04 February, 2012

NIK AZIZ DAN ANU ARR JUGA PATUT TIDAK TANDING PRU

Masyallah, taksubnya mereka!


1. Kita tidak terkejut dengan pengumuman Nik Aziz untuk tetap bertanding dalam PRU akan datang. (Klik Sini) Kita sedar bahawa kebelakangan ini lidah-lidah 'ularmak' sudah tidak lagi boleh dipercayai. Dulu Nik Aziz pernah menyelar Tun Dr. Mahathir kerana dianggap terlalu lama memimpin kerajaan dan parti dan bersama mendesaknya supaya berundur. Kini Tun sudahpun bersara dari politik, bila pula agaknya Nik Aziz, Hj Hadi, Karpal Singh serta Lim Kit Siang akan bersara atau mereka akan terus ingin 'menongkat langit'?

2. Tidak menghairankan apabila Hj Hadi umumkan untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang, kerana beliau lebih sedar diri dan insaf bahawa perjuangannya dan sumbangnya tidak mampu membawa ummah kemana-mana. Dalam masa sama beliau juga sedar bahawa beliau tidak juga akan kemana-mana kerana segalanya dikuasai oleh Nik Aziz didalam Pas dan oleh Anu arr Al-Juburi dalam Pakatan Pembangkang. Hj Hadi bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa.

3. Khabar Hasan Ali akan memimpin KITA sungguh menarik kerana akan memberikan persepktif baru dalam politik negara. Penyokong Hasan Ali sendiri serta mereka yang selama ini menyokong perjuangan Islam didalam Pas tentu akan beralih arah. Meninggalkan Pas dengan kepimpinan lapok Nik Aziz-nya dan kekecewaan Hj Hadi kerana kehilangan kuasanya selama ini. Apalagi mereka sudah semakin sedar bahawa retorik Pas yang terlampau dan menggunakan agama sebagai cara meraih sokongan politik.

4. Apabila Nik Aziz dianggap seumpama nabi oleh penceramah Pas dan Nik Aziz hanya mendiamkan diri seakan setuju, ini membuatkan penyokongnya percaya bahawa ingatan dan pemikiran beliau sudah semakin tidak stabil. Untuk mengangkat dan memberi penghormatan kepada pemimpin adalah tidak wajar sama sekali mengangkat mereka sehingga ketahap Nabi, Imam Mahadi bahkan diumpamakan sebagai Khalifah serta Ulamak sekalipun.

5. Pas sudah semakin mengikut kata Anu arr Anu-gerah Tuhan dan akur kepada kehendak DAP kini sudah semakin hilang kreadibiliti dan tidak lagi dihormati. Nik Aziz mesti digantikan dengan pemimpin baru yang lebih bersemangat dan ada idea baru. Nik Aziz patut direhatkan dari politik sebagaimana Hj Hadi yang ingin berehat secara sukarela. Yang lebih utama adalah, Anu arr 'Berahi' mesti disingkirkan dari politik tanahair kerana beliaulah yang dilihat sebagai tokoh mengacaubilaukan politik negara kerana keangkuhan dan ketamakkannya selama ini.

6. Jika Nik Aziz akan tetap bertanding kerana katanya khidmatnya masih diperlukan oleh segelintir penyokong, maka saya juga akan tetap menulis dan mengkritiknya kerana masih ada yang tetap menginginkan saya terus menulis dan mengkritik.




1 comment:

Zackk said...

Bro Brveheart, satu soalan... apakah erti sebenar Khalifah???... bkn kah kita manusia adalah khalifah yg ditugaskan utk mentadbir alam ciptaan Allah S.W.T ini...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...