1. Jika kita bina satu 'time frame', kita akan dapati banyak perkara yang berlaku didalamnya. Dalam setahun ini, 2012, banyak perkara yang telah berlaku dan tidak semuanya dapat kita ingati. Dalam semenjak DS Najib jadi PM, lebih banyak yang berlaku dan sudah tentu banyak juga yang telah kita lupakan, atau kurang mengingatinya.
2. Ruang ingatan kita memang sempit justeru memang kita hanya ingat sedikit. Benarlah kata TDM, 'Melayu mudah lupa'. Bahkan bukan hanya Melayu saja, manusia ini semuanya memang mudah lupa.
3. Namun begitu tetaplah ada diantaranya yang memang perlu kita ingat, untuk seketika ataupun sampai bila-bila dan selamanya. Ada yang sengaja ingin kita lupakan namun sukar untuk kita buangkan dari dalam fikiran. Kerana itulah kita terpaksa mencipta peristiwa atau apa-apa yang lain untuk dimasukkan kedalam ingatan bagi mengusutkan fikiran seterusnya melupakan yang lalu dan terdahulu.
4. Bagaimanapun janganlah kita terperangkap dengan jerat-jerat yang mereka bina. Ingat dan ingat-ingatkan lah....ingat Anu arr ingat liwat, ingat 16 september ingat pembohongan, ingat Al-Juburi ingat Mat Sabu, ingat Mat Sabu ingat Perdana 22, ingat Ostad Badrul ingat 'mandi burung', ingat manifesti PRU Pakatan, ingat kita sudah tertipu....
No comments:
Post a Comment