dan korang...sebab aku percaya bloggers perlu telus..kita menulis bukan kerana nama,..
Salam Bro Braveheart.
Terlepas pandang perjumpaan smlm.Andaikata ada perjumpaan dimasa akn datang mohon dihubungi APA di 010-2737959.
Salam perjuangan.
syabas atas pertemuan sesama bloggers
saya sentiasa berikan support,
Pertemuan sebegini sepatutnya diperhebatkan lagi.
buat le perjumpaan blogger di negeri Melake pulak,blogger-blogger kecik di sini pun nak join jugek.
TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
TAHNIAH BLOGGER2 KAMI HARGAI JASA ANDA
Salam semua sahabat,
saya sungguh terharu atas tindakbalas positif kepada tulisan saya ini. Bloggers adalah manusia biasa namun pertemuan semalam mampu mengungkap makna bahawa kita bukan sengaja sesekala menegur sesiapa hatta pemimpin kita secara biadap tetapi mungkin itu akan lebih memberikan kesedaran kepada mereka yang terlibat. Kita sudah terlalu terbudaya dengan tuturkata manis dan puji-pujian sehingga kita lupa bahawa kadangkala pujian itu membuatkan kita lupa diri dan gagal melihat kebenaran. Bloggers adalah suara presure group yang sudah gagal dilaksanakan oleh UMNO dalam pemudanya seperti suatu ketika dulu. Suara yang mampu mengimbangi tindakan pemimpin kita dalam melaksanakan tanggungjawab berat mereka kepada agama, bangsa dan negara. Kita bloggers melakukan itu kerana itu adalah sebahagian dari tanggungjawab kita sebagai rakyat yang cintakan tanahair - wallahualam! ~ bh
bro saya juga blogger kecil, dan saya sangat setuju usaha ini diteruskan, andaikan panglima perang siber tidak ikut serta, persetan dengan BPN, teruskan tanpa bnp asal ada penyatuan
Post a Comment