08 February, 2012

POLITIK JERANTUT MENJELANG PRU13

Foto Ihsan blog WZWH


1.  Jarang saya mengulas politik Jerantut kerana enggan terlibat dengan pertelingkahan diantara kem-kem, namun seorang sahabat yang juga Ketua sebuah Cawangan UMNO mendesak dan memberikan maklumat. Satu pertemuan diantara pemimpin Bahagian dengan Jawatankuasa Bahagian serta Ketua dan Jawatankuasa Sayap-Sayap juga  Ketua-Ketua Cawangan telah diadakan pada petang Isnin 6hb Februari lalu bagi tujuan khusus untuk persediaan menghadapi PRU akan datang. (Baca Juga Disini) 

2.       Ramai hadirin kecewa dengan sikap bongkak dan sombong seorang pemimpin Bahagian setelah terlibat dengan perbahasan keras dan perbezaan pendapat dengan seorang yang juga AJK Bahagian berkenaan ungkitan isu segala pembangunan yang kononnya dilakukan serta soal ilmu dan pendidikan yang ingin dititikberatkan oleh AJK berkenaan.

3.       Pemimpin yang dimaksudkan yang gagal menahan amarahnya telah menunjukkan ‘warna’ sebenarnya dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin yang juga merupakan Ahli Yang Berhormat.

4.       Pertamanya, dengan angkuh dan sombong beliau menyatakan bahawa segala-galanya didalam UMNO adalah berkenaan duit. Ini mungkin bermaksud bahawa Ketua-Ketua Cawangan serta para Perwakilan dapat dibeli dengan duit. Keduanya, untuk kesekian kalinya beliau menyatakan dihadapan umum bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan didalam PRU akan datang.

5.       Tentu bukan sahaja ahli UMNO bahkan rakyat didalam kawasan pemilihan beliau pasti akan merasa kesal dengan kenyataan demikian yang tidak menunjukkan taat setianya terhadap parti serta ketidakikhlasannya sebagai wakil rakyat.

6.       Jika perselisihan diantara pemimpin masih tidak dapat diselesaikan sehingga saat sebegini, memang tidak mustahil ‘kerusi-kerusi’ dalam Parlimen Jerantut akan dapat direbut pembangkang, bukan kerana kekuatan dan sokongan rakyat terhadap mereka, tetapi adalah kerana kelemahan parti sendiri yang berkemungkinan juga akan menjurus kepada berlakunya sabotaj dan ‘caj keting’ dalam PRU nanti.

7.       Saya boleh percayai bahawa pemimpin tidak perlu berpendidikan tinggi untuk jadi wakil rakyat yang baik serta efisyen dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, namun pemimpin haruslah bijak dalam berfikir, merancang serta menuturkan kata-kata. Dalam zaman rakyat lebih kritis dan berani menuntut hak ketika ini, tentunya pemimpin-pemimpin sedemikian sudah tidak relevan lagi diletakkan sebagai calon.

9 comments:

sri tribuana said...

spot on bro

Anonymous said...

Sebenar nya orang orang UMNO seperti ini lah yang menyebabkan tumbang nya kerajaan UMNO di kelantan , kedah, perak dan Selangor. Pakatan Rakyat ta sekuat yang sangka tetapi kekalahan UMNO adalah di sebabkan orang orang seperti ini

Anonymous said...

soghe lagi hok nok jadi mache wan zuri, abieh la telanje oghe politik jerantet

Anonymous said...

Elok jugak semua pemimpin di telanjangkan.Baru rakyat tahu perangai pemimpin yg mereka pilih.janganlah sebab beli undi seratus dua bangsa tergadai.Bodohnya melayu

, said...

bero, bongkarkan juga hal satu2nye setiausaha kerja esekutif umno di melaysia ni yg buat kekayaan dari umno, telanjangkan juga hal inche dullah kichap tu supaya suma org tau, merekalah liabiliti umno jerantet neh

ISAC said...

http://kutukandewata.blogspot.com/2012/02/mantan-ahli-parlimen-jerantut-yang.html

Anonymous said...

Wei Azam, kitakan sokong wan Amizan.

bRAVEhEART said...

kita sokong siapa saja calon yg PM pilih kerana kita sudah matang dalam politik dn sedar bahawa pemimpin datang dn pergi tetapi parti sebagai wadah perjuangan harus tetap kita pertahankan...

Majlis Belia Daerah Jerantut said...

Majlis Belia Daerah Jerantut MINTA LINK BLOG KAMI MBD JERANTUT KEDALAM BLOG SAUDARA.
http://mbdjerantut11.blogspot.com

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...