Foto Ihsan blog WZWH
1. Jarang
saya mengulas politik Jerantut kerana enggan terlibat dengan pertelingkahan
diantara kem-kem, namun seorang sahabat yang juga Ketua sebuah Cawangan UMNO mendesak
dan memberikan maklumat. Satu pertemuan diantara pemimpin Bahagian dengan Jawatankuasa
Bahagian serta Ketua dan Jawatankuasa Sayap-Sayap juga Ketua-Ketua Cawangan telah diadakan pada
petang Isnin 6hb Februari lalu bagi tujuan khusus untuk persediaan menghadapi
PRU akan datang. (Baca Juga Disini)
2. Ramai
hadirin kecewa dengan sikap bongkak dan sombong seorang pemimpin Bahagian setelah
terlibat dengan perbahasan keras dan perbezaan pendapat dengan seorang yang
juga AJK Bahagian berkenaan ungkitan isu segala pembangunan yang kononnya
dilakukan serta soal ilmu dan pendidikan yang ingin dititikberatkan oleh AJK
berkenaan.
3. Pemimpin
yang dimaksudkan yang gagal menahan amarahnya telah menunjukkan ‘warna’ sebenarnya
dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar keluar dari mulut seorang
pemimpin yang juga merupakan Ahli Yang Berhormat.
4. Pertamanya,
dengan angkuh dan sombong beliau menyatakan bahawa segala-galanya didalam UMNO
adalah berkenaan duit. Ini mungkin bermaksud bahawa Ketua-Ketua Cawangan serta para
Perwakilan dapat dibeli dengan duit. Keduanya, untuk kesekian kalinya beliau
menyatakan dihadapan umum bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas
sekiranya tidak dicalonkan didalam PRU akan datang.
5. Tentu
bukan sahaja ahli UMNO bahkan rakyat didalam kawasan pemilihan beliau pasti
akan merasa kesal dengan kenyataan demikian yang tidak menunjukkan taat
setianya terhadap parti serta ketidakikhlasannya sebagai wakil rakyat.
6. Jika
perselisihan diantara pemimpin masih tidak dapat diselesaikan sehingga
saat sebegini, memang tidak mustahil ‘kerusi-kerusi’ dalam Parlimen Jerantut
akan dapat direbut pembangkang, bukan kerana kekuatan dan sokongan rakyat
terhadap mereka, tetapi adalah kerana kelemahan parti sendiri yang berkemungkinan juga akan menjurus kepada berlakunya sabotaj dan ‘caj keting’ dalam PRU nanti.
7. Saya
boleh percayai bahawa pemimpin tidak perlu berpendidikan tinggi untuk jadi
wakil rakyat yang baik serta efisyen dalam memberikan perkhidmatan kepada
rakyat, namun pemimpin haruslah bijak dalam berfikir, merancang serta
menuturkan kata-kata. Dalam zaman rakyat lebih kritis dan berani menuntut hak ketika ini, tentunya pemimpin-pemimpin sedemikian sudah tidak relevan lagi
diletakkan sebagai calon.
9 comments:
spot on bro
Sebenar nya orang orang UMNO seperti ini lah yang menyebabkan tumbang nya kerajaan UMNO di kelantan , kedah, perak dan Selangor. Pakatan Rakyat ta sekuat yang sangka tetapi kekalahan UMNO adalah di sebabkan orang orang seperti ini
soghe lagi hok nok jadi mache wan zuri, abieh la telanje oghe politik jerantet
Elok jugak semua pemimpin di telanjangkan.Baru rakyat tahu perangai pemimpin yg mereka pilih.janganlah sebab beli undi seratus dua bangsa tergadai.Bodohnya melayu
bero, bongkarkan juga hal satu2nye setiausaha kerja esekutif umno di melaysia ni yg buat kekayaan dari umno, telanjangkan juga hal inche dullah kichap tu supaya suma org tau, merekalah liabiliti umno jerantet neh
http://kutukandewata.blogspot.com/2012/02/mantan-ahli-parlimen-jerantut-yang.html
Wei Azam, kitakan sokong wan Amizan.
kita sokong siapa saja calon yg PM pilih kerana kita sudah matang dalam politik dn sedar bahawa pemimpin datang dn pergi tetapi parti sebagai wadah perjuangan harus tetap kita pertahankan...
Majlis Belia Daerah Jerantut MINTA LINK BLOG KAMI MBD JERANTUT KEDALAM BLOG SAUDARA.
http://mbdjerantut11.blogspot.com
Post a Comment