Suara Anak Pahang - Perlu Baca

25 February, 2012

JACOB & CO PATUT SAMAN CIKGU BARD

Utusan Malaysia super impose yang dilakukan oleh pembangkang 
dalam menyebar fitnahnya


1. Pihak pembangkang memang pakar dalam menyebarkan fitnah, dengan satu matlamat iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin serta dalam masa sama mengangkat pemimpin pembangkang dalam usaha mereka untuk memerintah di Putrajaya.

2. Anu arr memang terkenal dalam segala macam tipu muslihat dan tipu dayanya. Malangnya masih ada dikalangan rakyat yang masih bodoh dan tertipu olehnya. Segala macam tuduhan dibuat terhadap pemimpin dan kerajaan untuk menutup segala keburukan dan salah lakunya selama ini. Dalam erti kata lain, Anu arr membaling batu kemudiannya bukan saja setakat sembunyi tangan bahkan menuduh tangan orang lain yang membaling batu-batu itu.

3. Dalam kes PM menghadiri perayaan Hari Ponggal masyarakat India, DS Najib ditohmahkan konon menggadaikan akidah dengan mangikuti acara kaum berkenaan sedangkan hakikatnya Anu arr sendiri melakukan lebih dari itu sebelum ini. (Klik Sini , Sini dan Sini)

4. Namun apabila sesuatu tuduhan terkena kekepalanya sendiri, beliau tanpa segan silu menolak tuduhan itu walaupun hukum akan menyatakan bahawa alasan yang diberikan tidak logik sama sekali. Dalam kes bersenggama dengan 'Chinadoll', walaupun sudah jelas wajahnya  dan mungkin juga 'totey'nya adalah milik beliau, namun Anu arr memberi alasan bahawa perutnya dan perut yang didalam klip video berkenaan tidak sama. (Klik Sini)

5. Tak lama dulu, pembangkang lakukan teknik super impose terhadap Utusan Malaysia, kononnya pengakuan DS Rosmah berkenaan pembelian cincin RM24Juta yang dilakukan hasil dari menabung sejak kecil. Yang ingin dijadikan mangsanya adalah DS Rosmah sendiri serta Utusan Malaysia yang pihak pembangkang jadikan seteru sejak lama dulu. Pembangkang jadikan alasan tidak logik mengumpul duit sejak kecil untuk membeli cincin berkenaan untuk bangkitkan kemarahan rakyat, malangnya rakyat tidak lah sebegitu bodoh untuk mempercayai begitu saja. (Rujuk foto diatas)

6. Jacob & Co, sebuah syarikat yang berpengkalan di New York dikatakan sebagai syarikat yang berkenaan dalam mengekspot cincin tersebut ke Malaysia. Cikgu Bard adalah antara orang terawal yang menyebarkan fitnah berkenaan isu cincin tersebut. (Baca pendedahan PapaGomo mengenai fitnah Cikgu Bard

7. Kita menuntut supaya Syarikat Jacob & Co menyaman Cikgu Bard atas tuduhan memfitnah dan menyebarkan berita palsu supaya isu berkenaan dapat dijelaskan kepada rakyat dan supaya segala macam fitnah tidak lagi dengan sewenang-wenangnya disebarkan dikalangan masyarakat yang akhirnya akan menwujudkan suasana tidak tenteram dan huru-hara serta syak wasangka.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...